Resepi : Sosej Roll Termudah dan Tersedap! Hehe

Thursday, November 13, 2014

Ok meh nak share resepi orang malas sikit. First time makan ni masa dewan makan kat Arau dulu jual. Rasanya dulu RM3 kot untuk 2 ketul ni. Buatnya simple sangat tinggal rajin ke tak rajin je. Hehe

Bahan-bahan : 


1. Sebiji or dua biji telur
2. 2 ketul ( ke batang?) sosej ikut perisa pilihan korang. Sorry, rupa dalam gambar tak cantik sebab baru lepas masak dalam microwave :p
3. Roti biasa 2 keping
4. Bread crumb. Boleh beli kat mana-mana pasaraya. Bukan barang rare, so senang je nak cari ni.
4. Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :

1. Goreng/grill/rebus/masak dengan microwave sosej yang korang dah pilih tu. Dah masak, ketepikan dulu.
2. Pecahkan telur dan kacau sekata.
3. Ambik sekeping roti dan gulung sosej dalam roti tersebut. Lekatkat hujung dengan telur yang korang dah kacau tadi. Sorry takde tunjuk gambar step by step. Hehe. Tapi macam korang gulung popia pastu korang letak gam kat hujung tu kan. Macam tu la konsepnya.
3. Celup roti dan sosej yang dah bergulung tadi dalam telur. Jangan celup sampai kembang pulak roti tu. Sekadar untuk salut je. 
4. Golekkan atas bread crumb. Pastikan melekat dengan cantik ye. Contoh macam kat bawah ni.


Cantik ke tidok? Hahaha

5. Panaskan minyak. Bila minyak dah panas, gorengkan sampai kekuningan. Kejap je gorengnya sebab sosej kan dah masak awal-awal tadi. Dah masak, angkat dan toskan.


Taraaaaa!!! Korang boleh hidang dengan cara korang sendiri. Macam aku, top dengan sos cili and mayonis. Side dish letak tomato dan baked bean. Dulu kat Arau dia serve macam ni so aku tiru je la. :p

So, terpulang ikut selera masing-masing la ye. Cubalah! Sedap ok! Hehe
Read More

Pregnancy : Part 2

Wednesday, November 12, 2014

Mood menaip dalam bas on the way balik JB. Hehe
Kalau belom baca Part 1,sila cari sendiri. Apps blogger ni tak boleh buat link.

Petang tu jugak la dengan excitednya ajak suami pergi scan.

Dukacita, scan kali pertama ni tak nampak. Kalau ikut tarikh last period sepatutnya baby dalam perut ni dah umur 7 minggu. Sepatutnya dah boleh nampak something masa scan, tapi memang takde rezeki nak tengok lagi time tu. Aku pulak pergi buat suspen masa sebelum masuk bilik doktor tu aku pergi kencing dulu. Mana la aku tahu yang pundi kencing kena penuh sebelum scan. Dah susah doktor tu nak cari mana rahim aku. Huhu

Lepas dah siap scan, doktor confirmkan memang tak nampak apa-apa lagi. Doktor tanya pasal tarikh last period yang aku bagitau tu betul ke tak. Of course betul. Aku yakin sangat sebab aku memang install apps dalam henfon which setiap kali period memang aku tap je kat situ untuk record. And aku tak pernah miss untuk tap on the first day of period.

Setelah penat kena soal siasat dengan doktor, yelah upt test yng aku buat tu aku tunjuk kat doktor and memang confirm double line, maka doktor make a conclusion that maybe kandungan belum sampai 7 minggu. That's why masa scan tadi belum nampak apa-apa. 

Atas sebab apa doktor cakap macam tu? Hmmm.. Sebenarnya mengikut kata dokotr tu, kiraan untuk berapa minggu baby dalam kandungan based on tarikh last period is only applicable jika period cycle korang antara 28hari hingga maksimum 35hari. Kalau lebih dari tu, mintak maaf, jangan memandai kira ikut tarikh last period, memang takkan tepat. Hehe

So, aku punya period cycle average 42days ye lepas kahwin. Memang sah la kiraan 7 minggu tadi tu tak valid. Jadi doktor cakap datang lagi lepas 2 minggu untuk scan lagi sekali. Hmmm..

Actually reason aku nak scan adalah to make sure yang everything is ok. Maksud aku, baby betul duduk dalam rahim. Yelah, takut jugak kan if kandungan kat luar rahim. Memang kena buang kalau tak bahayakan nyawa ibu dan juga baby. Well, kalau detect awal lagi bagus sebab senang kalau korang kena jalani prosedur lain, just in case.

Then macam biasa, doktor bagi asid folik untuk aku start makan. Bare in mind ye kawan-kawan, asid folik ni memang penting sangat-sangat. Korang kalau tak boleh makan cemana pon sila la paksa diri makan. Tak lama pun, sampai week 14 kalau korang taknak makan pun takpe dah. Sebab tulang baby dah tertutup sepenuhnya. Pernah dengar pasal spina bifida? Yes, untuk elakkan benda tu berlaku kat baby. Tapi takdelah pulak kalau orang yang tak makan asid folik ni baby dia conform dapat penyakit tu. Tak confirm ye, ikut nasib. Kita cuma nak elakkan, sebab tu kita kena makan asid folik tu. Dan jugak aku pernah terbaca asid folik dapat membantu untuk elakkan sumbing pada baby. Wallahualam.. 

Sambung cerita tadi, maka kami pun balik dengan kekecewaan la. Bukan kecewa apa sangat pun. Sebab tak dapat tengok baby je pun. Haha..

Ok la, to be continued ye. Bye.. 
Read More

Pregnant


Yes, I'm pregnant. Teeeheee

Masa karang entry ni, aku dah dalam second trimester of my pregnancy journey. Rasa lambatnyaaaaaaa masa berlalu. Kenapa orang cakap kalau pregnant rasa sekejap je? Haha.. Mungkin perangai tak tau sabar aku ni tak dapat dibendung 😜. Kalau boleh nak harini pregnant, minggu depan baby dah keluar dari perut. Bahahaha. Melampau! 

Btw, entry review kahwin pun aku belum buat lagi tiba-tiba dah update pasal pregnant. Ishh.. Dahsyat sungguh kemalasan. Patut la tak boleh jadi blogger 😜.

Pasal pregnancy ni, alhamdulillah lepas masuk bulan ke-6 kami nikah, aku disahkan hamil. Sebenarnya awal-awal tu family planning lah kengkonon. Tapi beberapa lama lepas tu atas faktor tertentu maka aku rasa, ok takpelah boleh la kalau nak ada baby pon. Boleh camtu? Bahaha..

Alhamdulillah rezeki kami, 10/6/14 masa aku buat pregnancy test sendiri kat rumah, result keluar positif!!

Terus laju-laju panggil husband aku tengok. Reaksi dia masa ni? Hmmm aku rasa dia dah expect. Haha! Nampak la reaksi dia tapi takdelah drama sangat pun. Aku yang drama lebih. Haha. And dia laju-laju snap photo nak send kat group family. 

It was a beautiful morning. Walaupun kteorang memang expected dengan result ni, tapi macam terkejut la jugak bila keluar double line tu. Yelah, kadang-kadang period aku ni bukan menentu sangat. Memang every month ada tapi selalu tak tentu tarikhnya.

Kemudian bermula la drama berendam air mata bagai. Dengan ayat-ayat doktor yang agak mengguris hati bakal ibu (cewahhhh :p), padahal doktor bagi ayat yang buat aku tertanya-tanya betul ke aku pregnant? haha! Nanti aku continue in next entry. Sebab yang ni pun dah karang lama tapi tak siap-siap. Whatever lahh.. hahaha

Ok, bye.


Read More