Rumah Kena Pecah Masuk Perompak (PART 2)

Tuesday, November 03, 2015


PART 1 kat sini.

Pagi-pagi tu aku keluar rumah dengan harapan terserempak dengan jiran sebab nak tanya kot-kot diorang tahu apa yang berlaku.

Sempat la terjumpa jiran sebelah. Tanya la dia ada nampak apa-apa tak sebab rumah aku baru lepas kena pecah masuk. Dia cakap takde nampak apa-apa.

Tapi lepas tu dia masuk rumah panggil bini dia keluar. Then dia cakap baru dia teringat yang dia ternampak sorang cina duduk depan rumah aku petang Sabtu. Dia ingatkan orang tu nak curi motor depan rumah dia sebab nampak mencurigakan. Dia pun keluar dari rumah nak tengok. Bila dia keluar, cina tu buat-buat cakap telefon and jalan ke depan. Lepastu dia cakap lori dia pun kena pecah cermin jugak malam Sabtu tu. So tak tahu orang yang sama ke tak la. Tu je la maklulamt yang aku dapat.

Aku masuk rumah tunggu husband aku sampai sebab malas nak keluar buat report sorang-sorang. Husband aku sampai dalam pukul 3 petang. Lepas makan, kami keluar pergi buat report pasal kejadian tu.

Lepas dah siap semua report polis tu kata nanti akan ada anggota lain yang akan datang ambik gambar dan kesan cap jari. Oklah, memang terus balik rumah la. Tapi sebelum balik tu singgah Jusco kejap pergi cari mangga baru. Kali ni yang betul-betul strong punya sebab aku macam dah trauma :-(.

Balik dari Jusco, sampai rumah terserempak dengan jiran yang sebelah lagi. Dia terus panggil masuk rumah dia sebab dia nak tunjuk CCTV dan ceritakan apa yang berlaku. Rupanya dia tahu rumah aku kena pecah. huhu

Dalam CCTV nampak la pukul berapa perompak tu masuk. Dalam pukul 8 lebih malam hari Sabtu. Giler berani. Huhu. Tapi memang tak nampak muka orang ke apa la sebab CCTV tu just menghala ke gate rumah dia. Nampak pagar rumah aku sipi-sipi je. Nampak ada satu kereta putih lalu, lepastu pintu pagar aku terbukak. Then sampai situ je la.

Jiran aku tu dia keluar dalam pukul 8 lebih tu sebab nak pergi sembahyang kat tokong mana tah. So lepas dia keluar la orang masuk rumah aku tu. Then masa dia balik pukul 9 lebih macam tu dia nampak pintu rumah aku dengan pagar aku terbukak luas. Masa ni dia dah syak something wrong la. Nampak la dalam CCTV tu dia menjengah ke rumah aku and keluar pergi ke rumah aku.

Dia cakap dia tak berani nak masuk sebab dia memang tengok lain macam. Kebetulan jiran yang sebelah lagi tu ada kat depan rumah so dia ajak tolong dia sebab dia nak tengok apa yang berlaku. Tapi jiran aku tu refused untuk ikut. dia terus masuk rumah. Sebab dia tak berani, maka dia just tutup pagar je la. Tapi dia cakap ada panggil-panggil jugak cuma takde orang menyahut. Then dia balik semula ke rumah dia. Lagipun hujan lebat time tu.

Pagi esok dia dengan bini dia datang balik ke rumah aku. Kali ni pun dia panggil-panggil jugak tapi takde menyahut. So dia decided untuk masuk tengok apa yang berlaku. Pintu memang terbuka luas la kan.

Masuk dalam tengok barang terabur, rak TV tinggal cable je. Then dia cek bilik semua kosong takde orang. Yang penting dia nak tengok ada orang ke tak je dia kata. Dia takut aku ada kat dalam.

Lepas dah confirm semua takde, dia rapatkan grill and tutup pagar lepas tu balik rumah. Dia ingat nak buat report polis tapi bini dia kata tak payah, tunggu owner rumah balik.

So macam tu la cerita jiran aku pasal kejadia tu. Huhu.

Nanti aku karang PART 3 pulak ek. Panjang pulak rasa cerita ni. haha



Read More

Rumah Kena Pecah Masuk Perompak (PART 1)

Aku balik kampung Jumaat malam. Gerak dari rumah dalam pukul 8 lebih macam tu. Masa tu hujan lebat. Lepas dah pasang lampu car porch dengan lampu kecik ruang tamu dalam rumah, aku kunci grill depan, bukak pagar, reverse kereta dan tutup balik pagar. Disebabkan hujan lebat, maka aku skip bab kunci pagar. Leceh kan nak bukak mangga kat pagar pastu nak kunci balik masa tengah hujan lebat.

Maka aku ke TBS, beli tiket bas, balik Johor. 

Sepanjang weekend kat kampung so tak fikir sangat pasal rumah. 

Dipendekkan cerita, aku balik semula dari Johor Ahad malam jam 11.30 malam tiket bas aku. Sampai TBS jam 4.00 pagi. Sepatutnya sampai pukul 3 lebih tapi bas tu berhenti rehat kt Yong Peng, so lambat la sampai.

Dari TBS ke rumah patutnya tak lama sangat tapi disebabkan anak aku menangis dalam kereta terpaksa la aku berhenti kat stesen minyak dulu uruskan apa yang patut.

Aku sampai betul-betul depan rumah jam 4.40 pagi. Mula-mula sampai tengok pagar bertutup elok, tapi nampak lampu bilik depan menyala. Seingat aku memang aku tutup, just tinggalkan lampu car porch dengan lampu kecik ruang tamu je. Tapi saje sedapkan hati maybe aku terlupa kot.

So aku bukak pagar, masuk parking macam biasa. Dah tutup pagar, aku ambik kunci rumah dan menuju ke grill depan nak bukak pintu. Enjin kereta aku tak matikan sebab anak aku still kat dalam. 

Sampai je depan grill hati tersentak, mana pergi mangga rumah aku? Kenapa sliding door terbukak. Ya Allah, berdebar giler time ni. Terus aku berlari ke kereta balik, masuk dalam, lock cepat. Capai handphone, call husband aku. Berkali-kali call tak berangkat. Call telefon rumah pulak. Pun tak berangkat. 

Hati dah cuak. Takut giler. Dengan telefon tak berangkat, dengan anak dalam kereta. Tersepit antara nak keluar balik dari kereta dan bukak pagar ataupun langgar je pagar tu keluar cari pertolongan. Aku takut mana tahu kalau aku keluar nanti perompak tu tangkap aku ke cemana. Lepastu kalau aku stay dalam kereta tunggu bantuan dari mana-mana aku takut dia keluar pecahkan cermin kereta ke apa. Sebab aku tak tahu kan dia still ada kat dalam ke tak. 

Last-last lepas berapa minit aku tawakal keluar laju-laju pegi bukak pagar, reverse kereta dan pecut ke balai polis. Nasib baik rumah dekat dengan balai polis. huhu

Sampai bali polis, terus ceritakan apa yang berlaku. Aku baru sampai dari kampung, aku syak rumah aku kena pecah masuk, lepastu aku takut nak masuk dalam. Mintak tolong diorang pastikan rumah aku selamat before aku masuk.

Then dua orang polis ikut aku balik rumah. Sorang tolong drive kereta aku, sorang lagi drive kereta polis. 

Sampai rumah, sorang masuk dalam cek keadaan rumah selamat ke tak. Sorang lagi teman aku kat luar rumah.

Lepas dah pastikan yang semua selamat barulah yang sorang tu panggil aku masuk tengok keadaan rumah. Masuk-masuk je tengok rak tv aku clear. Ambik kau, belum lagi tengok barang lain.

Dah confirm semua ok dan aku pun berjaya contact husband aku, dua orang polis pun balik. Diorang suruh aku buat report pagi nanti lepas anak dah bangun ke ataupun dah setel semua benda. Seram weh bila kunci rumah lepas polis balik tu memikirkan yang senang-senang je orang dapat masuk. huhu

Maka selamat la aku melelapkan mata sekejap sementara menunggu pagi. Aku whatsapp bos aku siap-siap cakap aku tak dapat datang kerja sebab rumah aku kena pecah masuk perompak.

Nasib baik sepanjang tempoh tu anak aku sikit pun tak meragam. Memang dia tidur je. huhu

Oklah, nanti aku sambung tulis PART 2.
Read More

Gaya, mutu, keunggulan

Monday, October 26, 2015


Tudiaaaaaa!!! Hahaha
So macam nak nak register untuk kids modelling ni? 
Aku tengah search talent agency. Kalau ada yang tahu boleh la share ye. Kihkihkih
Read More

New Toys!

Thursday, October 08, 2015

Sebenarnya tak tahu nak beli mainan jenis macam mana untuk budak kecik ni. Mungkin sebab dia kecik sangat lagi kot so susah nak pilih. haha

Kalau tanya aku, memang aku pilih educational toys la kan. #asianparents sangat! haha. Tapi entah, tak reti. Irfan just ada soft toys je buat masa sekarang. Dia ada Elephant, Camel & Monkey. Beli binatang-binatang senang nak ajar. kikiki.

So haritu masa keluar dengan dia pergi cari blender untuk his solid food (yeah, dia nak start solid food hujung minggu ni) aku saje la singgah toys section. 

Budak tu, aku tak tahu apa minat dia sebenarnya. Aku rasa dia macam aku, jenis suka duduk tanpa buat pape. Mwahaha. Dia tak teruja pun masa masuk section tu. Aku je yang saiko lebih sebab tak tahu nak pilih mainan macam mana untuk dia.

Kat pasaraya.



Biasa je. Main la jugak lepas aku yang beriya bagi. haha

Kat rumah.



Seronok rupanya! Ada benda baru yang boleh digigit. Haha. Penuh air liur dia weh. Haishh.



OMG akhirnya boleh letak video. Memang blogger tak support eh kalau nak upload direct dari Apple? Giler ah nak transfer sesatu ke laptop. huhu.

Okbai.
Read More

Makin Banyak Akal




Ni malam tadi. Dah banyak kali kalau aku tinggal dia main sorang-sorang tetiba keluar ruang tamu tak nampak dia kat mana. Ni belum pandai merangkak, berjalan, etc lagi. Haish. Macam ni rupanya perkembangan hidup manusia. Haha 
Read More