Thursday, 12 January 2017

Contact lens yang lembut dan selesa untuk mata kite. hehe

Finally!!!

Dah jumpa contact lens yang aku boleh pakai tanpa mata jadi merah macam pontianak. haha

Seriously sebelum-sebelum ni bukan taknak pakai tapi sebab selalu bila pakai contact lens je orang akan tanya, "Awak sakit mata ke?". Sebab mata aku akan jadi merah giler bila pakai lens.

Aku mula pakai contact lens start dari Diploma kat Arau. Masa tu rabun tak teruk. Saje-saje pakai sebab nak cuba. Masa tu start dengan clear lens la.

Then aku tukar ke colour lens. Macam-macam colour jugak aku pakai. Grey, green, pink, brown, light brown, purple. Blue je belum pernah cuba. haha

Tapi masa ni memang perasan kalau pakai je mata akan jadi merah. Tak sakit, tapi merah. So pakej la dapat mata merah sekali dengan kaler yang aku bubuh dalam mata tu. Menakutkan jugak la sebenarnya tapi sebab kengkonon nak mata kaler-kaler punya pasal kan sanggup je.

Memang tak boleh pakai lama sebab rasa tak selesa. Biasa setengah hari je la paling lama lepastu aku cabut sebab mata rasa kering sangat.

Dan aku pulak memang tak beli yang jenis orang jual online ke korea punya ke apa. Just pakai yang dari kedai cermin mata. Pakai brand yang reliable. Dah bertukar-tukar beberapa brand jugak in order untuk cari yang mana sesuai dengan mata tapi tetap tak jumpa.

Aku pernah ingatkan mata merah macam tu sebab solution. Dah tukar a few brand solution yang mild pun tak jadi jugak.

Pernah tukar balik ke clear contact lens jugak tapi pun sama je tetap rasa tak selesa.

Sampai la aku dapat terima kenyataan yang aku memang tak berapa sesuai pakai contact lens. So aku stop pakai lens.

Aku hidup dengan rabun sebab tak berapa gemar pakai spek. Ala lagipun rabun aku sikit je so still boleh nampak.

Lepas bersalin, kalau orang lain jadi pelupa, aku pulak jadi makin rabun! Aku takde masalah dengan ingatan ke apa tapi aku perasan aku makin tak nampak lepas bersalin tu.

So start daripada tu aku mula pakai spek balik. Nak pakai contact lens leceh satu hal, lepastu memang mata akan jadi merah.

Tapi haritu saje gatal mulut pergi tanya kat kedai cermin mata masa temankan husband aku beli lens dia.

Aku tanya contact lens yang paling nipis dan lembut.

So dia suggest brand ni.

Aku try pakai memang best giler! Rasa macam tak pakai apa-apa. Dan aku boleh pakai dari pagi sampai petang. Mata tak merah pun.

Ni dah masuk kotak kedua aku pakai. Memang puas hati setakat ni. Jadi aku rasa memang aku akan stick to this brand la buat masa sekarang.

Sebab tu jugak kalau uolls nampak iolls selfie dah tak pakai spek sekarang. Bahaha

Boleh beli kat mana-mana kedai cermin mata tapi aku rasa tak semua kedai ada kot. Ni aku beli kat Focus Point Tesco Tebrau. Satu kotak RM70. Mahal sikit dari yang brand selalu orang sebut-sebut.

So mana tahu kalau korang ada masalah dengan contact lens boleh la cuba brand ni. Kot la serasi kan?

Have a nice day korang!


Thursday, 5 January 2017

Dah berjaya tukar domain dot com! hihi

Hmmm by the way, bukan blog ni yang tukar domain. Blog ni akan menyusul kemudian. haha

Aku ada setup satu lagi blog untuk aku gunakan buat sharing berkenaan produk Shaklee. Nanti aku share link blog kat bawah ye.

Setelah berpenat lelah google sana sini maka aku pun decided untuk tukar domain.

Sebenarnya lebih kepada sesaje sebab nak nampak cool gitteww. Kahkahkah

So aku melanggan dengan Serverfreak. Aku tengok banyak je iklan (paid advertisement) yang blogger lain review company mana yang ok tapi sebab paid review, aku malas sikit nak percaya lebih-lebih sebab dah pernah terkena.

Terpengaruh dengan paid review, maka tah apa-apa jugak la melayang duit aku. Tapi aku lupa dah la aku beli apa masa tu. Yang pasti memang dari paid review punya advertisement. huhu

Okay ada je blogger yang jujur okay cuma aku nak cakap aku dah lebih berhati-hati untuk percaya paid review. Haha. Sorry gaiss!

Dah takde idea dah nak cerita apa sebenarnya. Takkan aku nak buat tutorial tukar domain pulak kan? Kahkahkah

Dengan itu, marilah sama-sama menuju ke blog baru aku : http://www.virtualbeautysolution.com/

Baru ada dua entry je. Dan dalam proses nak cantikkan lagi.

Jenuh la duk melayan design-design tu. Aku bukan reti sangat tapi sebab aku tak tahu nak upah siapa untuk buat, maka terpaksa la cari sendiri.

Lepas ni boleh la aku ambik ubah buat blog orang pulak kan. Kahkahkah. Okay tak kelakar.

Have a nice day korang!

Thursday, 29 December 2016

Irfan tinggalkan mama

Irfan dah besar dah. Umur dia dah 1 tahun 8 bulan.

Semenjak aku pindah Johor, aku hantar dia ke pengasuh. Kalau dulu dia biasa duduk nursery/taska tapi sekarang memang duduk dengan pengasuh je la sebab kat area Pengerang ni mana la nak cari nursery. Ada la aku dengar cerita kat Bandar Penawar tu ada satu tapi sebab ada satu je so macam tak berminat nak pergi tengok.

Oh ya, untuk yang belum tahu, aku memang duduk Pengerang sekarang. Tempat yang famous dengan project Rapid tu. Kalau projek Rapid pun tak tahu sila google. Penat la bang Najib duk hebah pasal dana projek Rapid. huhu

Okay berbalik kepada cerita Irfan, luckily aku jumpa pengasuh yang ada anak ramai. So takde la Irfan terkontang-kanting sorang-sorang. Reason aku lagi prefer Irfan duduk nursery adalah sebab aku nak dia berkawan, bersosial dengan rakan sebaya. Tapi sebab tak ada, pengasuh anak ramai pun jadi la. haha

Pengasuh Irfan tu pulak memang tak ada anak lelaki. Jadi dia memang menjadi kesayangan ummi dengan papa dia la kat sana (diorang bahasakan ummi dengan papa). Kakak-kakak pun sayang kat dia sebab maybe diaorang pun tak pernah ada adik lelaki. haha

Sebab aku banyak bekerja dari rumah so aku just hantar Irfan ke pengasuh cuma 3 kali seminggu je. Dah dekat seminggu sebenarnya aku tak hantar Irfan ke pengasuh so ummi dia memang dah cari dia la hari ni. Dari malam tadi lagi sebenarnya duk kecoh tanya pasal Irfan.

Office aku cuti Krismas dan new year start 21/12 haritu sampai 9/1 tahun depan. Panjang kan?

Sebab tu aku tak hantar Irfan sebab aku tak ada nak ke office.

So hari ni pengasuh dia datang rumah, ambik Irfan bawak ke kenduri. Sanggup kau datang ambik kat rumah sebab nak bawak Irfan berjalan, nak bawak pergi KFC, beli hadiah, beli mainan. OMG sabar je lah. haha

Tapi sebab diorang berlegar-legar kat kawasan Pengerang je aku bagi je la. Lagipun anak-anak diorang dah tanya kenapa Irfan dah lama sangat tak datang. Ummi dia pun rindu kat dia.

So Irfan balik dah petang, husband aku ambik kat rumah pengasuh.

Balik-balik dah tidur sebab kepenatan agaknya berjalan, main dengan kakak-kakak.

Dan tak lupa jugak balik bawak balik mainan baru, ada dalam beg dia tu. Mesti papa dia belikan la tu.

Biasa la kesayangan, orang belum ada anak lelaki. haha

Tu je la nak cerita. Hari ni Irfan tinggalkan mama keluar berjalan dengan orang lain. huhu