Quitting social media (buat masa sekarang)

Thursday, February 25, 2021

Bila I tulis tajuk "(buat masa sekarang)", dia macam giving me hope yang satu hari nanti I akan kembali 😂.

I never imagined yang akan tiba satu masa I akan quit social media. By social media, I maksudkan Facebook & Instagram sebab I just guna dua platform tu je untuk connect dengan kawan-kawan. Dan kalau tiba-tiba korang ter-klik social media icon kat blog ni and it leads you to nowhere, ketahuilah I deactivated semua account buat masa sekarang.

My last hospitalization haritu disebabkan Tachycardia. I went through a few tests to make sure my physical condition is actually OK. Yes, it is OK. Doktor dah confirmkan. Jantung I berfungsi dengan baik dan I tak ada apa-apa penyakit berbahaya yang bagi effect ke jantung. Cuma tinggal satu faktor je yang menjadi kemungkinan besar, which is my mental health. Tapi doktor tak berani komen sebab dia cuma cardiologist, bukan bidang dia untuk komen berkenaan mental. Dia cuma berani sebut kemungkinan je.

Tapi I memang sedar, I was very vulnerable at that time. Ada beberapa benda yang selalu bermain dalam fikiran dan sampai mengganggu tidur. I made weird sound dan tercungap-cungap masa tidur. Of course I tak sedar pun, tapi my husband yang selalu tidur lambat memang perasan la my condition masa tu. Siang pula, my heart pounding laju gila non stop for more than an hour setiap kali ada benda trigger. Dan I akan rasa penat tak cukup nafas sebab jantung I laju gila. Maybe itu juga yang berlaku masa tidur cuma I je yang tak perasan.

Lepas discharged dari hospital, I quit social media juga sekejap tapi bertahan tak sampai sebulan haha. Then bila I kembali, I perasan dia trigger semula dan I can't control my emotion. So since tengah bulan January 2021 haritu I quit lagi sekali. Social media bukanlah satu-satunya punca yang trigger tapi sebab I berupaya untuk eliminate punca ni, thats why la I cuba dan I quit. Tapi bila ada yang whatsapp tanya kenapa I disappear dari social media, I cuma cakap I sibuk uruskan anak-anak, tak sempat nak main Facebook & Instagram sebab panjang sangat kalau nak explain. Haha 😆

After lepas sebulan lebih without social media, so far I rasa I'm happy and content. I have more time for myself dan orang-orang yang I sayang.


Harini, I sesaje buat test ni to check kat mana level I sekarang. Sebab I tahu dan dapat rasa I dah improve banyak compare to beberapa bulan lepas. Masih ada benda yang kadang-kadang trigger, buat I rasa cemas dan sebagainya tapi so far so good. If I ever need a help, I tahu I can count on my loved ones ☺️.

Please take care of yourself and stay safe ok!





Read More

Persedian untuk hamil

Thursday, February 11, 2021

Holla controversial sangat tajuk I kali ni.

Actually, it was in my plan to get pregnant tahun 2020 but things happened, kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan. Tepat sekali kan?

I went to see my doctor this week dan dia decided untuk stopkan semua ubat I and try to let the body heal sendiri katanya. However, I still akan follow up dengan dia in another 2 months to review the progress tengok positif ke tak lepas dah stop semua ubat.

Disebabkan dia dah stopkan all of my medications, I think why not I start to prepare for pregnancy? I may not be able to get pregnant now, tapi I rasa the time has come for me to get prepared.

Jadi I pun google la "prepare body for pregnancy" walaupun dah agak tahu apa yang perlu dibuat tapi saje la nak refresh my knowledge.

So, ini adalah senarai perkara yang kita perlu buat sebagai persediaan untuk hamil:

  • Jumpa doktor

Jumpa doktor dan discuss pasal sejarah kesihatan, maybe buat blood test, review ubat-ubat yang kita tengah ambil sekarang dan lain-lain.

I think I tak ada masalah untuk step ni sebab I ada doktor yang sedang monitor my health sekarang jadi I can say that I am all good untuk step ni.

  • Berhenti merokok, alkohol dan dadah serta hadkan pengambilan kafein
Semua perkara di atas adalah penyumbang kepada unhealthy pregnancy. Macam-macam perkara boleh berlaku kepada ibu dan baby contohnya keguguran, perkembangan bayi terencat serta tak dilupakan, yang paling penting sekali adalah agak susah untuk conceive tau kalau korang ada buat perkara-perkara di atas.

I don't do smoking, alcohol or drugs tapi I minum coffee secawan sehari hampir setiap hari. I think maybe I boleh reduce the intake sikit kot walaupun my daily consumption still selamat tapi yeahh better get prepared gitteww.

  • Makan makanan berkhasiat dan seimbang 

Should I explain? Ini straight forward sangat sebab memang setiap hari, sepatutnya kita buat pilihan yang lebih bijak dalam pengambilan makanan kita. Makanan berkhasiat adalah real food dan adalah lebih baik jika kita dapat masak sendiri. Elakkan process food yang tinggi dengan kandungan garam, gula serta bahan pengawet.

I masak sendiri setiap hari jadi I tak ada masalah dengan step ni. Cuma, I perlu seimbangkan lagi portion I dengan melebihkan sayuran dalam setiap hidangan. So far I lebihkan carbs & protein je walaupun I suka sayur tapi I malas nak masak sayur sebab I seorang je yang makan sayur dalam rumah ni 🤣.

  • Ambil vitamin tambahan dan folic acid
Pengambilan vitamin tambahan dapat menyokong kesihatan ibu secara keseluruhan serta dapat menjamin kesihatan bayi dalam kandungan. Pengambilan folic acid pula adalah sangat-sangat penting untuk mengelakkan kecacatan janin pada awal kehamilan.

I am now more consistent with my dailiy vitamins. So far I ambil multivitamin, vitamin C, B complex and folic acid serta pil kalsium.

  • Bersenam
Bersenam dapat memberikan persedian kepada badan untuk perubahan-perubahan yang bakal berlaku semasa hamil. Trust me, kalau muscle korang tak pernah 'bekerja', korang akan rasa sakit-sakit badan seawal first trimester lagi compare to mereka yang aktif, mungkin masa third trimester baru rasa kurang selesa dengan segala perubahan yang berlaku.

I tak suka heavy exercise dan I juga memang tak pernah buat that kind of exercise sepanjang hidup I. Tapi I agak rajin keluar for morning walk dan I don't mind walking dari satu tempat ke satu tempat lain. I hope akan boleh buat aktiviti ni dengan lebih kerap.

  • Kurangkan stress, rehat secukupnya dan try to relax
Dah penat-penat buat semua perkara di atas, kena ingat yang paling penting adalah rehat dan belajar cara untuk manage stress. Ini akan membantu keseluruhan proses dari awal trying to conceive sehinggalah melahirkan.

I pernah hospitalised untuk benda-benda yang berkaitan dengan stress, anxiety apa bagai tu jadi now I tengah belajar untuk manage my own emotion. I juga try untuk manage masa I sebaiknya so that I dapat cukup rehat setiap hari. I akan pay more attention in this area.


So yeahh, itu je lah yang perlu buat sebagai persediaan untuk trying to conceive. Tak banyak sangat pun kan? I think I am quite on track. I doakan korang yang cuba untuk hamil, semoga Allah izinkan korang untuk hamil dan mendapat zuriat yang soleh/solehah. Aminn.

Please pray for me juga ok! :)


Read More

Early morning walk

Thursday, December 10, 2020

Selepas episod masuk hospital akibat Tachycardia haritu, I made a promise to myself untuk beri lebih perhatian kepada my mental health. One thing that pop up in my mind adalah untuk exercise regularly. Tapi I tak suka intense exercise dan lagipun I tak tahu pun nak start dari mana sebab I never have a proper exercise plan sepanjang hidup I.

Jadi I decided untuk take an early morning walk everyday. Err kalau tak dapat everyday pun, at least tak skip banyak sangat lah 😅. I really need time for myself. And being in nature adalah salah satu terapi yang I baca, hampir berkesan untuk semua orang.

So far, I dapat stick to the plan. I bangun jam 6 pagi dan bersiap apa yang patut sebelum I keluar rumah. I heret sekali husband I untuk teman I pagi-pagi hahahah sebab I bukan tahu sangat jalan kat sini kang sesat tak pasal.

I suka my new routine. Waktu macam ni, cuma kami berdua je. I can chat whatever topic I want without any interruption. Biasa kalau kat rumah or dengan kids, memang tak ada peluang kan untuk berbual betul-betul & being silly. Dan I baru sedar waktu pagi adalah the best! Sebab memang dunia masih sunyi, udara masih segar dan semua nampak tenang aman damai. I can't describe the feeling, tapi you guys should know how does it feels bila korang pun start buat juga.

Tapi nak cerita, this time around, the kids decided to join us! 

Dah tak jadi rutin berdua dah lah lepasni sebab Irfan dah pesan, lepasni Irfan nak ikut mama daddy pergi exercise 😂.

The plan was, kami berdua berjalan macam biasa, Irfan kayuh basikal sebab takut dia penat nak jalan jauh manakala adik dia pula I tolak dalam stroller.

Everything was fine, tapi biasa lah. Kids tetap kids, banyak benda yang unexpected diorang boleh buat.

Yes, itu basikal Irfan. Hahaha

Ada lah tempat-tempat yang Irfan refused untuk kayuh basikal contohnya masa naik bukit dan masa turun bukit. Jadi terpaksa la daddy pikul basikal dia sebab nak cepat. Hahaha.

Yang si adik pula, tetap tenang sebab dia boleh baring dalam stroller sambil gentel selimut dan hisap jari 😏.

Selimut dan hisap jari tak dapat dipisahkan.

Not a bad experience at all cuma rasa lebih penat dari biasa haha. I berpeluh lebih dari biasa dan daddy diorang pun sama, memang dia kata lagi penat dari biasa. Overall, it was a fun morning for all of us tapi I tak sure I sanggup ke tak nak buat rutin ni berempat. Faham tak? Hahahaha. Jadi kita tengok lah lepasni macam mana.

Korang pun patut cuba buat early morning walk ni. I personally rasa my stress level reduced bila I dapat connected with nature sambil-sambil keluar peluh.

Bye!



Read More

Chronic Granulomatous Mastitis - Antibiotic yang tak berkesan

Friday, December 04, 2020

Jadi, apa yang berlaku selepas 2 minggu lepas I dah complete antibiotic yang doktor prescribed?

The pain was gone - completely gone.
Tapi, tiba-tiba terbentuk satu ketulan besar kat breast! Sangat-sangat besar which I rasa size dia almost 1/3 daripada size breast I kalau I pegang dan rasa dengan tangan. Of course I tak tahu kat dalam macam mana sebab mana I boleh scan sendiri pun. Haha

This is not good. I need to get another appointment to confirm what is happening.
Itu yang yang I rasa masa tu.

Tapi ingat tak kita dalam musim covid masa tu (dan juga sekarang)? Jadi to get another appointment, I kena booking online. I decided untuk pergi ke hospital yang sama (sebab ni je hospital yang paling dekat dengan I) tapi jumpa doktor lain sebab I tak suka doktor yang consult I masa mula-mula haritu.

I managed to book an appointment with another O&G doctor one week after I've completed the antibiotic. Ini tarikh paling cepat yang I dapat sebab ramai gila yang beratur nak jumpa this particular doctor.


Tengah tunggu turn untuk jumpa doktor.


Kalini, I am happy with the consultation. Sebab doktor ni sangat professional in my opinion, dan dia pandai tenangkan hati patient macam I ni. Dan yang paling penting, dia acknowledged my feelings dan kewujudan something kat dalam breast I ni. Oh, no ultrasound scan kalini sebab dia just refer the previous one je.

I was prescribed with another antibiotic, kalini stronger than the first one that I've got. I juga dapat ubat apa entah I lupa dah tapi macam ubat untuk reduce bengkak macam tu lah. This particular doctor juga assured me that once I've completed these madications CONFIRM semua ini akan hilang. Don't worry dia kata, normal je ni. Confirm ya, confirm. Dia guna word confirm masa dia consult I kat atas katil tu.

I went home happier than before sebab I think I dapat the best consultation and my money well spent lah kononnya. Hey, paying for the consultation is not cheap okey. Haha 

Tapi kan, another tapi lah ni, lepas I completed the 7 days antibiotic, my body decided to create another drama. Like previous antibiotic, yang ni juga tak berkesan! And guess what, nanti I sambung in my next post sebab ia akan jadi panjang gila kalau I tulis semua sekaligus kat sini.

Bye!
Read More

Chronic Granulomatous mastitis - Bagaimana semua ini berlaku?

Friday, November 27, 2020

 Masa I start tulis pengalaman ni, I still undergoing treatment untuk Chronic Granulomatous Mastitis (CGM). I decided untuk start tulis, sebelum I betul-betul lupa apa yang I lalui sepanjang I menghidap penyakit ni. Jadi akan ada a few series dan mungkin juga update yang I akan share dari masa ke semasa.


Semua ni bermula pada July 2020 bila I tiba-tiba rasa breast I bengkak & sakit macam bengkak susu. Kalau korang pernah susukan baby, korang mesti tahu rasa bengkak susu macam mana kan? Rasanya exactly the same! Yang bezanya dan peliknya, I dah stop menyusu dah lebih setahun bila I rasa ni. Dan rasa bengkak & sakit ni datang without any reason. Jadi, for the first few days, I just ignore dengan harapan maybe rasa tu akan hilang sendiri.


Unfortunately, rasa bengkak & sakit tu tak hilang malah makin intense. That is when I've decided that I mesti kena jumpa doktor untuk cek.


I went to a one of the private hospital yang berdekatan dengan I dan jumpa O&G untuk cek. Specifically requested for doktor perempuan sebab you know, masa ni ada lah rasa segan sikit kan kalau nak suruh doktor lelaki yang cek. Tapi I tak tahu kenapa I request for O&G walaupun diorang nak letak I under surgeon. Maybe masa ni I ingat semua ini tidak serius. Haha


So bila dah dapat jumpa doktor tu, the doctor straight away sent me for an ultrasound scan. Not to mention, this particular doctor was traying to deny apa yang I rasa. I rasa geram gila masa ni sebab I sakit, tapi bila dia pegang dia cakap takde apa-apa lah. Then bila I still insist & betul-betul tunjuk rasa sakit tu kat mana baru dia kata, ok lah kita scan lah. (Bila I ingat ni, I still rasa sakit hati. Kalau I betul tak ada apa-apa, then why do I still suffer with this disease sampai sekarang dan kenapa sampai I kena hadap surgery. Tapi this one, I'll save for later ok.)


Tengah tunggu untuk buat ultrasound scan.



I dapat tahu result straight away after the scan. Nothing serious, scan tu tak tunjuk something yang cancerous ke apa pun sebab tu doktor tu kata nothing serious. Tapi I dah lupa apa diagnosis yang dia bagi. Maybe mastitis kot? Yes - mastitis. I dah cek.


The doctor prescribed antibiotic untuk 2 minggu. Dan saje lah nak cakap, antibiotic tu kena makan 4 kali sehari. Can you imagine, 4 kali sehari selama 2 minggu. Aku rasa nak gila buat reminder kat handphone. Haha


I berjaya habiskan antibiotic tu accordingly tapi I akan sambung cerita ni in the next post sebab I tahu, korang pun bukan ada banyak masa nak baca panjang-panjang sekaligus kan :-)


Bye!





Read More