Quitting social media (buat masa sekarang)

Thursday, February 25, 2021

Bila I tulis tajuk "(buat masa sekarang)", dia macam giving me hope yang satu hari nanti I akan kembali 😂.

I never imagined yang akan tiba satu masa I akan quit social media. By social media, I maksudkan Facebook & Instagram sebab I just guna dua platform tu je untuk connect dengan kawan-kawan. Dan kalau tiba-tiba korang ter-klik social media icon kat blog ni and it leads you to nowhere, ketahuilah I deactivated semua account buat masa sekarang.

My last hospitalization haritu disebabkan Tachycardia. I went through a few tests to make sure my physical condition is actually OK. Yes, it is OK. Doktor dah confirmkan. Jantung I berfungsi dengan baik dan I tak ada apa-apa penyakit berbahaya yang bagi effect ke jantung. Cuma tinggal satu faktor je yang menjadi kemungkinan besar, which is my mental health. Tapi doktor tak berani komen sebab dia cuma cardiologist, bukan bidang dia untuk komen berkenaan mental. Dia cuma berani sebut kemungkinan je.

Tapi I memang sedar, I was very vulnerable at that time. Ada beberapa benda yang selalu bermain dalam fikiran dan sampai mengganggu tidur. I made weird sound dan tercungap-cungap masa tidur. Of course I tak sedar pun, tapi my husband yang selalu tidur lambat memang perasan la my condition masa tu. Siang pula, my heart pounding laju gila non stop for more than an hour setiap kali ada benda trigger. Dan I akan rasa penat tak cukup nafas sebab jantung I laju gila. Maybe itu juga yang berlaku masa tidur cuma I je yang tak perasan.

Lepas discharged dari hospital, I quit social media juga sekejap tapi bertahan tak sampai sebulan haha. Then bila I kembali, I perasan dia trigger semula dan I can't control my emotion. So since tengah bulan January 2021 haritu I quit lagi sekali. Social media bukanlah satu-satunya punca yang trigger tapi sebab I berupaya untuk eliminate punca ni, thats why la I cuba dan I quit. Tapi bila ada yang whatsapp tanya kenapa I disappear dari social media, I cuma cakap I sibuk uruskan anak-anak, tak sempat nak main Facebook & Instagram sebab panjang sangat kalau nak explain. Haha 😆

After lepas sebulan lebih without social media, so far I rasa I'm happy and content. I have more time for myself dan orang-orang yang I sayang.


Harini, I sesaje buat test ni to check kat mana level I sekarang. Sebab I tahu dan dapat rasa I dah improve banyak compare to beberapa bulan lepas. Masih ada benda yang kadang-kadang trigger, buat I rasa cemas dan sebagainya tapi so far so good. If I ever need a help, I tahu I can count on my loved ones ☺️.

Please take care of yourself and stay safe ok!





Read More

Persedian untuk hamil

Thursday, February 11, 2021

Holla controversial sangat tajuk I kali ni.

Actually, it was in my plan to get pregnant tahun 2020 but things happened, kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan. Tepat sekali kan?

I went to see my doctor this week dan dia decided untuk stopkan semua ubat I and try to let the body heal sendiri katanya. However, I still akan follow up dengan dia in another 2 months to review the progress tengok positif ke tak lepas dah stop semua ubat.

Disebabkan dia dah stopkan all of my medications, I think why not I start to prepare for pregnancy? I may not be able to get pregnant now, tapi I rasa the time has come for me to get prepared.

Jadi I pun google la "prepare body for pregnancy" walaupun dah agak tahu apa yang perlu dibuat tapi saje la nak refresh my knowledge.

So, ini adalah senarai perkara yang kita perlu buat sebagai persediaan untuk hamil:

  • Jumpa doktor

Jumpa doktor dan discuss pasal sejarah kesihatan, maybe buat blood test, review ubat-ubat yang kita tengah ambil sekarang dan lain-lain.

I think I tak ada masalah untuk step ni sebab I ada doktor yang sedang monitor my health sekarang jadi I can say that I am all good untuk step ni.

  • Berhenti merokok, alkohol dan dadah serta hadkan pengambilan kafein
Semua perkara di atas adalah penyumbang kepada unhealthy pregnancy. Macam-macam perkara boleh berlaku kepada ibu dan baby contohnya keguguran, perkembangan bayi terencat serta tak dilupakan, yang paling penting sekali adalah agak susah untuk conceive tau kalau korang ada buat perkara-perkara di atas.

I don't do smoking, alcohol or drugs tapi I minum coffee secawan sehari hampir setiap hari. I think maybe I boleh reduce the intake sikit kot walaupun my daily consumption still selamat tapi yeahh better get prepared gitteww.

  • Makan makanan berkhasiat dan seimbang 

Should I explain? Ini straight forward sangat sebab memang setiap hari, sepatutnya kita buat pilihan yang lebih bijak dalam pengambilan makanan kita. Makanan berkhasiat adalah real food dan adalah lebih baik jika kita dapat masak sendiri. Elakkan process food yang tinggi dengan kandungan garam, gula serta bahan pengawet.

I masak sendiri setiap hari jadi I tak ada masalah dengan step ni. Cuma, I perlu seimbangkan lagi portion I dengan melebihkan sayuran dalam setiap hidangan. So far I lebihkan carbs & protein je walaupun I suka sayur tapi I malas nak masak sayur sebab I seorang je yang makan sayur dalam rumah ni 🤣.

  • Ambil vitamin tambahan dan folic acid
Pengambilan vitamin tambahan dapat menyokong kesihatan ibu secara keseluruhan serta dapat menjamin kesihatan bayi dalam kandungan. Pengambilan folic acid pula adalah sangat-sangat penting untuk mengelakkan kecacatan janin pada awal kehamilan.

I am now more consistent with my dailiy vitamins. So far I ambil multivitamin, vitamin C, B complex and folic acid serta pil kalsium.

  • Bersenam
Bersenam dapat memberikan persedian kepada badan untuk perubahan-perubahan yang bakal berlaku semasa hamil. Trust me, kalau muscle korang tak pernah 'bekerja', korang akan rasa sakit-sakit badan seawal first trimester lagi compare to mereka yang aktif, mungkin masa third trimester baru rasa kurang selesa dengan segala perubahan yang berlaku.

I tak suka heavy exercise dan I juga memang tak pernah buat that kind of exercise sepanjang hidup I. Tapi I agak rajin keluar for morning walk dan I don't mind walking dari satu tempat ke satu tempat lain. I hope akan boleh buat aktiviti ni dengan lebih kerap.

  • Kurangkan stress, rehat secukupnya dan try to relax
Dah penat-penat buat semua perkara di atas, kena ingat yang paling penting adalah rehat dan belajar cara untuk manage stress. Ini akan membantu keseluruhan proses dari awal trying to conceive sehinggalah melahirkan.

I pernah hospitalised untuk benda-benda yang berkaitan dengan stress, anxiety apa bagai tu jadi now I tengah belajar untuk manage my own emotion. I juga try untuk manage masa I sebaiknya so that I dapat cukup rehat setiap hari. I akan pay more attention in this area.


So yeahh, itu je lah yang perlu buat sebagai persediaan untuk trying to conceive. Tak banyak sangat pun kan? I think I am quite on track. I doakan korang yang cuba untuk hamil, semoga Allah izinkan korang untuk hamil dan mendapat zuriat yang soleh/solehah. Aminn.

Please pray for me juga ok! :)


Read More