Second child & pengalaman bersalin di Hospital Sultan Ismail (HSI) JB - Everything is TRUE! Everything is TRUE!: Second child & pengalaman bersalin di Hospital Sultan Ismail (HSI) JB

Pages

22 January 2018

Second child & pengalaman bersalin di Hospital Sultan Ismail (HSI) JB

Alhamdulillah second baby was born on 30/12/2017 yang lepas.

Kalau siapa yang friend dengan aku kat facebook memang tahu la aku pregnant second baby sebab aku selalu update pasal pregnancy dan betapa aku berdoa baby aku keluar on new year. Tapi kita hanya merancang kan, walaupun due date baby 7 Januari 2018 tapi dia saje nak keluar awal. Dah tak dapat nak tuntut bajet 2018. Kahkahkah

Masa 29/12 malam tu aku kat rumah mak aku. Sebelum balik tu aku pergi toilet dulu sebab nak kencing dan masa tu la aku perasan dah ada tanda. Keluar tu aku terus bagitahu husband dan kteorang decide untuk balik rumah dulu sebab aku takde rasa sakit pape pun. Dua-dua kali bersalin, dua-dua kali aku keluar tanda dulu bukan terus sakit ke apa.

Sampai rumah terus kemas beg apa bagai tapi sebab memang takde rasa sakit lagi maka aku pun tidur je lah dengan bahagia. Haha. Tapi aku terjaga jam 5 pagi sebab pinggang dah start rasa lenguh-lenguh. Pukul 7 aku gegar husband aku suruh pergi beli sarapan sebab aku decided untuk pergi hospital pagi tu. Kebetulan pulak lepas keluar toilet pagi tu lendir kaler coklat tu makin banyak so aku rasa memang dah tak lama dah tu aku nak bersalin.

Sebelum ke hospital aku call mak aku bagitahu aku nak ke hospital untuk cek dah berapa cm jalan dh terbukak. Husband aku pulak call kakak dia nak mintak tolong jagakan Irfan sementara aku dengan dia naik atas untuk cek nanti.

Sampai kat hospital pun masa tu takde rasa sakit lagi just rasa lenguh-lenguh pinggang macam biasa je.

Aku tak pasti kat hospital lain macam mana tapi kalau kat HSI, kita kena daftar untuk saringan dulu so that doktor dapat cek berapa cm jalan dah bukak. Kebetulan masa aku datang tu dalam pukul 11 macam tu orang tak ramai. Dalam 4 ke 5 orang patient je masa tu.

Nak dijadikan cerita, masa doktor tengah cek bukaan tu ketuban aku pecah wei. Fuhh dengan rasminya aku bakal melahirkan baby aku kat HSI la nampak gayanya. Masa tu aku tak tahu nak describe perasaan aku macam mana sebab plan asal aku nak deliver baby kat Hospital Penawar. Aku ke HSI sebab hari tu kan hari Sabtu, nurse Penawar kata doktor tak masuk Sabtu. Dan sebab niat asal aku memang nak cek bukaan je aku malas la nak gelabah semata nak cek bukaan. Sebenarnya masa ni still berharap baby keluar tahun baru. Haha

Oh by the way masa doktor cek tu bukaan dah 4cm dan ketuban pulak dah pecah so dia kata aku terus ke labour room. Tapi sebelum masuk labour room, nurse suruh husband aku pergi belikan roti untuk aku alas perut since masa tu dah tengah hari.

Dah siap makan, dan dengan air ketuban yang tanpa henti-henti keluar tu, nurse pun tolak aku atas wheelchair masuk ke labour room.

Kat dalam labour room, nurse tukarkan baju aku sebab dah basah lencun dengan air ketuban. Ada sorang doktor lelaki india memang tunggu kat dalam tu. Of course la kalau bersalin kat government tak boleh nak request doc kan jadi aku masa tu takde la nak rasa apa pun. Terima je lah seadanya.

Masa masuk labour room tu dalam pukul 12 lebih. Masa ni doktor mintak izin untuk cek bukaan lagi sekali. He was very polite dan takde la tenung pun tempat tu so aku takde rasa segan ke apa. Alah masa kat bilik saringan pun doktor lelaki jugak yang cek. Masa ni bukaan dah 5cm dan aku masih takde rasa sakit pun just kadang-kadang rasa lenguh-lenguh pinggang gitu.

Betapa lamanya aku kat dalam labour room tu sampai doktor pun duk tanya aku berkali-kali aku dah sakit ke belum. Dia pun dah sampai tertidur-tidur dah tunggu aku sebab sepanjang masa dia memang kat situ tunggu aku. Kesian dia wei. Haha

Dia panggil husband aku masuk walaupun masa tu aku belum nak push baby. Oh ye, kalau husband nak masuk temankan isteri masa register kat kaunter tu kena tunjuk sijil nikah. Masa husband nak masuk ke labour room pun nurse tanya dulu siapa nama isteri, lepastu dia tanya jugak aku siapa nama husband. Memang dengar la soalan masa dia tanya husband tu sebab dia tanya kat depan pintu bilik. Kira memang betul-betul dia pastikan yang husband kita tak salah masuk bilik orang lain. Haha

Dipendekkan cerita masa 7cm ke 8cm camtu aku dah rasa sakit sangat so aku mintak any ubat tahan sakit sebab aku takut aku habis tenaga masa nak push nanti. Doktor nak bagi gas tapi gas kat tempat aku tak boleh nak guna pulak. Lepastu aku mintak injection. Lama jugak lah dia keluar nak cari ubat tu sampai berkali jugak aku suruh husband aku pergi cari doktor.

Rupanya dia pergi prepare ubat yang cepatkan bukaan tu dulu patut la lama. Dan baru aku tahu dulu masa Irfan bukaan aku cepat sebab doktor bagi ubat. Padan muka kali ni kena tunggu lama. Haha

Aku tak pasti la dia sempat pasang ke tak ubat tu sebab lepas dia inject ubat tahan sakit tu which tak reduce pun sakit aku sebenarnya, tak lama lepas tu aku dah rasa nak teran. Doktor tadi prepare apa yang patut dan dua orang doktor pakar perempuan pun masuk sekali untuk guide the labour process.

Yang aku suka time aku nak push tu, doktor perempuan tu memang guide aku macam mana nak buat dan aku memang ada rasa sakit nak push. Masa Irfan aku takde rasa sakit tau sebab tu tak tahu bila nak push - Irfan keluar vacuum. Lepas beberapa kali cubaan, maka keluar la seketul baby boy seberat 3.1kg pada jam 4.15pm. 4 jam jugak la aku dalam labour room dan rupanya senang je nak push baby kalau buat bebetul. Haha

Doktor suruh aku tengok jantina baby dan dia letakkan baby atas badan aku sementara dia buat benda lain. Masa ni jugak dia cakap husband aku boleh angkat untuk azankan tapi husband aku tak angkat la. Just azankan camtu je sebelum diorang ambik untuk bersihkan baby.

Kemudian part jahit. Ini aku paling seram selama ni so aku tanya dia bius ke tak. Dia kata dia bius tapi kulit luar tak la. Nasib baik luka aku sikit je so proses jahit pun sekejap. Dan takde la sakit sangat pun gaiss. Haishh saje baca pengalaman orang kemain seram. Nak tahu tak salah satu sebab aku decide untuk bersalin private sebelum ni adalah sebab baca pengalaman orang kata jahit tu sakit gila, ada yang dapat bius ada yang tak dapat langsung apa bagai kalau bersalin kat government. Alhamdulillah pengalaman aku yang ni memang tak seram. Dan yang jahit pun doktor tu jugak.

Dah siap semua prosedur dalam labour room, doktor tolak aku keluar dan bagi baby untuk aku susukan sebelum dia tolak aku masuk ke wad.

Husband aku pilih untuk aku stay kat wad kelas 2 masa kat HSI. Bezanya dengan wad biasa, aircond dan toilet lagi dekat. Tapi wad biasa HSI pun memang sangat-sangat selesa sebab katil memang jauh-jauh, kipas siling sorang satu dan kerusi untuk kita atau tetamu duduk pun jenis yang empuk tu.

Aku stay satu malam je kat wad sebab aku dengan baby takde masalah. Sepanjang malam memang uruskan baby sendiri sebab memang tak dibenarkan sesiapa teman kita kat wad walaupun sama jantina. Esoknya sebelum discharge, doktor panggil semua pergi bilik lain untuk cek luka sebelum officially discharge.

Dapat goodie bag dan vitamins masa kita daftar keluar tu. Dan seriouly security kat HSI memang ketat untuk kita bawak keluar baby. Nurse akan cek tag baby dengan ibu sama ke tak serta cek jantina baby. Kemudian masa kat pintu keluar wad akan ada satu security checkup by guard untuk cek dokumen, cek tag baby & ibu serta cek jantina. Nanti masa kat bawah sebelum pintu keluar bangunan hospital pun ada satu lagi security check by guard jugak untuk cek benda yang sama. Jadi risiko tertukar anak atau anak kena culik tu memang kurang la kan. Hehe

Now welcome to my review untuk HSI.

I am totally impressed dengan service yang aku dapat masa bersalin haritu! Serious wei sebab sebelum ni kan anak first kat private hospital jadi aku takdelah nak demand pape sangat bila pergi government. Just berserah je la kekdahnya.

Tapi apa yang aku dapat sepanjang kat sana;

  • warm welcome dari nurse dan juga doktor sepanjang aku start daftar sampai la aku keluar. eh kakitangan lain macam guard, housekeeping apa semua tu pun memang very helpful dan friendly giler ok.
  • private labour room! bukan tutup dengan langsir gaiss memang private room yang memang besar untuk kita sorang je dalam tu.
  • private doktor. eh ni ikut nasib la kot aku pun tak pasti tapi memang aku dapat sorang doktor yang handle aku dari awal sampai akhir sampai dia yang tolong tolak masuk wad. so aku anggap private doktor. haha. of course la tak boleh demand nak doktor perempuan kan tapi kira best la kan? hehe
  • wad yang sangat selesa, toilet bersih gila dan luas, yang penting dalam toilet ada tisu dan air panas ok.
  • nurse dekat wad pun semua baik-baik dan membantu. aku nampak ada yang first time mom tu struggle nak susukan baby, nurse datang ajar. ada yang sakit sebab jahitan banyak nurse datang tanya khabar.
Hmm entah apa lagi tapi pendek kata aku memang puas hati. Orang kata semua ni ikut nasib kan so nasib aku memang baik la tu haritu sebab dapat semua puas hati. Agaknya jimat la kot duit husband aku lepasni kalau aku nak bersalin lagi? Ok itu kita fikir kemudian la. Kahkahkah

Oh ya, total bil masa keluar hospital dalam RM300+ sebab tukar wad dan takde GL. Kalau ambik wad biasa mesti sikit je kena bayar.

Lastly, meh aku perkenalkan baby Affan Hakim kepada korang. Gambar ni adalah gambar pertama dia dalam handphone aku.



Name: Affan Hakim
DOB: 30/12/2017 @ 4.15pm
Weight: 3.1kg
Length: 50cm

Semoga Affan Hakim membesar menjadi anak yang mendengar kata ibu bapa, taat pada perintah Allah, bijak serta elok rupa paras, berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Bye!

3 comments:

  1. assalam, mcm mana nk request wad 2nd class..boleh request dan booked awal atau selepas bersalin baru boleh request? kos nya pula anggaran berapa ya.

    ReplyDelete

Everything is TRUE! © . Designed by MaisarahSidi.com