Labour Story : The Birth of Irfan Hamad :-)

Sunday, May 17, 2015

So, hold your breath. I'm about to write my labour experience. Kikiki. Hopefully sempat habis dalam satu entry je. Entry ni panjang ok jadi sila sediakan segala jajan sebelum start baca. lol

Yes, we named him Irfan Hamad :-)
Irfan : Kebijaksanaan, kesyukuran.
Hamad / Hamid : Yang terpuji.

**********

Bangun pagi 11/4/15 tu macam biasa la, masuk bilik air sebab nak bersihkan diri sebelum keluar sarapan. Masa nak buang air perasan ada darah sikit kat pad. Memang sikit sangat-sangat tapi memang tunggu keluar tanda camni la sebelum get ready ke hospital. Oh, aku pakai pad siap-siap masa dah hujung pregnancy to monitor if keluar tanda senang nak tengok. hihi

Keluar bilik air, bagitahu husband dah keluar tanda. Siap tunjuk. Tak senonoh. Mwahaha. So aku, husband aku, and mak mertua pun get raedy untuk ke hospital. Barang dah siap packing tinggal bawak masuk dalam kereta je.

Husband : So awak rasa awak nak pergi HSI ke Hospital Penawar?
Me : Hospital Penawar. (Sebab orang dah offer. Giler ke apa nak tolak. Mwahaha)

Lalu bertolak la kami menuju ke Hospital Penawar Pasir Gudang. On the way sempat singgah beli sarapan, kuih, nasi lemak bagai. Rileks lagi ni. haha


Perjalanan ambik masa lebih kurang 45 minit kot nak ke hospital tu. Masa ni dah start monitor contraction. Mild contracton dah mula rasa selang 15 minit sekali. Dekat nak sampai tu dalam 10 minit sekali. Rasa contraction? Macam lenguh-lenguh pinggang biasa je. Tak sakit pun bagi aku. hihi (Alhamdulillah deria rasa sakit aku tak sensitif sangat. lol)

Sampai hospital. Contraction hilang! Tak sakit at all. Mwahaha
Macam biasa prosedur daftar semua, bla2. 
Receptionist suruh pilih pakej bersalin (hospital  ada pakej, nanti aku review).

Me : Eh, dah kena pilih pakej? Bukan cek dulu ke?
Receptionist : Manada. Dah keluar tanda kan? Awak bersalin harini la.
Me : Ha?? 

So aku pun naik wheelchair, diorang tolak masuk bilik untuk cek tekanan darah semua sebelum diorang hantar aku ke wad.

Dah sampai wad, nurse suruh tukar pakai kain batik and suruh aku masuk bilik lagi satu untuk cek bukaan jalan. By the way aku tak tahu pulak hospital ni takde uniform sendiri. Dia kata sebab swasta, takde uniform so pakai kain batik sendiri. Aku tak expect la macam ni sebab ada je swasta yang ada uniform sendiri kan? Nasib baik ada bawak sehelai. Selamat. huhu

Dah masuk bilik lagi satu, nurse datang. 

Nurse : Contraction dah setiap berapa minit puan?
Me : Entah, saya dah tak sakit.
Nurse : Ok takpe kita cek dulu ye.
Me : Ok.
Nurse : Harini puan dah buang air besar?
Me : Belom.
Nurse : Dah berapa hari tak buang air besar?
Me : Entah, 2 hari kot. Haha
Nurse : Ok, kita berakkan puan dulu ye.
Me : Ok.

So kena baring kat katil, dia masukkan ubat melalui bon***. Tak sampai berapa saat berlari aku ke tandas. Mwahaha. Hebat giler ada ubat camtu. Rasa nak request je beli ubat tu bagi senang ak membuang in future. kikiki

Nurse : Puan baring ye. Saya nak cek jalan.
Me : Ok.

Setelah adegan seluk menyeluk, nurse tu cakap bukaan dah 3cm. Masa ni 11.00 am. Ada yang kata seluk tu sakit. Bagi aku tak rasa sakit pun. Apesal la cerita orang kemain macam-macam. Over sangat describe sesuatu. Huhu. Kemain aku ready mental semua tetiba takdela seteruk yang disangka. haha.
Dah siap pasang CTG kat perut semua nurse pun keluar. Masa ni memang aku sorang je. Husband aku turun bawah angkat barang-barang nak bawak masuk wad.


11.30 am. Doktor datang. Perkenalkan diri dan cek lagi sekali bukaan. Masa dia tengah seluk tu aku nampak dia masukan satu stick. Then tiba-tiba rasa macam banyaknya air keluar! Terperanjat giler!

Me : Doktor buat apa kat saya?
Doktor : Pecahkan ketuban la. Ok bukaan dah 5cm ye.
Me : Ha? Saya dah nak kena bersalin ke?
Doktor : Yela. Awak bersalin sekejap lagi la.
Me : Tapi saya belum makan pape lagi. T____T
Doktor : Takpe, sementara tunggu awak makan la.
Me : Boleh ke? Saya boleh makan lagi ke?
Doktor : Yela, makan je la pape awak nak makan. Tapi awak dah tak boleh gerak la. Makan minum semua kat sini ok.
Me : Ok.


Dah tak boleh gerak sebab dah start on ubat, ketuban pun dah pecah :D
Seriously guys I'm not ready to deliver yet! Giler la rupanya bilik yang aku masuk tu labour room rupanya. Haha. Aku ingatkan saje-saje nak cek then aku boleh masuk wad rehat-rehat dulu. Harapan la kan. Duduk la aku kat situ tunggu husband aku datang. Masa ni belum sakit pun lagi. Ada la rasa mild contraction tapi ok je takdelah menggangu sangat rasa sakit tu. Boleh gelak-gelak lagi masa husband aku datang. Mintak dia suapkan nasi lemak so that iolls cukup tenaga nak meneran nanti. Time ni la nak manja-manja. hihi.

Masa tengah tunggu-tunggu tu sempat lagi whatsapp a few friends cakap aku kat dalam labour room dah bla2. Ada yang siap terkejut like seriously kau belum rasa sakit? hahaha.. Bukan tak sakit la tapi belum betol-betol mengganggu. Macam aku cakap, mild contraction je.

Doktor datang cek lagi masa 6cm tu, offer aku epidural if aku rasa tak tahan. Aku just cakap tak payah dulu la aku masih ok. Terer awak bole tahan, katanya. Haha. Btw, memng dah set dalam kepala kalau boleh taknak epidural. hoho. Tapi memang masa ni tak rasa sakit melampau pun lagi.

A few hours later, dalam pukul 2pm tak silap aku, contraction datang makin kerap. CTG machine tu asyik berbunyi je. Time ni dah rasa tak tahan. Tengok jam dalam 2 jam or lebih lagi baru boleh deliver kalau ikot doktor punya estimation la. Dia estimate aku bersalin dalam pukul 4pm paling awal. Aku dah berpeluh-peluh memang tak payah cakap habis basah rambut, baju segala menahan contraction. Suruh la husband aku panggil doktor sebab nak mintak epidural. Boleh gitu? Tadi jual mahal sangat kan? Mwahaha

Sebab apa aku nak tetiba nak ambik epidural? Sakit tu aku boleh tahan lagi time tu tapi kalau dengan rasa sakit macam tu nak tunggu lagi 2 jam baru boleh deliver aku rasa aku tak cukup tabah nak menahan. gitteww.. hihi

Doktor datang cek rupanya bukaan dah 9cm. Patut la sakit sangat! haha. Then lepas tu dia siapkan semua alatan untuk gantung kaki segala bagai. Nurse pun datang siapkan semua benda. Masa untuk meneran. Wohoo! Tapi drama lain pulak yang berlaku. T___T

Doktor : Ok dah boleh teran ye. Teran macam awak nak berak tu. Berakkan ok.
Me : Tapi saya dah tak sakit macam mana nak teran? (haha seriously lepas diorang gantung kaki tu dah tak rasa sakit lagi dah :D )

Dipendekkan cerita sebab entry ni pun dah panjang berjela aku rasa, lepas beberapa adegan teran meneran sambil berbual (pfffttt) maka lahirlah baby Irfan Hamad tepat jam 2.36pm. Doktor terpaksa vacuum untuk delivery ni maybe sebab aku tak pandai or tak kuat teran mwahahaha dan jugak sebab kedudukan kepala baby masih lagi tinggi masa bukaan dah 9cm tu.

Doktor : (letak baby atas dada) Ni baby awak. Lelaki ke perempuan?
Me : Boy.

Then aku tak tahu apa dia buat kat baby lepas tu, haha

Tak kisah la macam mana pun, Alhamdulillah aku & baby selamat dan sihat. Siap semua prosedur, aku direhatkan dalam labour room sekejap. Keluar labour room jam 5pm, get ready to face the world as a mom!



A few hours after he was born. Seriously I miss this moment! huhu
To my husband : I love you so much! Thanks sebab ada di sisi sayang sepanjang perjuangan (cewahh :p) sayang untuk lahirkan baby kita. Kalau awak takde rasanya memang sayang tak kuat kot nak lalu sorang-sorang. huhu. Dan thanks jugak sebab sudi bayarkan bil hospital :p

Irfan's first night outside the womb. Proud dad sangat ni :p
Bye!




Read More

11.04.15

Thursday, April 30, 2015

Haiiiiiii :-)

Lama tak update.
Dah jadi mak orang dah. hihi
Busy bebenor sampai takde masa.

So, HE was born on 11th April 2015.
Yes, baby boy :-)

Alhamdulillah everything ok.
Baby sihat, mak baby lagi la sihat. Belum kurus lagi ni. LOL

A few hours lepas lahir. hihi
Dah basi cerita ni. Kat fb and insta dah banyak dah gambar dia :-p

Tengok la kalau sempat (dan rajin :p) iolls update labour story soon.

Bye.
Read More

Berdikari

Sunday, March 15, 2015

Me.

Him.

Sebab dua-dua jauh. Sorang belajar pasal kereta, sorang belajar pasal masak. 
Hidup perlu diteruskan. Cewah. Haha.

Semoga ada rezeki tinggal bersama. Aminn :-)
Read More

Perihal Saiz Perut

Wednesday, March 11, 2015

Benda biasa selain aktiviti meneka jantina, orang kan tegur size perut. 

Pergi mana-mana ayat-ayat yang akan selalu keluar dari mulut orang ialah;

Kat kedai makan / Bank / Public area

Strangers : "Dah berapa bulan pregnant ni?"
Me : "Dah ____ bulan" (sambil senyum)
Strangers : " Oh yeke? Besarnya perut.. Ingatkan dah nak bersalin"
Me : (Senyum dan berlalu)

Kat Klinik Kesihatan for monthly checkup

Nurse : (Sambil ambik ukuran) "Besarnya perut awak ni"
Me : "Oh yeke?" 
Nurse : " Yela. Besar sangat ni"
Me : (Diamkan diri je)
Nurse : "Berat awak ni naik banyak ni. Nanti baby besar. Perut awak pun besar ni"
Me : (Gelak) "Nak suruh saya diet macam mana lagi?"

Bila jumpa / keluar dengan kawan-kawan

Kawan : "OMG besarnya perut kau!!"
Me : "Kannnn"  (Sebab tak tahu nak bagi reaksi macam mana)

---------------------------------------------

Sebenarnya aku pun tak tahu perut aku ni kategori besar ke, biasa ke, kecik. Tapi sepanjang pregnant memang orang kata perut aku besar. 

Tapiiiii haritu pergi hospital checkup dengan doktor dia cakap "Perut awak kecik je la. Saya agak baby awak dalam 2.7kg sekarang".  

Aku terus rasa, OMG mimpi apakah ini? First time orang cakap perut aku kecik? Rasa nak melompat kegembiraan kat situ jugak! Mwahahaha

Tahu tak, aku sangat-sangat down tiap kali pergi klinik kesihatan tu. Nurse tu selalu saiko aku kata baby aku besar, berat aku naik banyak, bla-bla. Yelah, aku punya plan nak bersalin normal (InsyaAllah) tapi dah tiap kali pergi dia cakap macam tu memang la aku stress. 

All this while dia buat aku selalu fikir yang baby aku besar, perut aku besar sampai aku rasa macam taknak dah pergi klinik tu. huhu


30 weeks 

31 weeks

34 weeks

Yes, mungkin nampak besar la kot kalau compare to size badan, tapi kalau tengok perut alone tanpa tengok badan, rasanya macam tak besar sangat untuk 8 bulan pregnant. Hoho.. Aku rasa sebab tu jugak doktor tu boleh cakap perut aku kecik. Lol.

And guess what, aku kagum giler dengan doktor tu sebab tengok perut je boleh agak berat baby dalam perut. Lepas dah siap scan semua, estimate baby aku sekarang dalam 2.5kg untuk 8 bulan pregnant. Ok la kan, dekat-dekat la tu dengan apa yang doktor tu cakap sebelum scan. Hebat! hihi

See, baby aku takdelah sebesar yang nurse kat klinik kesihatan tu duk gebang. Saiko aku segala kata nak bersalin susah bagai. nasib baik aku pergi hospital, kalau tak memang mati-mati aku telan je cakap nurse tu. Benci betol! 

Now boleh tarik nafas lega sebab according to doktor, takde masalah untuk aku bersalin normal (InsyaAllah, aminnn). Ok tak sabar dah. haha

Nah, belanja satu gambar baby masa umur 35 weeks. Weeeeeeeee dah tak lama dah nak tengok dia depan mata :-)



Read More

060314

Friday, March 06, 2015

Dear Husband,

While writing this, I'm waiting for my meal to be served. Sedih. Tak dapat beli gelang. Harga emas mahal lagi harini. Huhu 

Just to let you know, I LOVE YOU so much!

Setahun dah berlalu rasa macam sekejap je. Tak lama lagi dah bertiga pulak. Si kecik ni macam tak sabar je nak keluar. Kicking so hard. Sakit jugak la kadang-kadang.

Takde ucapan bunga-bunga pun untuk awak. Sebab takde kata boleh ungkap rasa sayang dan cinta saya kat awak. Huhu. Benci la tiba-tiba air mata menitis kat kedai ni bila tulis camni. Malu kat orang.

Terima kasih jadi suami yang baik all this while. Saya harap awak kekal macam ni sampai bila-bila. Ataupun makin baik, saya terima je. Jangan jadi makin kuat membebel dah la. Hehe

Terima kasih sebab banyak bantu saya selama ni. Tak kira la dari segi apa sekalipun. Kata-kata semangat ke, duit shopping ke. Semua saya hargai sangat-sangat.

Terima kasih sebab sentiasa jadi tempat saya luahkan perasaan. Walaupun kadang-kadang agak merepek dan cerita bodoh-bodoh je.

Terima kasih sebab layan saya baik-baik. Walaupun kadang-kadang saya rasa awak kuat je membuli saya.

Terima kasih sebab sentiasa ada masa saya sedih, masa saya susah.

Terima kasih untuk semuanya.

Last sekali, terima kasih sebab sudi jadikan saya isteri awak. Terima kasih sangat-sangat.

Saya doakan semoga Allah sentiasa lindungi awak, tak kira kat mana pun awak berada. Semoga rezeki awak bertambah dan awak sentiasa gembira. 

Sedih. Awak takde kat sini. 

SAYA RINDU AWAK.


Lots of love,
Your wife.

P/s : sebenarnya sambung tulis kat rumah sebab air mata dah berjurai-jurai turun. Huhu


Read More