Chronic Granulomatous mastitis - Bagaimana semua ini berlaku?

Friday, November 27, 2020

 Masa I start tulis pengalaman ni, I still undergoing treatment untuk Chronic Granulomatous Mastitis (CGM). I decided untuk start tulis, sebelum I betul-betul lupa apa yang I lalui sepanjang I menghidap penyakit ni. Jadi akan ada a few series dan mungkin juga update yang I akan share dari masa ke semasa.


Semua ni bermula pada July 2020 bila I tiba-tiba rasa breast I bengkak & sakit macam bengkak susu. Kalau korang pernah susukan baby, korang mesti tahu rasa bengkak susu macam mana kan? Rasanya exactly the same! Yang bezanya dan peliknya, I dah stop menyusu dah lebih setahun bila I rasa ni. Dan rasa bengkak & sakit ni datang without any reason. Jadi, for the first few days, I just ignore dengan harapan maybe rasa tu akan hilang sendiri.


Unfortunately, rasa bengkak & sakit tu tak hilang malah makin intense. That is when I've decided that I mesti kena jumpa doktor untuk cek.


I went to a one of the private hospital yang berdekatan dengan I dan jumpa O&G untuk cek. Specifically requested for doktor perempuan sebab you know, masa ni ada lah rasa segan sikit kan kalau nak suruh doktor lelaki yang cek. Tapi I tak tahu kenapa I request for O&G walaupun diorang nak letak I under surgeon. Maybe masa ni I ingat semua ini tidak serius. Haha


So bila dah dapat jumpa doktor tu, the doctor straight away sent me for an ultrasound scan. Not to mention, this particular doctor was traying to deny apa yang I rasa. I rasa geram gila masa ni sebab I sakit, tapi bila dia pegang dia cakap takde apa-apa lah. Then bila I still insist & betul-betul tunjuk rasa sakit tu kat mana baru dia kata, ok lah kita scan lah. (Bila I ingat ni, I still rasa sakit hati. Kalau I betul tak ada apa-apa, then why do I still suffer with this disease sampai sekarang dan kenapa sampai I kena hadap surgery. Tapi this one, I'll save for later ok.)


Tengah tunggu untuk buat ultrasound scan.



I dapat tahu result straight away after the scan. Nothing serious, scan tu tak tunjuk something yang cancerous ke apa pun sebab tu doktor tu kata nothing serious. Tapi I dah lupa apa diagnosis yang dia bagi. Maybe mastitis kot? Yes - mastitis. I dah cek.


The doctor prescribed antibiotic untuk 2 minggu. Dan saje lah nak cakap, antibiotic tu kena makan 4 kali sehari. Can you imagine, 4 kali sehari selama 2 minggu. Aku rasa nak gila buat reminder kat handphone. Haha


I berjaya habiskan antibiotic tu accordingly tapi I akan sambung cerita ni in the next post sebab I tahu, korang pun bukan ada banyak masa nak baca panjang-panjang sekaligus kan :-)


Bye!





2 comments

  1. Sis mana sambungan, sy nak tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malas dah nak tulis awak hahaha. Kalau ada nak tanya pape just email je lah.

      Delete