Pregnangcy Story : Final Trimester :-)

Saturday, January 24, 2015


Hello, I'm in my third trimester dah. Alhamdulillah.
Hopefully everything goes well nanti.

Sekarang ni posisi baring adalah posisi yang paling tak selesa sekali! Pusing kanan pusing kiri sampai ke sudah tak jumpa spot yg selesa. Sakit pinggang, sakit belakang tu tak payah cerita la. Ha, kaki pon makin cepat lenguh.

So far aku dah gain weight about 10kg. Banyak tu T___T. Cemana tah nak kurus nanti. Huhu

Ramai yang pesan nanti masa pantang berbengkung jangan culas kalau nak dapat badan sebelum pregnant balik. Btw target aku bukan badan sebelum pregnant, tapi badan masa diploma. Mampu? Bahahaha

Well, we will see cemana. Now tengah fikir-fikir set berpantang yang bagus. Banyak sangat set kat pasaran. Aku pening! Dalam kepala sekarang antara Tanamera or Nona Roguy. Masing-masing ada pro and cons. Alangkah bagus kalau uolls pun boleh tolong bagi review. Hehe.. And of course set berpantang Shaklee still akan aku ambik cuma tak full.

Cerita pasal baby pulak, sekarang kan dah kena start kira pergerakan dia. Tapi aku ni kan busyyyyyyyyy je memanjang kat ofis so memang selalu termiss. Takde la aku kira betul-betul, tanda pon tak penuh. Haha! Tapi aku agak-agak baby aku memang cukup 10 pergerakan dalam 12 jam tu. 

Oh ye, kuat betul la dia menendang sekarang. I don't know apa dia buat kat dalam tapi berombak perut aku ni. Kalau perhati memang nampak la bergerak-gerak perutnya. Haha! Aku selalu terlepas nak record, hopefully sempat tunjuk kat daddy dia cemana perangai dia dalam perut. Kikiki :p

Apa motif cerita ni? Sekadar isi masa bosan aku la kot tengok cerita sopeah jin yang tah pape kat TV3 ni. Oklah, bye.
Read More

Malaikat - Hazama

Saturday, January 17, 2015

Dear Baby, everytime I heard this song, I'll sing along hoping (praying) that you will be protected by Him dunia akhirat :')

Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

Pagi petang berlumba
Terkejar-kejar masa
Cuba bina istana untuk hidup bersama
Berkelip-kelip mata paksa diri bekerja
Tapi lebih ku rela lihat senyumanmu

Ini sahaja ku mampu demi menjaga kamu
Ku tambahkan satu doa untuk kamu

Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

Benar ku menyedari kini ku menghadapi
Segala yang ditakdirkan untuk hidupku
Maafkanlah diriku kerna melukakanmu
Terpaksa ku melangkah pergi
Meninggalkan kamu

Ini sahaja waktuku di dunia menjagamu
Ku tambahkan satu doa untuk kamu

Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

Sampaikanlah rinduku padanya
Agar dia sentiasa sempurna
Bawalah cinta kita
Terbang bersama ke syurga

Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh


Read More