3/12/2019
Affan Hakim admitted at KPJ Pasir Gudang.
High fever & positive rotavirus.
Discharged pada 6/12/2019.
Lepas discharged, sambung kuarantin kat rumah sampai 12/12/2019.
15/12/2019
Affan Hakim admitted lagi sekali at KPJ Pasir Gudang.
Kali ni high fever with positive Influenza A.
Discharged 16/12/2019 lepas suhu dia dah turun.
Sambung kuarantin kat rumah sampai 24/12/2019.
Pada hari yang Affan Hakim discharged tu, pengasuh Irfan text cakap yang dia rasa Irfan demam. Memang ambil dia dari pengasuh petang tu dia melepek je la.
Irfan bertahan beberapa hari kat rumah dengan demam dan batuk sebab I rasa I boleh manage suhu dia. Lagipun dah bawa dia ke klinik dan doktor cuma cakap dia syak Irfan kena Influenza B, dapat dari adik. Sebab kami dah ada ubat Tamiflu yang dapat untuk satu family masa Affan Hakim warded tu so doktor kata just makan ubat dan pantau je lah. Memang tak buat nasal swab sebab klinik tu takde test tu. Tapi batuk dia teruk sampai satu malam tu dia muntah keluar darah. Pukul 1 pagi kami bergegas ke hospital.
Dramanya sampai KPJ Pasir Gudang tengah malam buta macam tu katil pula tak ada. Hospital penuh. Kami pun ke hospital lain. Sampai hospital lain pun sama je katil penuh tapi alhamdulillah managed to squeezed jugak la tumpang bilik orang lain.
19/12/2019
Irfan Hamad officially admitted kat Regency Specialist Hospital Pasir Gudang pukul 4 pagi gaiss. Rabak mata time ni tak tidur sepanjang malam.
Tapi ini menarik sebab dia kutip segala jenis penyakit yang dia boleh.
Positive Influenza A, Pneumonia & Croup.
Dan doktor tak boleh nak inject steroid macam biasa dia dapat time croup sebab dia ada virus influenza dalam badan. So the other option yang doktor boleh buat adalah bagi steroid dalam neb dia. Cara ni agak lambat berkesan tapi ni je paling selamat untuk condition dia waktu ni.
So yeah, he was discharged 22/12/2019.
Dan dia kena kuarantin sampai 27/12/2019.
Jadi korang nampak sampai bila I cuti? Pretty much sampai hujung tahun la kan. Sebulan wei sebulan warded kuarantin warded kuarantin warded kuarantin. Haha
I buat summary je untuk saje saje lah in case in future kalau I nak tengok balik what happenned pada bulan Disember 2019 so that I boleh recall. I macam dah boleh buat review dah untuk KPJ Pasir Gudang & Regency Specialist Hospital ni.
Dan kebetulan pula bulan Disember ni juga my husband start kerja kat tempat baru jadi of course it doesn't make sense la baru kerja dua hari dah nak apply cuti kan. Haha. Since I ada flexibility so I je lah yang jaga kat hospital. But he did take care of Irfan for a few days on his off day.
The remaining days before new year, we were busy dengan preparation untuk Irfan masuk sekolah. Jadi bulan Disember 2019 memang bulan bermakna lah bagi kami. Hectic gila rasa.
I hope lepas lepas ni budak-budak ni tak ada lah tiba-tiba nak sakit serentak macam ni lagi. Penat tau penat. Tapi the memories memang priceless :-)
Reunited. |
Post a Comment