Early morning walk

Thursday, December 10, 2020

Selepas episod masuk hospital akibat Tachycardia haritu, I made a promise to myself untuk beri lebih perhatian kepada my mental health. One thing that pop up in my mind adalah untuk exercise regularly. Tapi I tak suka intense exercise dan lagipun I tak tahu pun nak start dari mana sebab I never have a proper exercise plan sepanjang hidup I.

Jadi I decided untuk take an early morning walk everyday. Err kalau tak dapat everyday pun, at least tak skip banyak sangat lah 😅. I really need time for myself. And being in nature adalah salah satu terapi yang I baca, hampir berkesan untuk semua orang.

So far, I dapat stick to the plan. I bangun jam 6 pagi dan bersiap apa yang patut sebelum I keluar rumah. I heret sekali husband I untuk teman I pagi-pagi hahahah sebab I bukan tahu sangat jalan kat sini kang sesat tak pasal.

I suka my new routine. Waktu macam ni, cuma kami berdua je. I can chat whatever topic I want without any interruption. Biasa kalau kat rumah or dengan kids, memang tak ada peluang kan untuk berbual betul-betul & being silly. Dan I baru sedar waktu pagi adalah the best! Sebab memang dunia masih sunyi, udara masih segar dan semua nampak tenang aman damai. I can't describe the feeling, tapi you guys should know how does it feels bila korang pun start buat juga.

Tapi nak cerita, this time around, the kids decided to join us! 

Dah tak jadi rutin berdua dah lah lepasni sebab Irfan dah pesan, lepasni Irfan nak ikut mama daddy pergi exercise 😂.

The plan was, kami berdua berjalan macam biasa, Irfan kayuh basikal sebab takut dia penat nak jalan jauh manakala adik dia pula I tolak dalam stroller.

Everything was fine, tapi biasa lah. Kids tetap kids, banyak benda yang unexpected diorang boleh buat.

Yes, itu basikal Irfan. Hahaha

Ada lah tempat-tempat yang Irfan refused untuk kayuh basikal contohnya masa naik bukit dan masa turun bukit. Jadi terpaksa la daddy pikul basikal dia sebab nak cepat. Hahaha.

Yang si adik pula, tetap tenang sebab dia boleh baring dalam stroller sambil gentel selimut dan hisap jari 😏.

Selimut dan hisap jari tak dapat dipisahkan.

Not a bad experience at all cuma rasa lebih penat dari biasa haha. I berpeluh lebih dari biasa dan daddy diorang pun sama, memang dia kata lagi penat dari biasa. Overall, it was a fun morning for all of us tapi I tak sure I sanggup ke tak nak buat rutin ni berempat. Faham tak? Hahahaha. Jadi kita tengok lah lepasni macam mana.

Korang pun patut cuba buat early morning walk ni. I personally rasa my stress level reduced bila I dapat connected with nature sambil-sambil keluar peluh.

Bye!



Post a Comment