Rumah baru

Tuesday, November 12, 2019

Aku masih ingat tahun 2016 aku ada tulis kat blog pasal misi mencari rumah baru. Masa tu kami baru je pindah dari Selangor ke Johor. Ada beberapa new development kat area yang kami aim tapi masa tu belum pasti lagi betul ke tak kami nak settle down kat area tu so cerita tu tinggal cerita je lah. Tapi entry tu aku dah simpan balik dalam draft sebab rasa tak penting sangat pun nak cerita. Haha

Little did I know, selepas lebih kurang 3 tahun, Tuhan tu bukakan pintu rezeki kami untuk beli rumah kat kawasan yang kami aim tu. Walaupun sejak 3 tahun lepas ramai orang kata rugi tak beli rumah masa tu sebab takut harga rumah naik. Well, nasib menyebelahi kami sebab harga rumah yang kami tengok tu masih kekal sama - sebab beli direct developer, malah kami dapat rebate banyak jugak masa beli haritu. Jatuh harga lagi murah la dari korang yang beli awal awal dulu. Hahahaha Alhamdulillah!

So dah boleh save the date - 11.11.2019 - kami collect kunci untuk rumah baru tu.

Tapi tak pindah terus sebab nak buat renovation apa bagai. Biasalah bila rasa duit ada juta juta tak tahu nak buat apa kan. Kahkahkah. Takdelah, memang nak renovate dulu, next year baru pindah.

Jadi marilah berangan deco jenis macam mana yang tak rabak poket sangat. Haha

Terima kasih Allah untuk rezeki yang tak pernah putus ini :-)





Post a Comment