This is Fieda

A little diary of my life.

28/05/2020

Raya 2020 - Raya dengan norma baru

Selamat hari raya maaf zahir dan batik korang!

Haw was your hari raya?

Mine alhamdulillah dapat berkumpul adik beradik dan jumpa mak ayah sebab kami duduk dalam satu negeri kan. Tak sangka kan raya tahun 2020 ni berbeza sangat dengan sebelum-sebelum ni.

Semenjak kahwin, my raya memang meriah sebab my husband ada big family. Jadi ziarah menziarahi tu pendek kata sebulan Syawal tu tak putus la. Ada je plan nak ke rumah siapa. Tapi berbeza sangat this year sampai anak I pun tanya, kenapa raya kita sikit sangat? Yelah dapat beraya pada hari raya pertama je kan. Tu pun ziarah immediate family je. Haha

Pendapatan budak-budak memang tak payah cakap la memang terjejas habis. No kutip duit raya this year. Hahahaha

Tapi apa-apa pun tetap bersyukur kita dapat juga sambut raya dalam walaupun dalam keadaan yang sangat sederhana dan berjaga-jaga. Harapnya musim Covid-19 ni berlalu dengan cepat la. I never imagine yang tahun 2020 yang semua orang looking forward itu adalah tahun yang satu dunia kena kuarantin.

Semoga Allah SWT merahmati kita semua dan semoga kita semua berada dalam lindungan-Nya.

Salam lebaran dari kami sekeluarga.


03/05/2020

Ramadhan 2020 - Macam mana nak bangun sahur dengan mudah?

Hai korang.

Dah masuk 1/3 ramadhan dah untuk tahun 2020 ni. So far How's korang coping with Ramadhan during this quarantine time? I so far alhamdulillah I just missed out satu hari je sahur. Harap-harap tak ada miss dah lepas ni.

Terlepas sahur adalah benda yang paling stress dalam bulan Ramadhan ni sebab I missed out the chance to drink last drop of water sebelum I start puasa. At least itu yang I fikir lah. Haha

So on the day yang I missed sahur haritu, I cepat-cepat download apps Alarmy kat my phone. I discover this apps pun melalui Facebook yang orang duk share share tu.

Korang boleh je pergi ke App Store or Google Play Store dan search "Alarmy".
Nanti akan keluar lah apps tu.



Basically alarm ni dia memang ada setting yang takkan berhenti berbunyi sampai dia yakin yang kita dah bangun sepenuhnya. Macam mana dia nak tahu yang kita memang dah bangun? Dia akan bagi beberapa option untuk kita matikan alarm tu.

  • Scan barcode produk
  • Selesaikan soalan matematik
  • Ambil gambar
Jadi, instead of swipe je untuk matikan alarm, kita kena pilih salah satu method tu. Dengar cara ini, kita kena berusaha lah untuk activate minda, gerakkan all those muscle semata nak matikan alarm sekaligus of course la mata pun dah terbuka luas kan? Haha

For me, I pilih setting untuk ambil gambar. I ambil gambar frame yang ada dalam toilet I sebagai default photo. So everytime I nak matikan alarm, I kena bangun dan pergi ke toilet, ambil gambar frame tu baru alarm tu mati.

So far so good. I never missed to bangun sahur lepas I install apps Alarmy ni. Pernah je mata I ni susah nak bangun duk klik snooze beberapa kali. Memang dia mati bahkan bunyi dia makin kuat. Hahaha. Nak taknak memang kena bangun pergi toilet ambil gambar.

Cubalah! I hope korang pun tak miss sahur dah lepas ni. Selamat berpuasa :)
19/02/2020

Selamat jalan Ashraf :-(

I tak tahu kenapa I rasa sayu sangat dengan pemergian arwah Ashraf Sinclair. Maybe sebab I follow Bunga Citra Lestari kat Instagram dan selalu tengok gambar-gambar diorang berdua, I can feel how deeply in love they are even hanya tengok dalam gambar.

Bayangkan pemergian yang tidak disangka. Memang tak jangka sebab sihat walafiat dan masih muda. Betul ajal maut tidak mengenal usia, tapi kebiasaannya kita memang akan rasa ralat bila muda-muda lagi dah pergi menemui Yang Maha Pencipta kan? Entah la, that is what I feel.

Malam tadi I literally cried bila tengok beberapa short video kat Youtube yang orang share keadaan Bunga sepanjang proses pengebumian arwah Ashraf. Lagi I menangis bila tengok anak dia menangis! Ashraf pergi masa anak dia dah faham erti kehilangan. Mesti Noah terasa gila kan? I can't imagine how long Noah akan ambil masa untuk digest semua ni.

Dan I totally understand bila Bunga tempah satu lagi ruang pusara untuk diri dia sendiri kat sebelah Ashraf. Bagi I, benar kau buktikan cinta kau kat arwah suami kau sampai hujung nyawa sampai kau terfikir untuk buat macam tu. Betul la apa yang I rasa bila I tengok gambar-gambar yang diorang share kat instagram masing-masing. They are truly in love with each other! Haisshh I sayang jugak suami I tapi I rasa tercabar dengan level cinta diorang. Huhu

I doakan semoga Bunga, Noah dan seluruh ahli keluarga dia tabah dengan pemergian Ashraf. Dan semoga roh Ashraf tenang di sana. Amin.

Thank you Bunga,
Kamu ajar aku erti kasih sayang dan menghargai apa yang aku miliki.

Dear Husband, let us cherish each and every moment that we have together :-)


14/01/2020

Our last month of 2019

At the beginning of the month I ingat Disember will go as smoothly as bulan-bulan lain la. I sempat masuk office sehari je sebelum semua ini berlaku.

3/12/2019
Affan Hakim admitted at KPJ Pasir Gudang.
High fever & positive rotavirus.
Discharged pada 6/12/2019.


Lepas discharged, sambung kuarantin kat rumah sampai 12/12/2019.

15/12/2019
Affan Hakim admitted lagi sekali at KPJ Pasir Gudang.
Kali ni high fever with positive Influenza A.
Discharged 16/12/2019 lepas suhu dia dah turun.


Sambung kuarantin kat rumah sampai 24/12/2019.

Pada hari yang Affan Hakim discharged tu, pengasuh Irfan text cakap yang dia rasa Irfan demam. Memang ambil dia dari pengasuh petang tu dia melepek je la.


Irfan bertahan beberapa hari kat rumah dengan demam dan batuk sebab I rasa I boleh manage suhu dia. Lagipun dah bawa dia ke klinik dan doktor cuma cakap dia syak Irfan kena Influenza B, dapat dari adik. Sebab kami dah ada ubat Tamiflu yang dapat untuk satu family masa Affan Hakim warded tu so doktor kata just makan ubat dan pantau je lah. Memang tak buat nasal swab sebab klinik tu takde test tu. Tapi batuk dia teruk sampai satu malam tu dia muntah keluar darah. Pukul 1 pagi kami bergegas ke hospital.

Dramanya sampai KPJ Pasir Gudang tengah malam buta macam tu katil pula tak ada. Hospital penuh. Kami pun ke hospital lain. Sampai hospital lain pun sama je katil penuh tapi alhamdulillah managed to squeezed jugak la tumpang bilik orang lain.

19/12/2019
Irfan Hamad officially admitted kat Regency Specialist Hospital Pasir Gudang pukul 4 pagi gaiss. Rabak mata time ni tak tidur sepanjang malam.
Tapi ini menarik sebab dia kutip segala jenis penyakit yang dia boleh.
Positive Influenza A, Pneumonia & Croup.
Dan doktor tak boleh nak inject steroid macam biasa dia dapat time croup sebab dia ada virus influenza dalam badan. So the other option yang doktor boleh buat adalah bagi steroid dalam neb dia. Cara ni agak lambat berkesan tapi ni je paling selamat untuk condition dia waktu ni.
So yeah, he was discharged 22/12/2019.



Dan dia kena kuarantin sampai 27/12/2019.

Jadi korang nampak sampai bila I cuti? Pretty much sampai hujung tahun la kan. Sebulan wei sebulan warded kuarantin warded kuarantin warded kuarantin. Haha

I buat summary je untuk saje saje lah in case in future kalau I nak tengok balik what happenned pada bulan Disember 2019 so that I boleh recall. I macam dah boleh buat review dah untuk KPJ Pasir Gudang & Regency Specialist Hospital ni. 

Dan kebetulan pula bulan Disember ni juga my husband start kerja kat tempat baru jadi of course it doesn't make sense la baru kerja dua hari dah nak apply cuti kan. Haha. Since I ada flexibility so I je lah yang jaga kat hospital. But he did take care of Irfan for a few days on his off day.

The remaining days before new year, we were busy dengan preparation untuk Irfan masuk sekolah. Jadi bulan Disember 2019 memang bulan bermakna lah bagi kami. Hectic gila rasa.

I hope lepas lepas ni budak-budak ni tak ada lah tiba-tiba nak sakit serentak macam ni lagi. Penat tau penat. Tapi the memories memang priceless :-)

Reunited.



12/11/2019

Rumah baru

Aku masih ingat tahun 2016 aku ada tulis kat blog pasal misi mencari rumah baru. Masa tu kami baru je pindah dari Selangor ke Johor. Ada beberapa new development kat area yang kami aim tapi masa tu belum pasti lagi betul ke tak kami nak settle down kat area tu so cerita tu tinggal cerita je lah. Tapi entry tu aku dah simpan balik dalam draft sebab rasa tak penting sangat pun nak cerita. Haha

Little did I know, selepas lebih kurang 3 tahun, Tuhan tu bukakan pintu rezeki kami untuk beli rumah kat kawasan yang kami aim tu. Walaupun sejak 3 tahun lepas ramai orang kata rugi tak beli rumah masa tu sebab takut harga rumah naik. Well, nasib menyebelahi kami sebab harga rumah yang kami tengok tu masih kekal sama - sebab beli direct developer, malah kami dapat rebate banyak jugak masa beli haritu. Jatuh harga lagi murah la dari korang yang beli awal awal dulu. Hahahaha Alhamdulillah!

So dah boleh save the date - 11.11.2019 - kami collect kunci untuk rumah baru tu.

Tapi tak pindah terus sebab nak buat renovation apa bagai. Biasalah bila rasa duit ada juta juta tak tahu nak buat apa kan. Kahkahkah. Takdelah, memang nak renovate dulu, next year baru pindah.

Jadi marilah berangan deco jenis macam mana yang tak rabak poket sangat. Haha

Terima kasih Allah untuk rezeki yang tak pernah putus ini :-)





Custom Post Signature

Custom Post  Signature