Not feeling good in my third trimester

Tuesday, December 14, 2021

 I think, pregnancy kali ni really taking a toll on me. Of course, I'm comparing to the previous two lah kan. 


Previously, bila masuk third trimester pun I masih aktif dan mampu bergerak kesana kemari tanpa ada rasa penat or sakit-sakit badan. Kali ni, entah la faktor usia agaknya haha. Teruk betul rasa, nak jalan pun kejap je dah penat dan mengah. Oh lagi satu, I start the pregnancy dengan berat 60kg which I tak pernah pun capai berat badan seberat tu even masa pregnant so agaknya sebab tu lah. Siapa suruh overweight kan 😂.


Nak tidur malam pun susah untuk cari posisi yang selesa. Like I said, ini semua I tak rasa dengan previous pregnancies jadi everything is new to me now. Merasa lah I pregnant macam orang lain pregnant kan. Biasa duk baca pengalaman orang lain je & konon-konon tak boleh relate la sebab kita tak rasa. Sekarang ambik kau padan muka ðŸĪĢ.


I ada beberapa minggu je lagi tinggal. Barang-barang baby pun dah complete. Tinggal nak packing bag hospital je. Jadi doakan I ya. Harap-harap semuanya berjalan lancar.


Take care uolls!




Read More

Pengalaman mengandung first trimester with baby #3

Wednesday, October 13, 2021

I macam bertuah sikit pregnancy ke-3 ni sebab I start pregnant ngam ngam masa kerajaan umum lockdown 3.0 jadi I got plenty of time at home. 


Masa 4-5 weeks pregnant tak ada apa yang pelik pun, semua berjalan lancar. I tak ada morning sickness dan I boleh masak, kemas rumah, jaga pokok bunga macam biasa. I ingat this time around, semua indah macam previous pregnancies tapi I silap. Langit tak selalunya cerah gaiss 😂.


A lot of things changed afterwards!

  • I jadi terlalu sensitif terhadap bau. Contoh bau kucing, bau perfume, bau makanan. Basically semua bau-bau yang kuat la. Sampai level berak sendiri pun  kena tahan nafas ok haha. Rasa geram tak boleh terima semua bau tu tapi tak ada la sampai muntah. Husband I sampai terpaksa beli sangkar & pindahkan semua kucing ke luar rumah. Haha.
  • Badan I jadi cepat berpeluh dan berbau. Bau badan teruk sangat sampai I tukar deodorant entah berapa botol dah dalam masa sebulan semata nak cari yang mana boleh cover body odour. Shower gel pun sama I try banyak jugak. Tapi, sampai ke sudah tak jumpa yang sesuai ðŸĪŪ. I tak tahu la my husband saje sedapkan hati I ke apa tapi dia kata tak ada la dia bau I busuk ke apa pun bila duduk sebelah I.
  • Loya, pening, tak bermaya sepanjang hari. Benda ni berlarutan for the whole trimester tahu tak. Geram betul. I jadi unmotivated, tak buat apa-apa pun cuma baring je. Tapi I tak muntah, I cuma muntah 3 kali je kot sepanjang tempoh ni which is rare jugak sebab previous pregnancies I tak pernah muntah ok.
  • Sakit pinggang sebelah kanan. Padahal still terlalu awal untuk I rasa sakit pinggang. Tapi I boleh jalan macam biasa tanpa rasa sakit sebab rasa sakit tu cuma ada bila I baring je.
  • Suka sangat-sangat minum air manis. Sebelum ni start je pregant I akan control sugar intake sebab family history kencing manis. Biasanya kalau minum air manis pun cuma seminggu sekali je. Tapi kali ni setiap hari! Mesti nak air manis setiap hari tak boleh control langsung. Cuma alhamdulillah result MGTT I ok takde sangkut kencing manis so far 😂.

Semua yang I list kat atas tu memang I tak pernah rasa dengan pregnancies sebelum ni jadi itu semua pengalaman baru bagi I. Seriously pregnancy kali ni memang sangat-sangat berbeza. For me, ini memang paling teruk la tapi maybe teruk bagi I, tidak bagi orang lain kan? Setiap orang kan ada pengalaman yang berbeza.

As for now, I dah dalam my second trimester towards third trimester dah. Jadi I will not be writing anything masa second trimester sebab second trimester, semua dah back to normal dan tak ada apa yang I nak share sangat pun. Haha.

Enjoying my second trimester.


Take care!


Read More

Baby #3 gender reveal?

Tuesday, October 12, 2021

 Hai,

Weekend hari tu kami dah buat detail scan untuk baby #3. Detail scan ni takde gambar 3D, 4D, 5D apa bagai tu cuma gambar hitam putih 2D je. Dan tujuannya adalah untuk cek fungsi organ, perkembangan, kedudukan baby dan sebagainya. Bukan tujuan untuk cantik-cantik ambik gambar muka baby tengok baby tengah buat apa semua tu. Haha. Ada orang tak buat pun detail scan so ikut masing-masing punya preference lah. Kami buat just for the peace of mind, rasa tenang sikit bila tahu perkembangan baby ok dan cukup sifat. Alhamdulillah.


Kali ni memang buat kat klinik yang dekat dengan rumah je sebab malas nak drive jauh-jauh. Tetiba best pulak sonographer yang kami dapat tu sebab memang betul-betul detail dia cek dan terangkan satu persatu. Jadi kita puas hati sangat.


Dan bila sampai ke part gender.... Jeng jeng jeng ðŸĪŠ.


Baby kepit! Haha. Jadi kami tak dapat la nak tengok betul-betul boy or girl 😂.


Tapi kan, sonographer ni pandai buat surprise. Bila masuk kereta & cek balik gambar yang dia print rupanya dia dah tulis kat gambar tu gender apa. Haha


Sebabnya masa dalam bilik tu memang dia kata kalau ikut pengalaman dia dan ilmu yang dia ada, memang dia dah tahu gender apa cuma tak boleh tunjuk betul-betul kat parents sebab baby kepit. Jadi bagi dia, memang dia dah confirm dah baby kat dalam ni apa cuma parents je la nak percaya ke tak 😂.

Jadi, kami dah agak-agak tahu gender apa dan kami pun pilih untuk percaya je lah cakap sonographer tu dan apa yang dia tulis. Gitteww. Now siapa nak teka? ðŸĪĢ

Boy or girl? 😝

Note: I buat kat Klinik MyFamily (Masai Branch). Boleh search website dia kat google dan tengok pakej serta book for appointment. Highly recommended.

Read More

Pregnant & Fully vaccinated

Tuesday, October 05, 2021

 I tak tahu lah ke mana hala tuju blog ni sebab I ada banyak benda yang I nak tulis, tapi I ada perasaan takut untuk 'expose myself' ke dunia luar. Sekarang rasa insecure sangat takut terjumpa orang-orang yang suka tinggalkan komen-komen pelik atau kritik apa yang kita sebenarnya rasa ok je dalam hidup kita, tapi mungkin tak sependapat atau sehaluan. Maybe jadi overthinking sebab banyak sangat main social media dulu. Haha


Ok, tadi tu membebel sikit je tapi point penting dia, I dah fully vaccinated 😎.


First dose vaccine

My first dose was masa I pregnant 14 weeks. Masa ni rasa macam awal sangat nak vaccine tapi tengok keluarga & kawan-kawan terdekat yang dah vaccine masa pregnant lebih kurang I ok je so I proceed je lah. I dapat pfizer. Alhamdulillah tak ada simptom pelik-pelik cuma lenguh bahu je tu.


Second dose vaccine

Then my second dose masa lebih kurang 18 weeks pregnant. Kali kedua ni simptom dia agak terasa. Sehari selepas second dose, I rasa miserable tak tahu nak describe cemana. Memang rasa serba tak kena, tak senang duduk. Then body temperature pulak between 37.4 ke 37.8 degree. Takde la demam tapi gitu lah sepanjang hari. Sempat la I makan panadol 3 kali in order to overcome semua ketidakselesaan tu 😂. Ohh tapi surprisingly bahu tempat cucuk tu tak ada lenguh langsung compare to masa first dose.


Now, I confirm la dah lebih 14 hari dah bebas kemana-mana (gitteww), tapi I takde la pergi mana-mana pun. So jangan risau ok if korang pregnant & masih ragu-ragu untuk vaccine. InsyaAllah tak ada apa. I scan baby pun nampak baby membesar dengan jayanya dan happy je kat dalam tu 😂.


Bye and take care korang!


Read More

Salam Aidiladha

Wednesday, July 28, 2021

 


Harap masih belum terlambat untuk I ucap salam Aidiladha buat semua.


Tahun ni masih sama macam tahun lepas kan, tak boleh ke mana-mana. Tapi alhamdulillah family I dekat & tinggal dalam daerah yang sama jadi sempat la juga berjumpa of course dalam keadaan berhati-hati dan follow sop. Kami pun tak mahu create new cluster 😂.


Dan buat pertama kali juga I tak masak masa raya. Penangan pregnancy kali ni agak mencabar compare to yang lepas-lepas. Takde mood nak masak + dapur gas bocor dan technician tak dapat datang tengok due to current lockdown situation, jadi terpaksa redha. Kita order je semua dari caterer. Tapi tetiba macam seronok pula bila masa raya tak penat masak 😜.



Harapnya tahun depan, kita semua dapat beraya seperti dulu-dulu. Rindu kemeriahan dulu dapat berkumpul dan ziarah sanak saudara. I doakan korang yang dah lama tak jumpa family, semoga semuanya kembali pulih seperti biasa dan korang juga dapat ziarah family tersayang macam dulu-dulu. Bye!


Read More

Pregnant with baby #3

Sunday, June 27, 2021

Baby #3 is on the way gaiss. How excited is that? We are super excited for this sebab kita dah tunggu lama dah untuk doktor cakap, "yes, you may proceed" gittew.


So bila bulan lepas doktor kata "fingers crossed, hopefully, everything will be fine" then apa lagi 😆. 


I buat UPT test on the day that I sepatutnya period, and it came out with this.


We went to the doctor to have a scan today sebab kalau ikutkan last period I dah 8 weeks pregnant. Alhamdulillah we can see the baby and the heartbeat! Memang sengaja taknak pergi scan awal sebab I taknak repeat scan musim-musim covid ni memang nak stay at home je.



So itu je lah news yang I nak deliver today. This baby will be due February 2022. I hope this pregnancy will go well for both me and baby. Please pray for our health and safety ok. I'll pray for you too. Stay safe korang!

Read More

Quitting social media (buat masa sekarang)

Thursday, February 25, 2021

Bila I tulis tajuk "(buat masa sekarang)", dia macam giving me hope yang satu hari nanti I akan kembali 😂.

I never imagined yang akan tiba satu masa I akan quit social media. By social media, I maksudkan Facebook & Instagram sebab I just guna dua platform tu je untuk connect dengan kawan-kawan. Dan kalau tiba-tiba korang ter-klik social media icon kat blog ni and it leads you to nowhere, ketahuilah I deactivated semua account buat masa sekarang.

My last hospitalization haritu disebabkan Tachycardia. I went through a few tests to make sure my physical condition is actually OK. Yes, it is OK. Doktor dah confirmkan. Jantung I berfungsi dengan baik dan I tak ada apa-apa penyakit berbahaya yang bagi effect ke jantung. Cuma tinggal satu faktor je yang menjadi kemungkinan besar, which is my mental health. Tapi doktor tak berani komen sebab dia cuma cardiologist, bukan bidang dia untuk komen berkenaan mental. Dia cuma berani sebut kemungkinan je.

Tapi I memang sedar, I was very vulnerable at that time. Ada beberapa benda yang selalu bermain dalam fikiran dan sampai mengganggu tidur. I made weird sound dan tercungap-cungap masa tidur. Of course I tak sedar pun, tapi my husband yang selalu tidur lambat memang perasan la my condition masa tu. Siang pula, my heart pounding laju gila non stop for more than an hour setiap kali ada benda trigger. Dan I akan rasa penat tak cukup nafas sebab jantung I laju gila. Maybe itu juga yang berlaku masa tidur cuma I je yang tak perasan.

Lepas discharged dari hospital, I quit social media juga sekejap tapi bertahan tak sampai sebulan haha. Then bila I kembali, I perasan dia trigger semula dan I can't control my emotion. So since tengah bulan January 2021 haritu I quit lagi sekali. Social media bukanlah satu-satunya punca yang trigger tapi sebab I berupaya untuk eliminate punca ni, thats why la I cuba dan I quit. Tapi bila ada yang whatsapp tanya kenapa I disappear dari social media, I cuma cakap I sibuk uruskan anak-anak, tak sempat nak main Facebook & Instagram sebab panjang sangat kalau nak explain. Haha 😆

After lepas sebulan lebih without social media, so far I rasa I'm happy and content. I have more time for myself dan orang-orang yang I sayang.


Harini, I sesaje buat test ni to check kat mana level I sekarang. Sebab I tahu dan dapat rasa I dah improve banyak compare to beberapa bulan lepas. Masih ada benda yang kadang-kadang trigger, buat I rasa cemas dan sebagainya tapi so far so good. If I ever need a help, I tahu I can count on my loved ones ☺️.

Please take care of yourself and stay safe ok!





Read More

Persedian untuk hamil

Thursday, February 11, 2021

Holla controversial sangat tajuk I kali ni.

Actually, it was in my plan to get pregnant tahun 2020 but things happened, kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan. Tepat sekali kan?

I went to see my doctor this week dan dia decided untuk stopkan semua ubat I and try to let the body heal sendiri katanya. However, I still akan follow up dengan dia in another 2 months to review the progress tengok positif ke tak lepas dah stop semua ubat.

Disebabkan dia dah stopkan all of my medications, I think why not I start to prepare for pregnancy? I may not be able to get pregnant now, tapi I rasa the time has come for me to get prepared.

Jadi I pun google la "prepare body for pregnancy" walaupun dah agak tahu apa yang perlu dibuat tapi saje la nak refresh my knowledge.

So, ini adalah senarai perkara yang kita perlu buat sebagai persediaan untuk hamil:

  • Jumpa doktor

Jumpa doktor dan discuss pasal sejarah kesihatan, maybe buat blood test, review ubat-ubat yang kita tengah ambil sekarang dan lain-lain.

I think I tak ada masalah untuk step ni sebab I ada doktor yang sedang monitor my health sekarang jadi I can say that I am all good untuk step ni.

  • Berhenti merokok, alkohol dan dadah serta hadkan pengambilan kafein
Semua perkara di atas adalah penyumbang kepada unhealthy pregnancy. Macam-macam perkara boleh berlaku kepada ibu dan baby contohnya keguguran, perkembangan bayi terencat serta tak dilupakan, yang paling penting sekali adalah agak susah untuk conceive tau kalau korang ada buat perkara-perkara di atas.

I don't do smoking, alcohol or drugs tapi I minum coffee secawan sehari hampir setiap hari. I think maybe I boleh reduce the intake sikit kot walaupun my daily consumption still selamat tapi yeahh better get prepared gitteww.

  • Makan makanan berkhasiat dan seimbang 

Should I explain? Ini straight forward sangat sebab memang setiap hari, sepatutnya kita buat pilihan yang lebih bijak dalam pengambilan makanan kita. Makanan berkhasiat adalah real food dan adalah lebih baik jika kita dapat masak sendiri. Elakkan process food yang tinggi dengan kandungan garam, gula serta bahan pengawet.

I masak sendiri setiap hari jadi I tak ada masalah dengan step ni. Cuma, I perlu seimbangkan lagi portion I dengan melebihkan sayuran dalam setiap hidangan. So far I lebihkan carbs & protein je walaupun I suka sayur tapi I malas nak masak sayur sebab I seorang je yang makan sayur dalam rumah ni ðŸĪĢ.

  • Ambil vitamin tambahan dan folic acid
Pengambilan vitamin tambahan dapat menyokong kesihatan ibu secara keseluruhan serta dapat menjamin kesihatan bayi dalam kandungan. Pengambilan folic acid pula adalah sangat-sangat penting untuk mengelakkan kecacatan janin pada awal kehamilan.

I am now more consistent with my dailiy vitamins. So far I ambil multivitamin, vitamin C, B complex and folic acid serta pil kalsium.

  • Bersenam
Bersenam dapat memberikan persedian kepada badan untuk perubahan-perubahan yang bakal berlaku semasa hamil. Trust me, kalau muscle korang tak pernah 'bekerja', korang akan rasa sakit-sakit badan seawal first trimester lagi compare to mereka yang aktif, mungkin masa third trimester baru rasa kurang selesa dengan segala perubahan yang berlaku.

I tak suka heavy exercise dan I juga memang tak pernah buat that kind of exercise sepanjang hidup I. Tapi I agak rajin keluar for morning walk dan I don't mind walking dari satu tempat ke satu tempat lain. I hope akan boleh buat aktiviti ni dengan lebih kerap.

  • Kurangkan stress, rehat secukupnya dan try to relax
Dah penat-penat buat semua perkara di atas, kena ingat yang paling penting adalah rehat dan belajar cara untuk manage stress. Ini akan membantu keseluruhan proses dari awal trying to conceive sehinggalah melahirkan.

I pernah hospitalised untuk benda-benda yang berkaitan dengan stress, anxiety apa bagai tu jadi now I tengah belajar untuk manage my own emotion. I juga try untuk manage masa I sebaiknya so that I dapat cukup rehat setiap hari. I akan pay more attention in this area.


So yeahh, itu je lah yang perlu buat sebagai persediaan untuk trying to conceive. Tak banyak sangat pun kan? I think I am quite on track. I doakan korang yang cuba untuk hamil, semoga Allah izinkan korang untuk hamil dan mendapat zuriat yang soleh/solehah. Aminn.

Please pray for me juga ok! :)


Read More