Ini yang akan berlaku bila anda terlalu mengantuk! #2

Saturday, December 05, 2015


Hahahaha!! Watch this! Sekarang ni si Irfan dia meamng stage nak explore semua benda. Sayang betul dia nak tidur sekrang. Sanggup tahan mata semata-mata nak main. So this is what happen today.

Enjoy the video! hiks.


Read More

Ini yang akan berlaku bila anda terlalu mengantuk! #1

Saturday, November 28, 2015


Mula-mula tengok tv.

Kemudian,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Kahkahkah. Macam ni pun boleh? Sabar je lah. 


Read More

Thank You Mom
























Dear Irfan, mama loves you so much! 
Harap Irfan dah besar, Irfan tak lupakan mama. Huhu

Credit : Psychoships


Read More

Wishlist Emak-emak :p

Wednesday, November 18, 2015

Fuhh kena tulis takut nanti lupa. Almaklum la bonus dah nak dekat. Mwahahaha.
Tak tahu la mampu tunggu bonus ke tak. Entah-entah kejap lagi aku berzikir kat telinga husband aku mintak benda-benda ni. Kahkahkah


  • Pemanggang ajaib. Pengaruh rakan sebaya. LOL
  • Pressure cooker. Senang nak masak bubur Irfan once dia dah start makan bubur nanti. (alasan)
  • Mesin jahit. Nak jahit langsir rumah. ahahaha
Oklah tu je lah dulu kot. Nanti fikir kemudian lepas tu update. Kahkahkah
Eh rasa nak buat sticky post je senang nak refer nanti. Saiko sangat aihhh :D
Read More

Trick Untuk Cantik Dalam Beberapa Saat. Confirm Berjaya! haha

Friday, November 13, 2015

Uollss!! Aku nak share something. Like seriously I need to share sebab aku rasa benda ni best sangat! Haha

Dulu-dulu yang memang dah lama giler la, zaman study la kiranya, aku ni penggemar krim-krim kecantikan jugak. Masa tu zaman BB cream tengah meletop kat pasaran. Tak lepaskan peluang, aku pun beli dan pakai jugak. 

Tak kisah la muka berminyak se-tong pun tetap nak pakai sebab benda tengah in kan. Haha. Masa tu memang berkawan baik dengan oil blotters. Pernah try a few brands, tapi ends up buat conclusion sendiri yang kalau pakai BB, CC or pape jenis cream memang muka akan semulajadi berminyak. Aku buat conclusion camni sebab dah try a few brands la masa tuh. Noob. Haha

Dah start kerja, dah tak berapa rajin nak berkrim muka bagai. Just finished the look dengan 3 step asas (cleanser, toner, moisturiser) dan terus pakai bedak. Bedak pun loose powder je. Luckily aku bukan jenis yang berjerawat bagai, tapi aku ada freckles which sebenarnya agak obvious jugak. Thats explain why masa dulu-dulu aku rajin nak pakai cream sebab nak tutup benda tu la -___-

Then last year, pernah try beli balik foundation. Kali ni betul-betul foundation la bukan BB cream ke whatever. Beli brand femes ames jugak la time tu. Ends up aku buang. Satu sebab rosak. Satu lagi sebab aku tak pakai. Pakai beberapa kali aku rasa macam tak best sebab rasa tebal sangat kat muka, then berminyak, then melekit, then melekat kat tudung. Haha

Tapi perempuan memang tak pernah serik dengan barang mekap. Tahun ni aku gigih balik usha benda apa yang aku boleh beli dan cuba. Kihkihkih. 



Terujaaaaaa!!! Sebab dah lama teringin nak beli. Mwahaha


Packaging dia cantik! Botol tu slim je memang senang nak selit mana-mana if travel. Tak makan ruang langsung.


Yang aku pakai ni colour Natural. Trust me, sebanyak ni je kau perlukan untuk cover satu muka. Ni pun aku rasa berlebih kat muka aku. haha. Senang nak bajet sebab kau picit satu pam je dia keluar sebanyak ni which cukup untuk sekali penggunaan. Takdelah kau membazir tak tahu nak picit sebanyak mana nak pakai kan. Hiks!


Nampak? Nampak? Kan? Haha. Yang sebelum tu masa lepas pakai cleanser, toner and moisturiser. Freckles everywhere. Pores pun jelas -___- . Tskkk

Selepas, pakai BB Cream Seqy Beauty je pun. Tiba-tiba wajah jadi cerah. Kan? Tak tipu, bukan camera effect pun. Haha. And freckles and pores dah less obvious. I like it!

Tekstur BB cream ni memang ringan giler. Senang nak apply sebab dia cair je. Compare to BB cream lain yang aku penah try, yang ni memang super best! Sebab dia senang nak apply, tak melekit, tak fake! hahaha. Faham tak bila kau pakai pape dia macam buatkan muka kau tebal 14 inci yang memang obviously fake giler tu. BB cream ni memang tak ok. Nampak natural je. And dia enhance kulit korang nampak lagi fresh and cantik. Sangat sesuai untuk orang yang tak suka mekap tapi still nak nampak cantik. Kihkihkih

Dan ni compare BB cream Seqy Beauty sebelum and selepas pakai bedak.

Gambar sebelah kanan tu lepas dah siap pakai bedak. Bedak nampak lagi smooth. Suka sangat! 
Pakai keluar, dan hasil dia memang puas hati sebab tahan lama. Keluar pagi, balik petang, muka sikit pun tak melekit even dah berpeluh. Tak berminyak!! Lepas tu takdelah bercapuk ke apa. Makin cantik ada la. Kahkahkah.

Kesimpulannya, korang pun patut cuba BB Cream Seqy Beauty ni! Super best! Kalau nak cantik dengan mudah dan cepat, memang WAJIB beli! haha. Sebab aku rasa sangat berbaloi kualiti produk dengan harga dia. 

Nah,

Untuk yang nak info lebih lanjut boleh klik sini. Boleh baca segala testimoni bagai.

Untuk yang nak beli direct boleh klik sini. Servis pantas.

Nak lagi up to date sila follow instagram diorang kat sini.

Ataupun jenis tak reti sabar boleh contact diorang terus untuk order 011-2107 6726. Sila whatsapp laju-laju order. haha
Read More

Surprise Baby Shower!!

Saturday, November 07, 2015

Cerita ni aku dah draft lama. So version throwback je lah ye. haha

*********************

Hurmmm.. by the way cerita ni cerita basi. It was 2 weeks ago kot masa ada baby fair kat IDCC Shah Alam. Just for me to record this beautiful moment :-)

Haritu, ajak kawan aku temankan pergi beli barang baby kat baby expo. Tak tahu pun diorang plan baby shower untuk aku. Kemain la masing-masing kata kawan aku yang lagi sorang tu buat kenduri kesyukuran pindah rumah. Aku pun saje-saje je la rilek-rilek shopping sampai lebam. haha

***********************

Malas la cerita in details sebab tetiba aku jumpa ni harini dalam draft. So baik aku publish je. Tu je rupanya yang aku tulis dulu. Haha.


Surprise giler. Memang unexpected. Korang memang berjaya la buat aku tertipu dengan cerita kenduri kesyukuran pindah rumah. Haha. Btw, I've gained 17kg masa pregnant haritu. Huhu


Best friends! Aku tak ramai kawan. Sikit-sikit je yang aku keep close sebab tak suka terjebak dengan macam-macam drama. haha. Kenal diorang dari study kat Arau lagi. Si Ima tu je yang kenal masa kay Shah Alam. Ima yang pakai baju biru btw.


Diorang tahu aku expecting baby boy. Sebab tu semua kaler biru. haha

Diorang set up sendiri candy booth. Simple tapi  nice. Tak tahu la barang-barang diorang beli kat mana. Menu haritu nasi ayam sebab aku dok berzikir kat telinga Zura nak nasi ayam dari awal pregnant sampai aku nak terberanak dah pun. Nasib baik sempat. haha

Ok tak guna cerita panjang-panjang kalau entri pun just siapkan draft yang terbengkalai je. Mwahaha. Gambar pun ihsan dari facebook diorang. Aku download je sebab aku takde snap photo pun.

Cuma satu je nak cakap, thanks a lot korang! Love you all so much! Walaupun aku memang jarang sangat nak join korang pape tapi tak sangka korang masih sayangkan aku. Kahkahkah.

P/s: Kalau nak baca pengalaman aku bersalin kat sini.

Ok, bai. 
Read More

Rumah Kena Pecah Masuk Perompak (PART 3)

Tuesday, November 03, 2015

PART 1 kat sini.

PART 2 kat sini.

Lepas dah dengar semua cerita dia dan tengok CCTV, kami pun balik ke rumah. Tak lama lepas tu dua orang anggota polis (polis la kot?) datang. Sorang ambik keterangan dari aku, sebab report tu under nama aku. Lagi sorang cuba kesan cap jari dan ambik gambar.

Aku tak tahu pun yang akan ada orang datang ambik gambar nak kesan cap jari bagai. Polis yang teman aku balik rumah pagi tu takde pesan pape pun. Aku ingat pergi report polis just for procedure. So sebab aku report pun dah lambat, aku dah siap kemas dah barang yang dia teraburkan dalam bilik aku. Lepastu bilik depan punya barang yang perompak tu teraburkan pun aku dah sentuh. So uolls, if benda macam ni berlaku kat korang, sila jagna sentuh atau alih barang yang diorang teraburkan.

Ada la satu kotak iphone yang aku belum sentuh lagi time tu. So polis tu ambik kotak tu and apply chemical atas tu. Nampak la kesan cap jari yang perompak tu pegang kotak tu tapi takde jalur pun. Diorang cakap perompak tu pakai glove sebab tu tak nampak jalur. Tapi still diorang ambik gambar untuk hantar ke lab. Mana tahu ada rezeki berjaya kesan kan. Padan la muka kau perompak oi. Huhu

So lepas dah selesai semua, diorang pun balik. Maka settle la segala hal berkenaan report polis bagai.

Almari terbukak. Rak tu sepatutnya ada kotak jam kat situ. Dia memang rembat semua.

 Dia teraburkan kotak-kotak handphone. Sebenarnya ada beberapa lagi kat rak tu tapi maybe dia dah try dua kotak ni takde isi so dia tinggalkan je la.

 Dia bukak laci. Takde apa pun dalam ni. Aku simpan supplemet shaklee aku je. huhu Abaikan rambut yang bersepah tu :p .
Licin!! Habis TV aku. huhu

Yang kat bilik tengah aku tak sempat nak ambik gambar pun. Tu je la yang berjaya aku snap gambar. Malas sebenarnya. Takde mood, lepastu macam trauma, takut. huhu

Sebenarnya aku rasa diorang tak masuk lama pun rumah aku. Sebab banyak barang yang sepatutnya dia boleh ambik tapi dia tak ambik. Barang dapur semua dia tak sentuh. Boleh je kot kalau dia nak ambik barang-barang elektrik kat dapur tu. Lepas tu ipad aku kat atas rak TV tu pun dia tak ambik. Aku pun pelik kenapa dia tak ambik. huhu

So barang-barang yang berjaya dirembat oleh prompak jahanam tu;
- LED TV samsung 40"
- Jam tangan Fossil 3 pasang
- Jam tangan Tommy Hilfiger sepasang
- Camera DSLR Nikon D80
- Laptop Toshiba

Haha. Nampak sangat copy report siap dengan jenama bagai :p
Tapi penting ye korang bagitahu details macam ni sebab in case diorang berjaya tangkap dan dapat balik barang, ini dikira bukti untuk korang tuntut barang korang. Kalau ada resit or serial number or apa-apa bukti pasal barang tu lagi bagus. Senang nak buat tuntutan.

Kesimpulannya, aku masih trauma. Korang sila la berhati-hati sebab perompak ke pencuri ke penyamun ke, diorang ni memang tak kenal tempat. Memang takde rezeki aku la kan semua benda-benda tu. Tapi takpelah, diorang masuk time aku takde pun dah kira bersyukur dah. Aku tak tahu la aku punya trauma macam mana kalau diorang masuk masa aku ada dalam rumah. huhu

Ok lah kot sampai situ je la cerita aku rasanya. Takde dah la PART 4. Haha




Read More

Rumah Kena Pecah Masuk Perompak (PART 2)


PART 1 kat sini.

Pagi-pagi tu aku keluar rumah dengan harapan terserempak dengan jiran sebab nak tanya kot-kot diorang tahu apa yang berlaku.

Sempat la terjumpa jiran sebelah. Tanya la dia ada nampak apa-apa tak sebab rumah aku baru lepas kena pecah masuk. Dia cakap takde nampak apa-apa.

Tapi lepas tu dia masuk rumah panggil bini dia keluar. Then dia cakap baru dia teringat yang dia ternampak sorang cina duduk depan rumah aku petang Sabtu. Dia ingatkan orang tu nak curi motor depan rumah dia sebab nampak mencurigakan. Dia pun keluar dari rumah nak tengok. Bila dia keluar, cina tu buat-buat cakap telefon and jalan ke depan. Lepastu dia cakap lori dia pun kena pecah cermin jugak malam Sabtu tu. So tak tahu orang yang sama ke tak la. Tu je la maklulamt yang aku dapat.

Aku masuk rumah tunggu husband aku sampai sebab malas nak keluar buat report sorang-sorang. Husband aku sampai dalam pukul 3 petang. Lepas makan, kami keluar pergi buat report pasal kejadian tu.

Lepas dah siap semua report polis tu kata nanti akan ada anggota lain yang akan datang ambik gambar dan kesan cap jari. Oklah, memang terus balik rumah la. Tapi sebelum balik tu singgah Jusco kejap pergi cari mangga baru. Kali ni yang betul-betul strong punya sebab aku macam dah trauma :-(.

Balik dari Jusco, sampai rumah terserempak dengan jiran yang sebelah lagi. Dia terus panggil masuk rumah dia sebab dia nak tunjuk CCTV dan ceritakan apa yang berlaku. Rupanya dia tahu rumah aku kena pecah. huhu

Dalam CCTV nampak la pukul berapa perompak tu masuk. Dalam pukul 8 lebih malam hari Sabtu. Giler berani. Huhu. Tapi memang tak nampak muka orang ke apa la sebab CCTV tu just menghala ke gate rumah dia. Nampak pagar rumah aku sipi-sipi je. Nampak ada satu kereta putih lalu, lepastu pintu pagar aku terbukak. Then sampai situ je la.

Jiran aku tu dia keluar dalam pukul 8 lebih tu sebab nak pergi sembahyang kat tokong mana tah. So lepas dia keluar la orang masuk rumah aku tu. Then masa dia balik pukul 9 lebih macam tu dia nampak pintu rumah aku dengan pagar aku terbukak luas. Masa ni dia dah syak something wrong la. Nampak la dalam CCTV tu dia menjengah ke rumah aku and keluar pergi ke rumah aku.

Dia cakap dia tak berani nak masuk sebab dia memang tengok lain macam. Kebetulan jiran yang sebelah lagi tu ada kat depan rumah so dia ajak tolong dia sebab dia nak tengok apa yang berlaku. Tapi jiran aku tu refused untuk ikut. dia terus masuk rumah. Sebab dia tak berani, maka dia just tutup pagar je la. Tapi dia cakap ada panggil-panggil jugak cuma takde orang menyahut. Then dia balik semula ke rumah dia. Lagipun hujan lebat time tu.

Pagi esok dia dengan bini dia datang balik ke rumah aku. Kali ni pun dia panggil-panggil jugak tapi takde menyahut. So dia decided untuk masuk tengok apa yang berlaku. Pintu memang terbuka luas la kan.

Masuk dalam tengok barang terabur, rak TV tinggal cable je. Then dia cek bilik semua kosong takde orang. Yang penting dia nak tengok ada orang ke tak je dia kata. Dia takut aku ada kat dalam.

Lepas dah confirm semua takde, dia rapatkan grill and tutup pagar lepas tu balik rumah. Dia ingat nak buat report polis tapi bini dia kata tak payah, tunggu owner rumah balik.

So macam tu la cerita jiran aku pasal kejadia tu. Huhu.

Nanti aku karang PART 3 pulak ek. Panjang pulak rasa cerita ni. haha



Read More

Rumah Kena Pecah Masuk Perompak (PART 1)

Aku balik kampung Jumaat malam. Gerak dari rumah dalam pukul 8 lebih macam tu. Masa tu hujan lebat. Lepas dah pasang lampu car porch dengan lampu kecik ruang tamu dalam rumah, aku kunci grill depan, bukak pagar, reverse kereta dan tutup balik pagar. Disebabkan hujan lebat, maka aku skip bab kunci pagar. Leceh kan nak bukak mangga kat pagar pastu nak kunci balik masa tengah hujan lebat.

Maka aku ke TBS, beli tiket bas, balik Johor. 

Sepanjang weekend kat kampung so tak fikir sangat pasal rumah. 

Dipendekkan cerita, aku balik semula dari Johor Ahad malam jam 11.30 malam tiket bas aku. Sampai TBS jam 4.00 pagi. Sepatutnya sampai pukul 3 lebih tapi bas tu berhenti rehat kt Yong Peng, so lambat la sampai.

Dari TBS ke rumah patutnya tak lama sangat tapi disebabkan anak aku menangis dalam kereta terpaksa la aku berhenti kat stesen minyak dulu uruskan apa yang patut.

Aku sampai betul-betul depan rumah jam 4.40 pagi. Mula-mula sampai tengok pagar bertutup elok, tapi nampak lampu bilik depan menyala. Seingat aku memang aku tutup, just tinggalkan lampu car porch dengan lampu kecik ruang tamu je. Tapi saje sedapkan hati maybe aku terlupa kot.

So aku bukak pagar, masuk parking macam biasa. Dah tutup pagar, aku ambik kunci rumah dan menuju ke grill depan nak bukak pintu. Enjin kereta aku tak matikan sebab anak aku still kat dalam. 

Sampai je depan grill hati tersentak, mana pergi mangga rumah aku? Kenapa sliding door terbukak. Ya Allah, berdebar giler time ni. Terus aku berlari ke kereta balik, masuk dalam, lock cepat. Capai handphone, call husband aku. Berkali-kali call tak berangkat. Call telefon rumah pulak. Pun tak berangkat. 

Hati dah cuak. Takut giler. Dengan telefon tak berangkat, dengan anak dalam kereta. Tersepit antara nak keluar balik dari kereta dan bukak pagar ataupun langgar je pagar tu keluar cari pertolongan. Aku takut mana tahu kalau aku keluar nanti perompak tu tangkap aku ke cemana. Lepastu kalau aku stay dalam kereta tunggu bantuan dari mana-mana aku takut dia keluar pecahkan cermin kereta ke apa. Sebab aku tak tahu kan dia still ada kat dalam ke tak. 

Last-last lepas berapa minit aku tawakal keluar laju-laju pegi bukak pagar, reverse kereta dan pecut ke balai polis. Nasib baik rumah dekat dengan balai polis. huhu

Sampai bali polis, terus ceritakan apa yang berlaku. Aku baru sampai dari kampung, aku syak rumah aku kena pecah masuk, lepastu aku takut nak masuk dalam. Mintak tolong diorang pastikan rumah aku selamat before aku masuk.

Then dua orang polis ikut aku balik rumah. Sorang tolong drive kereta aku, sorang lagi drive kereta polis. 

Sampai rumah, sorang masuk dalam cek keadaan rumah selamat ke tak. Sorang lagi teman aku kat luar rumah.

Lepas dah pastikan yang semua selamat barulah yang sorang tu panggil aku masuk tengok keadaan rumah. Masuk-masuk je tengok rak tv aku clear. Ambik kau, belum lagi tengok barang lain.

Dah confirm semua ok dan aku pun berjaya contact husband aku, dua orang polis pun balik. Diorang suruh aku buat report pagi nanti lepas anak dah bangun ke ataupun dah setel semua benda. Seram weh bila kunci rumah lepas polis balik tu memikirkan yang senang-senang je orang dapat masuk. huhu

Maka selamat la aku melelapkan mata sekejap sementara menunggu pagi. Aku whatsapp bos aku siap-siap cakap aku tak dapat datang kerja sebab rumah aku kena pecah masuk perompak.

Nasib baik sepanjang tempoh tu anak aku sikit pun tak meragam. Memang dia tidur je. huhu

Oklah, nanti aku sambung tulis PART 2.
Read More

Gaya, mutu, keunggulan

Monday, October 26, 2015


Tudiaaaaaa!!! Hahaha
So macam nak nak register untuk kids modelling ni? 
Aku tengah search talent agency. Kalau ada yang tahu boleh la share ye. Kihkihkih
Read More

New Toys!

Thursday, October 08, 2015

Sebenarnya tak tahu nak beli mainan jenis macam mana untuk budak kecik ni. Mungkin sebab dia kecik sangat lagi kot so susah nak pilih. haha

Kalau tanya aku, memang aku pilih educational toys la kan. #asianparents sangat! haha. Tapi entah, tak reti. Irfan just ada soft toys je buat masa sekarang. Dia ada Elephant, Camel & Monkey. Beli binatang-binatang senang nak ajar. kikiki.

So haritu masa keluar dengan dia pergi cari blender untuk his solid food (yeah, dia nak start solid food hujung minggu ni) aku saje la singgah toys section. 

Budak tu, aku tak tahu apa minat dia sebenarnya. Aku rasa dia macam aku, jenis suka duduk tanpa buat pape. Mwahaha. Dia tak teruja pun masa masuk section tu. Aku je yang saiko lebih sebab tak tahu nak pilih mainan macam mana untuk dia.

Kat pasaraya.



Biasa je. Main la jugak lepas aku yang beriya bagi. haha

Kat rumah.



Seronok rupanya! Ada benda baru yang boleh digigit. Haha. Penuh air liur dia weh. Haishh.



OMG akhirnya boleh letak video. Memang blogger tak support eh kalau nak upload direct dari Apple? Giler ah nak transfer sesatu ke laptop. huhu.

Okbai.
Read More

Makin Banyak Akal




Ni malam tadi. Dah banyak kali kalau aku tinggal dia main sorang-sorang tetiba keluar ruang tamu tak nampak dia kat mana. Ni belum pandai merangkak, berjalan, etc lagi. Haish. Macam ni rupanya perkembangan hidup manusia. Haha 
Read More

Journey of Firsts

Tuesday, September 29, 2015

Watch this! 


Meleleh ayaq mata. Huhu
Betul la, that feeling.

Dear Irfan, mama loves you so much! 
Read More

Raya Haji & Air Asam Perut Lembu

Sunday, September 27, 2015

Sebab musim raya haji belum habis, jadi tema dia lembu korban. Haha

Raya haji kami tak balik jb pun. Just celebrate raya kat rumah je. Takde gambar raya sebab nobody ready. Baju raya pun takde. Kihkihkih

Pergi rumah makcik malam hari raya for dinner. Dia bagi la perut lembu bawak balik. Aku rasa belah-belah pantai timur je kot panggil perut lembu. Aku duduk johor doorang panggil babat. Tapi sebab aku kelantanese, sukahati aku la nak panggil apa pun. Lol

Kalau korang ke Kelantan, air asam ni common. This is how they enjoy perut lembu. Takde fancy-fancy macam masak lemak cili api taruk rebung ke ape benda tah. Tak tahu belah pantai timur macam Terengganu dengan Pahang tu diorang makan macam mana. Tapi I guess sama la kot. 

Here goes the recipe :

- belacan
- limau nipis. Tips : Nak lagi sedap guna limau purut. Kalau guna limau kasturi aka limau sambal memang tak jadi la air asam korang. 
- cili padi
- garam

Method :

- rebus perut lembu sampai lembut. 
- dah siap rebus korang ambik air rebusan tadi untuk jadikan kuah air asam.
- tumbuk bahan-bahan tadi dan masukkan dalam air rebusan. Kuantiti bahan tu agak-agak la. Hihi
Dah siap! Simple je kan? The tricky part is cemana korang nak balance rasa masam, masin semua tu. So, good luck! Haha


Nah, my version of air asam perut lembu. Aku campk bawang merah hiris sekali dalam tu to make it fancy. Mwahaha

Kbai. 


Read More

Mengantuk sangat ke?

Friday, September 25, 2015






Budak ni, musim dia berjaga malam sekarang. So dia memang tidur lama siang. Susahnya la hai nak tukar jadual tidur dia -__-

P/s: Need to get him a new car seat. Dia dah tak selesa dalam ni. Huhu

Read More