Journey of Firsts

Tuesday, September 29, 2015

Watch this! 


Meleleh ayaq mata. Huhu
Betul la, that feeling.

Dear Irfan, mama loves you so much! 
Read More

Raya Haji & Air Asam Perut Lembu

Sunday, September 27, 2015

Sebab musim raya haji belum habis, jadi tema dia lembu korban. Haha

Raya haji kami tak balik jb pun. Just celebrate raya kat rumah je. Takde gambar raya sebab nobody ready. Baju raya pun takde. Kihkihkih

Pergi rumah makcik malam hari raya for dinner. Dia bagi la perut lembu bawak balik. Aku rasa belah-belah pantai timur je kot panggil perut lembu. Aku duduk johor doorang panggil babat. Tapi sebab aku kelantanese, sukahati aku la nak panggil apa pun. Lol

Kalau korang ke Kelantan, air asam ni common. This is how they enjoy perut lembu. Takde fancy-fancy macam masak lemak cili api taruk rebung ke ape benda tah. Tak tahu belah pantai timur macam Terengganu dengan Pahang tu diorang makan macam mana. Tapi I guess sama la kot. 

Here goes the recipe :

- belacan
- limau nipis. Tips : Nak lagi sedap guna limau purut. Kalau guna limau kasturi aka limau sambal memang tak jadi la air asam korang. 
- cili padi
- garam

Method :

- rebus perut lembu sampai lembut. 
- dah siap rebus korang ambik air rebusan tadi untuk jadikan kuah air asam.
- tumbuk bahan-bahan tadi dan masukkan dalam air rebusan. Kuantiti bahan tu agak-agak la. Hihi
Dah siap! Simple je kan? The tricky part is cemana korang nak balance rasa masam, masin semua tu. So, good luck! Haha


Nah, my version of air asam perut lembu. Aku campk bawang merah hiris sekali dalam tu to make it fancy. Mwahaha

Kbai. 


Read More

Mengantuk sangat ke?

Friday, September 25, 2015






Budak ni, musim dia berjaga malam sekarang. So dia memang tidur lama siang. Susahnya la hai nak tukar jadual tidur dia -__-

P/s: Need to get him a new car seat. Dia dah tak selesa dalam ni. Huhu

Read More

Jatuh Katil

Wednesday, September 23, 2015

IBukan aku yang jatuh mahupun husband aku. Irfan!!! Yes, dia yang jatuh katil. Hahaha

Apa la budak kecik tu. Umur 5 bulan dah jatuh katil. 

Sebenarnya dia dah makin laju. Bukannya tak kepung pun katil tu tapi entah macam mana dia boleh panjat bantal tu. 

Dia jatuh katil masa bukan tengah tidur tapi dia tengah terjaga. Aku kat tempat kerja. My husband took care of him. Irfan, awak salahkan daddy awak nanti sebab dia biarkan awak jatuh. Mwahaha

My husband letak dia kat hujung katil tepi dinding and kepung keliling dengan bantal. Lapik lagi comforter atas bantal nak bagi tinggi. Dia ke dapur nak sediakan susu before hantar Irfan ke nursery. 

Baru je sekajap dia masuk semula ke bilik Irfan dah berbungkus dengan comforter and badan dia dah kat atas bantal. So husband aku memang menyaksikan macam mana dia jatuh depan mata dia sendiri. Dramatik. Haha. Tapi dia cakap memang tak sempat kejar nak tangkap. 

Gedebuk la budak tu jatuh atas lantai. Haha. Dah la lantai tu takde alas. Nasib kau la nak. 

Being first time mom & dad memang tak tahu nak buat apa bila anak jatuh katil. Just aku pernah terbaca yang kita kena monitor baby within 24 hours tengok dia ada muntah ke tak aktif ke baru pergi klinik. Gitu la sefaham aku. Huhu

Hantar ke nursery diorang bagi tips. Next time kalau jatuh lagi terus mandikan baby bagi dia segar. Taknak bagi dia terkejut and fikir sakit. Then cek suhu dia ada naik ke tak. Ilmu baru tu. Huhu

Hopefully lepas ni takde insiden jatuh katil lagi. Taknak tidur kat bawah tak best. Sakit badan. Ni yang buat nak beli pagar katil ni. Haha 


Kihkihkih. Kesian awak Irfan. Lenkali melasak la lagi :p

Oh kami perhatikan jugak dia within 24 hours tu. Takde benda pelik yang berlaku pun. So kira dia ok la tu. Hehe

Bye. 
Read More

After 10 years

Monday, September 21, 2015

Last week my husband dapat call untuk attend interview kat Paka, Terengganu. Dengar je cakap nak ke Terengganu iolls terus cakap nak ikut!! 
#holidaymodeon
Gitteww. Padahal orang tu nak pergi interview je pun. 

Balik kerja Sabtu tengah hari, terus kemas-kemas bersiap. Kemain bersiap tapi kami gerak lambat jugak. Dah pukul 7.00pm baru gerak.

Hotel belum book actually sebab tak jumpa hotel yang best tapi berpatutan. So kami redah. Sampai separuh jalan call kawan lama kat Kuantan cakap nak tumpang tidur rumah dia. So terjah rumah dia. Satu penjimatan. Haha. Tapi sebenarnya dah lama tak jumpa member aku tu alang-alang jumpa terus la. 

The next morning kami gerak ke Paka for interview. Nothing much to share sebab takde benda menarik pun kat sana. Lagipun kami tak ke pantai. Maybe next time kami ke Terengganu baru pergi tempat-tempt menarik kat sana. Hihi

Apa yang aku nak highlight kat sini, aku balik semula ke Kuantan lepas 10 tahun tinggalkan bandar Kuantan. Oh I miss Kuantan so much!! 

 
Kuantan sekarang tengah pencemaran bauksit kan. Habis la kereta. Lagipun masa ni kami sesat sampai ke Kuantan port. Ambik kau. Haha


Singgah Kula Cakes since kedai ni macam famous sangat je. Tapi memang kek dia sedap! Mihmihmih


Singgah sekolah aku masa dari Form 1 - Form 3. OMG how i miss MGSS!! Hahaha


Sekolah masa Form 4 - Form 5. Taknak masuk record sebenarnya. Kenangan pahit sekolah ni. Huhu


Lalu Megamall. Hoi tempat kenangan ni asyik stayback je kengkonon ada koko kat sekolah padahal ke megamall. Mwahaha. Tak sempat singgah la tapi.


Then lepak kat Teluk Cempedak. Bawak budak ni main air tapi dia menangis. Takut ombak rasanya. Haha! Sama la macam mak kau nak oi :p

Basically kami hanya ada half day je kat Kuantan. Dah la hari Ahad kan. Rush nak balik sebab esok kerja. Tapiii boleh dikatakan the best short vacation so far. Hihi. At least dapat la jugak visit tempat-tempat kenangan masa duduk Kuantan dulu. 


Oh last but not least masa on the way balik sebelum masuk highway tu kami lalu pasar malam Bukit Goh. So singgah kengkonon nak cari puding raja tapi takde. Beli eskrim ni pun jadi la. First time jumpa eskrim camni. Beli sebab anak buah duk kecoh kata suruh try eskrim ni. Haha

My husband tak tahu bandar Kuantan ada banyakkk tempat menarik. One fine day nak ajak dia pergi lagi sana jalan-jalan sampai lebam. Haha. Kali ni betul-betul punya vacation :p
Read More

Sup Tulang Resepi Kawan Baik

Thursday, September 17, 2015

Gittewww. Hikhikhik

Malam ni dinner sup tulang kambing la ye. Sebab husband aku kata sup kawan aku sedap maka aku request la resepi dari dia. Lol

Aku nak copy paste resepi kat sini senang nak refer balik. So sesiapa nak cuba pon boleh cuba la ok. 

Tapi sebelum tu rebus la dulu tulang temulang tu bagi isi dia lembut. Pandai-pandai korang la nak rebus cemana. Mwahaha 

#copypaste
Bahan2:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lada sulah
Rempah penumis
Perencah sup adabi

Kaedah:
1. Tumbuk bawang merah & bawah putih. Aku buat sesedap tgn aku nak kaut. Tp bawang putih lg byk dr bawang merah. Haha
2. Panaskan minyak, tumis bawang hingga naik bau, masukkan halia yg dipecahkan, lada sulah jgn kedekut, rempah penumis, perencah sup.
3. Kan aku tumis darat kan so aku masukkan je yg aku dh tumis tu kat dlm rebusan tulang tu
4. Masukkan sup bunjut.
Haritu aku guna 3 paket rempah penumis

Hasilnya,

Mengancam kan? Sila la cuba!

Kbai. 

Read More

Mama Rindu

Thursday, September 03, 2015


Kbai. 
Read More

Pakej Bersalin Hospital Penawar, Pasir Gudang, Johor.

Tuesday, September 01, 2015

Haiiiiiii :)))

Lama giler tak tulis entry kan? Busy (kot? :p).

Baby dah besar, dah 4 bulan lebih dah sekarang. Macam-macam ragam dia. Ragam minum susu, ragam tidur, ragam nak main, semua la. Pendek kata dalam pada aksi dia yang mencuit hati tu banyak jugak la yang menguji kesabaran. haha! Pape pun, life must go on kan :-)

Ok berbalik kepada cerita hampir lima bulan lepas, iolls berjaya lahirkan seorang baby boy. Sorang je la takde rezeki lagi nak kembar :p Boleh baca my labour story kat sini.

Aku bersalin kat Hospital Penawar. Ni pun dah last minute decide nak bersalin kat sini lepas rasa tak best pergi HSI yang kena tunggu lama bla bla bla bla tu. Tahu pasal hospital ni pun sebab cousin husband aku yang recommend katanya anak-anak dia semua dia bersalin kat sini kecuali yang sulung. Dan dia highly recommended!

Well, my honest review, yes you may put this in your list. Pergi la survey. Bagi aku memang aku recommend jugak. Servis bagus, doktor baik, nurse baik, ward ok. Pendek kata takde benda yang menyakitkan hati pun la. Tapi dia bukanlah dalam kategori best giler-giler ok. Cuma aku nak cakap hospital ni ok boleh repeat bersalin kat sini lagi. haha

# Attractive Delivery Packages (NEW PRICE!!)
Normal : RM 2,499.00*
Normal + bengkung : RM 2,549.00*
Normal + epidural : RM 3,099.00*
*price includes accommodation for 2 days/1 night for mother and child at 6-bedded roomCaesarean : RM 5,999.00*
*price includes accommodation for 3 days/2 nights for mother and child at a 6-bedded roomAdditional Charge (if required):
  • Vacuum RM 300.00
  • Forcep RM 150.00
  • Induction RM 300.00
  • Twin (Normal) RM 700.00
  • Twin (Caesarean) RM 1100.00
  • Breech RM 150.00
  • Circumcision (baby girl) RM 50.00
  • Circumcision (baby boy) from RM 250.00
  • IUCD RM 300.00
# Pre-discharge Massage and Body Wrap (Bengkung)
# Home Post Natal Massage and After Delivery Care
PLUS SPECIAL GIFTS TO COLLECT EACH TIME YOU VISIT US FOR ANY OF THE ABOVE SERVICES (while stock lasts)

Copy dari website HP.

Tengok sendiri dah boleh faham dah apa yang include apa yang tak include.

Macam aku haritu normal + vacuum + doktor + GST (pfffftttt!!!) = RM3k lebih sikit. Lupa dah la berapa. Reasonable la. 

Doktor yang sambut baby aku Dr Hasmah. A very nice doctor siap boleh melayan bersembang lagi masa tengah jahit tu. lol. Dan dia jahit pun sangat kemas dan cantik :)) Memang puas hati tengok hasil dia. 

So guys, sesiapa yang kat Johor tengah cari hospital bersalin tu boleh la survey kat sini. And goodies bag masa nak discharge tu pun diorang isi macam-macam. Syiokkk. Mwahahaha

Website Hospital Penawar : http://www.hospitalpenawar.com/

K bai. Follow la instagram iolls kalau nak tengok gambar baby. @fieda_shaklee . kahkahkah
Read More