Thursday, February 26, 2015

Sebulan lebih sikit je lagi, InsyaAllah..

It's amazing feeling bila boleh rasa baby berpusing, bergolek, menendang segala bagai dalm perut ni.
Dan sekarang dah makin forceful. Boleh rasa benda kecik-kecik menolak dari dalam perut. Bila pegang alahaiii tak tahu la tangan ke kaki yang tengah tolak tu. Cutenya rasa.. Hihi

Dah makin tak sabar nak jumpa budak kecik ni. Hopefully membesar dengan sihat la ye dalam perut mommy awak ni. Sikit hari lagi kita jumpa ye sayang :-)


Read More

First Time Mom Syndrome #1

Sunday, February 08, 2015


OMG can't wait to dress you up in these little cute pieces!!!

Sabar je lah. Sekarang kalau masuk kedai mana-mana memang terus ke baby section. Haha
Betul la tu orang kata, dah ada anak memang sibuk shopping untuk anak je. Eh tapi ni baby belom keluar pun lagi, cemana? Lol

So this blog will be overflooding with stories of pregnancy and baby. 
#typicalfirsttimemomsyndrome
#sabarjelah
#pleasedonthateme

Read More

Pregnancy Tips #1

Thursday, February 05, 2015

Hello,

So, in my third trimester, selain dari melayan soalan-soalan "baby boy ke baby girl?", banyak yang baik hati bagi tips-tips memudahkan bersalin kat aku.

To be honest, aku belum google cemana cara-cara nak bersalin. Maksud aku cara meneran yang betul haha! Cara nak reduce sakit masa contraction and so on. Sabar, banyak masa lagi kot :p

Ok sharing is caring kan? Tips ni datang dari salah sorang ofismate aku, chinese lady, anak dah 2 orang. hehe

She said :

TALK to your baby!

Bagitahu baby bila dia patut keluar. Maksudnya kau cakap la kat dia kau nak dia keluar, nak bagitahu tarikh sekali pun sukahati la. Your choice. haha

Bagitahu baby masa nak keluar nanti jangan buat mummy sakit sangat. Kesian mummy. Keluar baik-baik cepat-cepat jangan susah sangat.

Bagitahu baby nanti suruh pusing keluar kepala dulu. Kesian mummy kalau kena operation sebab songsang ke apa ke.

Bagitahu je lah baby apa-ape je yang korang nak. baby kan boleh dengar. Hihi

Walaupun tips ni datang dari kawan chinese aku (bukan islam) tapi boleh je la nak cuba kan bukan bercanggah apa-apa pun. 

Bila aku cerita kat husband aku pasal ni dia cakap dia pernah terbaca somewhere ada pendapat yang mengatakan cara ni berkesan. Well, bukan benda susah. tak rugi pun nak cuba. Hihi. 

Walaupun pendapat je without kajian untuk menyokong teori ni, kiranya kawan chinese aku tu salah sorang yang berjaya la kan. Haha! Sebab dia kata it really works for her. Dua-dua anak dia bersalin normal and dia sakit tak lama pun, dalam sejam je. And dia rasa dia boleh bear the pain. Semua pun smooth.

Apa-apa pun kita hanya berikhtiar, balik kepada kuasa Allah la kan nak bagi kat kita macam mana. 

Ok tu je nak share, bye :-)
Read More

Pregnangcy Story : Final Trimester :-)

Saturday, January 24, 2015


Hello, I'm in my third trimester dah. Alhamdulillah.
Hopefully everything goes well nanti.

Sekarang ni posisi baring adalah posisi yang paling tak selesa sekali! Pusing kanan pusing kiri sampai ke sudah tak jumpa spot yg selesa. Sakit pinggang, sakit belakang tu tak payah cerita la. Ha, kaki pon makin cepat lenguh.

So far aku dah gain weight about 10kg. Banyak tu T___T. Cemana tah nak kurus nanti. Huhu

Ramai yang pesan nanti masa pantang berbengkung jangan culas kalau nak dapat badan sebelum pregnant balik. Btw target aku bukan badan sebelum pregnant, tapi badan masa diploma. Mampu? Bahahaha

Well, we will see cemana. Now tengah fikir-fikir set berpantang yang bagus. Banyak sangat set kat pasaran. Aku pening! Dalam kepala sekarang antara Tanamera or Nona Roguy. Masing-masing ada pro and cons. Alangkah bagus kalau uolls pun boleh tolong bagi review. Hehe.. And of course set berpantang Shaklee still akan aku ambik cuma tak full.

Cerita pasal baby pulak, sekarang kan dah kena start kira pergerakan dia. Tapi aku ni kan busyyyyyyyyy je memanjang kat ofis so memang selalu termiss. Takde la aku kira betul-betul, tanda pon tak penuh. Haha! Tapi aku agak-agak baby aku memang cukup 10 pergerakan dalam 12 jam tu. 

Oh ye, kuat betul la dia menendang sekarang. I don't know apa dia buat kat dalam tapi berombak perut aku ni. Kalau perhati memang nampak la bergerak-gerak perutnya. Haha! Aku selalu terlepas nak record, hopefully sempat tunjuk kat daddy dia cemana perangai dia dalam perut. Kikiki :p

Apa motif cerita ni? Sekadar isi masa bosan aku la kot tengok cerita sopeah jin yang tah pape kat TV3 ni. Oklah, bye.
Read More

Malaikat - Hazama

Saturday, January 17, 2015

Dear Baby, everytime I heard this song, I'll sing along hoping (praying) that you will be protected by Him dunia akhirat :')

Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

Pagi petang berlumba
Terkejar-kejar masa
Cuba bina istana untuk hidup bersama
Berkelip-kelip mata paksa diri bekerja
Tapi lebih ku rela lihat senyumanmu

Ini sahaja ku mampu demi menjaga kamu
Ku tambahkan satu doa untuk kamu

Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

Benar ku menyedari kini ku menghadapi
Segala yang ditakdirkan untuk hidupku
Maafkanlah diriku kerna melukakanmu
Terpaksa ku melangkah pergi
Meninggalkan kamu

Ini sahaja waktuku di dunia menjagamu
Ku tambahkan satu doa untuk kamu

Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

Sampaikanlah rinduku padanya
Agar dia sentiasa sempurna
Bawalah cinta kita
Terbang bersama ke syurga

Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh


Read More