Chronic Granulomatous mastitis - Bagaimana semua ini berlaku?

Friday, November 27, 2020

 Masa I start tulis pengalaman ni, I still undergoing treatment untuk Chronic Granulomatous Mastitis (CGM). I decided untuk start tulis, sebelum I betul-betul lupa apa yang I lalui sepanjang I menghidap penyakit ni. Jadi akan ada a few series dan mungkin juga update yang I akan share dari masa ke semasa.


Semua ni bermula pada July 2020 bila I tiba-tiba rasa breast I bengkak & sakit macam bengkak susu. Kalau korang pernah susukan baby, korang mesti tahu rasa bengkak susu macam mana kan? Rasanya exactly the same! Yang bezanya dan peliknya, I dah stop menyusu dah lebih setahun bila I rasa ni. Dan rasa bengkak & sakit ni datang without any reason. Jadi, for the first few days, I just ignore dengan harapan maybe rasa tu akan hilang sendiri.


Unfortunately, rasa bengkak & sakit tu tak hilang malah makin intense. That is when I've decided that I mesti kena jumpa doktor untuk cek.


I went to a one of the private hospital yang berdekatan dengan I dan jumpa O&G untuk cek. Specifically requested for doktor perempuan sebab you know, masa ni ada lah rasa segan sikit kan kalau nak suruh doktor lelaki yang cek. Tapi I tak tahu kenapa I request for O&G walaupun diorang nak letak I under surgeon. Maybe masa ni I ingat semua ini tidak serius. Haha


So bila dah dapat jumpa doktor tu, the doctor straight away sent me for an ultrasound scan. Not to mention, this particular doctor was traying to deny apa yang I rasa. I rasa geram gila masa ni sebab I sakit, tapi bila dia pegang dia cakap takde apa-apa lah. Then bila I still insist & betul-betul tunjuk rasa sakit tu kat mana baru dia kata, ok lah kita scan lah. (Bila I ingat ni, I still rasa sakit hati. Kalau I betul tak ada apa-apa, then why do I still suffer with this disease sampai sekarang dan kenapa sampai I kena hadap surgery. Tapi this one, I'll save for later ok.)


Tengah tunggu untuk buat ultrasound scan.



I dapat tahu result straight away after the scan. Nothing serious, scan tu tak tunjuk something yang cancerous ke apa pun sebab tu doktor tu kata nothing serious. Tapi I dah lupa apa diagnosis yang dia bagi. Maybe mastitis kot? Yes - mastitis. I dah cek.


The doctor prescribed antibiotic untuk 2 minggu. Dan saje lah nak cakap, antibiotic tu kena makan 4 kali sehari. Can you imagine, 4 kali sehari selama 2 minggu. Aku rasa nak gila buat reminder kat handphone. Haha


I berjaya habiskan antibiotic tu accordingly tapi I akan sambung cerita ni in the next post sebab I tahu, korang pun bukan ada banyak masa nak baca panjang-panjang sekaligus kan :-)


Bye!





Read More

Hai, I dah pasang braces :-)

Sunday, November 22, 2020

One of my new year goals untuk tahun 2020 adalah pasang braces.

I don't know, dah lama I letak braces dalam list. Many many years ago cuma tahun ni baru I betul-betul tulis.

Dan tetiba semua itu berlaku. - I guess the power of writing down your goals & dreams la kan.

Reason I nak pakai braces adalah nak betulkan semula susunan gigi I tapi I juga terpengaruh dengan side effect yang orang kata pakai braces boleh kurus. Hahahaha. Tapi itu kita cerita kemudian sebab I rasa I boleh buat banyak content untuk ceritakan pengalaman I dengan braces.

So here I am, 11 Ogos 2020 officially with braces.


Kalau tengok gigi I takde lah dalam kategori teruk sangat tapi biasalah perempuan, mana reti puas kan. Lagipun ada masa yang I rasa memang tak selesa dengan susunan gigi bila gigi bawah tekan gigi atas, I rasa sakit. Sebab itu jugalah decide untuk pasang.

My treatment dijangka akan mengambil masa selama 2 tahun jadi sepanjang treatment boleh la I seronok main tukar-tukar kaler band tu. Haha

Nanti bila I ada masa I akan tulis kat mana I buat, berapa kos untuk pasang braces dan benda-benda berkaitan yang lain. I hope, sedikit sebanyak dapat bantu untuk bagi input kat korang jugak. Bye!


Read More

2020, Chronic Granulomatous Mastitis, Tachycardia & Emotionally Unstable

Friday, November 20, 2020

I rasa, 2020 adalah tahun yang agak kurang baik bagi semua orang. With Covid and everything, I rasa semua orang struggling sepanjang tahun 2020.

Tahun 2020 adalah tahun Tuhan nak duga I dengan masalah kesihatan. I yang amat-amat jarang sakit ni tetiba diserang sakit bertubi-tubi.

As I'm writing this, I am on my hospital bed for another round of hospitalisation. Ini adalah kali ke-3 untuk tahun ni.

I start dapatkan rawatan sejak bulan 7, 2020 untuk chronic granulomatous mastitis. Hospitalised 2 kali for treatment dan masih menjalani rawatan susulan sampai sekarang sebab sakitnya belum baik pun lagi.

Then, here come another episode of another penyakit pula. Kali ni belum tahu punca. Doktor just remark as tachycardia je dulu.

Compare to CGM, kalini I rasa penat. Heart beat I laju dan nafas I jadi pendek bila heart beat I laju. I penat nak catch up the breath. Pakej sekali datang dengan lightheaded.

With CGM, I rasa I boleh jalani hidup macam biasa. Tak mengganggu aktiviti harian pun sebabnya sakitnya tu cuma kat breast hahahaha. Kat hospital sementara nak tunggu for operation haritu pun I happy dapat jalan-jalan pusing hospital macam biasa. Macam orang tak sakit pun.

I nekad to take a break from my social media Facebook & Instagram (itu je yang I aktif), to focus on my health, especially my mental health.

Did I mentioned yang I rasa sekarang I'm emotionally unstable? I think I can't process my own emotion. I boleh bertukar dari happy ke sedih ke marah-marah without proper reason.

So tengok lah macam mana. I plan to write more here. Whoever you are, mana tahu doa korang diangkat, please pray for my recovery. I nak sihat macam dulu.

Tachycardia, 2020.


Read More