Pengalaman mengandung first trimester with baby #3

Wednesday, October 13, 2021

I macam bertuah sikit pregnancy ke-3 ni sebab I start pregnant ngam ngam masa kerajaan umum lockdown 3.0 jadi I got plenty of time at home. 


Masa 4-5 weeks pregnant tak ada apa yang pelik pun, semua berjalan lancar. I tak ada morning sickness dan I boleh masak, kemas rumah, jaga pokok bunga macam biasa. I ingat this time around, semua indah macam previous pregnancies tapi I silap. Langit tak selalunya cerah gaiss 😂.


A lot of things changed afterwards!

  • I jadi terlalu sensitif terhadap bau. Contoh bau kucing, bau perfume, bau makanan. Basically semua bau-bau yang kuat la. Sampai level berak sendiri pun  kena tahan nafas ok haha. Rasa geram tak boleh terima semua bau tu tapi tak ada la sampai muntah. Husband I sampai terpaksa beli sangkar & pindahkan semua kucing ke luar rumah. Haha.
  • Badan I jadi cepat berpeluh dan berbau. Bau badan teruk sangat sampai I tukar deodorant entah berapa botol dah dalam masa sebulan semata nak cari yang mana boleh cover body odour. Shower gel pun sama I try banyak jugak. Tapi, sampai ke sudah tak jumpa yang sesuai ðŸĪŪ. I tak tahu la my husband saje sedapkan hati I ke apa tapi dia kata tak ada la dia bau I busuk ke apa pun bila duduk sebelah I.
  • Loya, pening, tak bermaya sepanjang hari. Benda ni berlarutan for the whole trimester tahu tak. Geram betul. I jadi unmotivated, tak buat apa-apa pun cuma baring je. Tapi I tak muntah, I cuma muntah 3 kali je kot sepanjang tempoh ni which is rare jugak sebab previous pregnancies I tak pernah muntah ok.
  • Sakit pinggang sebelah kanan. Padahal still terlalu awal untuk I rasa sakit pinggang. Tapi I boleh jalan macam biasa tanpa rasa sakit sebab rasa sakit tu cuma ada bila I baring je.
  • Suka sangat-sangat minum air manis. Sebelum ni start je pregant I akan control sugar intake sebab family history kencing manis. Biasanya kalau minum air manis pun cuma seminggu sekali je. Tapi kali ni setiap hari! Mesti nak air manis setiap hari tak boleh control langsung. Cuma alhamdulillah result MGTT I ok takde sangkut kencing manis so far 😂.

Semua yang I list kat atas tu memang I tak pernah rasa dengan pregnancies sebelum ni jadi itu semua pengalaman baru bagi I. Seriously pregnancy kali ni memang sangat-sangat berbeza. For me, ini memang paling teruk la tapi maybe teruk bagi I, tidak bagi orang lain kan? Setiap orang kan ada pengalaman yang berbeza.

As for now, I dah dalam my second trimester towards third trimester dah. Jadi I will not be writing anything masa second trimester sebab second trimester, semua dah back to normal dan tak ada apa yang I nak share sangat pun. Haha.

Enjoying my second trimester.


Take care!


Read More

Baby #3 gender reveal?

Tuesday, October 12, 2021

 Hai,

Weekend hari tu kami dah buat detail scan untuk baby #3. Detail scan ni takde gambar 3D, 4D, 5D apa bagai tu cuma gambar hitam putih 2D je. Dan tujuannya adalah untuk cek fungsi organ, perkembangan, kedudukan baby dan sebagainya. Bukan tujuan untuk cantik-cantik ambik gambar muka baby tengok baby tengah buat apa semua tu. Haha. Ada orang tak buat pun detail scan so ikut masing-masing punya preference lah. Kami buat just for the peace of mind, rasa tenang sikit bila tahu perkembangan baby ok dan cukup sifat. Alhamdulillah.


Kali ni memang buat kat klinik yang dekat dengan rumah je sebab malas nak drive jauh-jauh. Tetiba best pulak sonographer yang kami dapat tu sebab memang betul-betul detail dia cek dan terangkan satu persatu. Jadi kita puas hati sangat.


Dan bila sampai ke part gender.... Jeng jeng jeng ðŸĪŠ.


Baby kepit! Haha. Jadi kami tak dapat la nak tengok betul-betul boy or girl 😂.


Tapi kan, sonographer ni pandai buat surprise. Bila masuk kereta & cek balik gambar yang dia print rupanya dia dah tulis kat gambar tu gender apa. Haha


Sebabnya masa dalam bilik tu memang dia kata kalau ikut pengalaman dia dan ilmu yang dia ada, memang dia dah tahu gender apa cuma tak boleh tunjuk betul-betul kat parents sebab baby kepit. Jadi bagi dia, memang dia dah confirm dah baby kat dalam ni apa cuma parents je la nak percaya ke tak 😂.

Jadi, kami dah agak-agak tahu gender apa dan kami pun pilih untuk percaya je lah cakap sonographer tu dan apa yang dia tulis. Gitteww. Now siapa nak teka? ðŸĪĢ

Boy or girl? 😝

Note: I buat kat Klinik MyFamily (Masai Branch). Boleh search website dia kat google dan tengok pakej serta book for appointment. Highly recommended.

Read More

Pregnant & Fully vaccinated

Tuesday, October 05, 2021

 I tak tahu lah ke mana hala tuju blog ni sebab I ada banyak benda yang I nak tulis, tapi I ada perasaan takut untuk 'expose myself' ke dunia luar. Sekarang rasa insecure sangat takut terjumpa orang-orang yang suka tinggalkan komen-komen pelik atau kritik apa yang kita sebenarnya rasa ok je dalam hidup kita, tapi mungkin tak sependapat atau sehaluan. Maybe jadi overthinking sebab banyak sangat main social media dulu. Haha


Ok, tadi tu membebel sikit je tapi point penting dia, I dah fully vaccinated 😎.


First dose vaccine

My first dose was masa I pregnant 14 weeks. Masa ni rasa macam awal sangat nak vaccine tapi tengok keluarga & kawan-kawan terdekat yang dah vaccine masa pregnant lebih kurang I ok je so I proceed je lah. I dapat pfizer. Alhamdulillah tak ada simptom pelik-pelik cuma lenguh bahu je tu.


Second dose vaccine

Then my second dose masa lebih kurang 18 weeks pregnant. Kali kedua ni simptom dia agak terasa. Sehari selepas second dose, I rasa miserable tak tahu nak describe cemana. Memang rasa serba tak kena, tak senang duduk. Then body temperature pulak between 37.4 ke 37.8 degree. Takde la demam tapi gitu lah sepanjang hari. Sempat la I makan panadol 3 kali in order to overcome semua ketidakselesaan tu 😂. Ohh tapi surprisingly bahu tempat cucuk tu tak ada lenguh langsung compare to masa first dose.


Now, I confirm la dah lebih 14 hari dah bebas kemana-mana (gitteww), tapi I takde la pergi mana-mana pun. So jangan risau ok if korang pregnant & masih ragu-ragu untuk vaccine. InsyaAllah tak ada apa. I scan baby pun nampak baby membesar dengan jayanya dan happy je kat dalam tu 😂.


Bye and take care korang!


Read More