Pregnancy : Part 2

Wednesday, November 12, 2014

Mood menaip dalam bas on the way balik JB. Hehe
Kalau belom baca Part 1,sila cari sendiri. Apps blogger ni tak boleh buat link.

Petang tu jugak la dengan excitednya ajak suami pergi scan.

Dukacita, scan kali pertama ni tak nampak. Kalau ikut tarikh last period sepatutnya baby dalam perut ni dah umur 7 minggu. Sepatutnya dah boleh nampak something masa scan, tapi memang takde rezeki nak tengok lagi time tu. Aku pulak pergi buat suspen masa sebelum masuk bilik doktor tu aku pergi kencing dulu. Mana la aku tahu yang pundi kencing kena penuh sebelum scan. Dah susah doktor tu nak cari mana rahim aku. Huhu

Lepas dah siap scan, doktor confirmkan memang tak nampak apa-apa lagi. Doktor tanya pasal tarikh last period yang aku bagitau tu betul ke tak. Of course betul. Aku yakin sangat sebab aku memang install apps dalam henfon which setiap kali period memang aku tap je kat situ untuk record. And aku tak pernah miss untuk tap on the first day of period.

Setelah penat kena soal siasat dengan doktor, yelah upt test yng aku buat tu aku tunjuk kat doktor and memang confirm double line, maka doktor make a conclusion that maybe kandungan belum sampai 7 minggu. That's why masa scan tadi belum nampak apa-apa. 

Atas sebab apa doktor cakap macam tu? Hmmm.. Sebenarnya mengikut kata dokotr tu, kiraan untuk berapa minggu baby dalam kandungan based on tarikh last period is only applicable jika period cycle korang antara 28hari hingga maksimum 35hari. Kalau lebih dari tu, mintak maaf, jangan memandai kira ikut tarikh last period, memang takkan tepat. Hehe

So, aku punya period cycle average 42days ye lepas kahwin. Memang sah la kiraan 7 minggu tadi tu tak valid. Jadi doktor cakap datang lagi lepas 2 minggu untuk scan lagi sekali. Hmmm..

Actually reason aku nak scan adalah to make sure yang everything is ok. Maksud aku, baby betul duduk dalam rahim. Yelah, takut jugak kan if kandungan kat luar rahim. Memang kena buang kalau tak bahayakan nyawa ibu dan juga baby. Well, kalau detect awal lagi bagus sebab senang kalau korang kena jalani prosedur lain, just in case.

Then macam biasa, doktor bagi asid folik untuk aku start makan. Bare in mind ye kawan-kawan, asid folik ni memang penting sangat-sangat. Korang kalau tak boleh makan cemana pon sila la paksa diri makan. Tak lama pun, sampai week 14 kalau korang taknak makan pun takpe dah. Sebab tulang baby dah tertutup sepenuhnya. Pernah dengar pasal spina bifida? Yes, untuk elakkan benda tu berlaku kat baby. Tapi takdelah pulak kalau orang yang tak makan asid folik ni baby dia conform dapat penyakit tu. Tak confirm ye, ikut nasib. Kita cuma nak elakkan, sebab tu kita kena makan asid folik tu. Dan jugak aku pernah terbaca asid folik dapat membantu untuk elakkan sumbing pada baby. Wallahualam.. 

Sambung cerita tadi, maka kami pun balik dengan kekecewaan la. Bukan kecewa apa sangat pun. Sebab tak dapat tengok baby je pun. Haha..

Ok la, to be continued ye. Bye.. 
Read More

Pregnant


Yes, I'm pregnant. Teeeheee

Masa karang entry ni, aku dah dalam second trimester of my pregnancy journey. Rasa lambatnyaaaaaaa masa berlalu. Kenapa orang cakap kalau pregnant rasa sekejap je? Haha.. Mungkin perangai tak tau sabar aku ni tak dapat dibendung 😜. Kalau boleh nak harini pregnant, minggu depan baby dah keluar dari perut. Bahahaha. Melampau! 

Btw, entry review kahwin pun aku belum buat lagi tiba-tiba dah update pasal pregnant. Ishh.. Dahsyat sungguh kemalasan. Patut la tak boleh jadi blogger 😜.

Pasal pregnancy ni, alhamdulillah lepas masuk bulan ke-6 kami nikah, aku disahkan hamil. Sebenarnya awal-awal tu family planning lah kengkonon. Tapi beberapa lama lepas tu atas faktor tertentu maka aku rasa, ok takpelah boleh la kalau nak ada baby pon. Boleh camtu? Bahaha..

Alhamdulillah rezeki kami, 10/6/14 masa aku buat pregnancy test sendiri kat rumah, result keluar positif!!

Terus laju-laju panggil husband aku tengok. Reaksi dia masa ni? Hmmm aku rasa dia dah expect. Haha! Nampak la reaksi dia tapi takdelah drama sangat pun. Aku yang drama lebih. Haha. And dia laju-laju snap photo nak send kat group family. 

It was a beautiful morning. Walaupun kteorang memang expected dengan result ni, tapi macam terkejut la jugak bila keluar double line tu. Yelah, kadang-kadang period aku ni bukan menentu sangat. Memang every month ada tapi selalu tak tentu tarikhnya.

Kemudian bermula la drama berendam air mata bagai. Dengan ayat-ayat doktor yang agak mengguris hati bakal ibu (cewahhhh :p), padahal doktor bagi ayat yang buat aku tertanya-tanya betul ke aku pregnant? haha! Nanti aku continue in next entry. Sebab yang ni pun dah karang lama tapi tak siap-siap. Whatever lahh.. hahaha

Ok, bye.


Read More

Resepi : Jeruk Mangga Asam Boi Paling Mudah dan Jimat!

Tuesday, October 21, 2014

Hye korang :))

Suka sangat tinggalkan blog sesuka hati ka. Padahal tiap-tiap hari online cuma kemalasan tu memang tak dapat menandingi keinginan nak update. Maka berhabuklah blog ni kan. Sorry. hehe

Actually nak share resepi paling simple dan mudah which tengah viral kat facebook sekarang ni. Aku ni manada rajin sangat pun nak try resepi-resepi viral ni. Tapi entah kenapa yang ni rajin sangat nak try. Mungkin sebab mudah bebenor :p


Okeh sumber dari internet. Ramai sangat orang share gambar ni kat facebook. So aci la ye kalau aku copy je :p 

Korang ikut je sebijik resepi tu tapi kuantiti memang kena gak sendiri la. Pandai-pandai la nak hidup. hehe


Ni pulak version yang aku dah buat malam tadi. Gigih tau iolls balik kerja singgah econsave cari mangga. Ish2.. Lepas tu kan kena tunggu dia sejuk baru sedap nak makan. Ambik kau pukul 2 pagi aku bangun makan jeruk ni. Bahahaha.. Nasib baik harini tak sakit perut. Hishhh

Oh ya, memang sedap okeh! Should try sebab jimat dan mudah. Aku tengok tak semena-mena muncul ramai peniaga jeruk. Hebat uolls mengambil kesempatan. Study business eh dulu? Pandai sangat ni ambik kesempatan on time :p

Oraitt bye :))
Read More

iPad Mini; Finally it's Mine!!

Wednesday, June 18, 2014

Do you follow my Istagram?? Kalau follow mesti tahu cerita. Eh awal-awal lagi dah bajet retis macam ramaiiii je orang nak ambik tahu kisah hidup kau kan Fieda? Bahahaha

I'm blogging from my brand new iPad mini uolls 😜 Ok fine agak ketinggalan and a bit jakun la kan sebab orang lain dah lama ada, aku pulak yang kecoh lebih-lebih. Alaaaaaa kita nak happy-happy sikit tak boleh keww?? 😝😝

By the way, just nak cakap yang I'm really happy for the gift. Thank you husband! I love you ❤️❤️❤️ 

Lamaaaa sangat dah mengidam memang dah makan tahun dah nak benda ni. Entah la bukan nak kata sebab takde bajet, boleh je nak adakan since aku banyak je habis kat shopping benda merepek kan. Haha. Cuma aku memang takkan beli kot benda-benda camni unless aku dah terdesak sangat-sangat nak guna. 
iPad mini with retina display. 32GB. Wifi+Cellular. With engraving (if you can spot it 😜). And also love notes from him. Hihi

~Exactly. What. I. Wish. For. ~

Shipped all the way from dia punya kilang kat China. Bukan beli kat Malaysia jadi jangan tanya aku berapa harga. Haha! 

Terkejut jugak bila ofismate aku hand parcel kat aku. Rasanya takde shopping barang online tapi kenapa tiba-tiba dapat parcel kan. Hihi. Bila bukak, hati cair sebab dia punya packaging is so lovely! Aku ada snap gambar tapi malas nak transfer sebab gambar kat iPhone. 😂

Guys, if korang nak buat surprise kat sape-sape, you can copy this idea. Really surprise tahu tak. Masa aku dapat ni terus rasa macam eh sweetnya, eh romatiknya my husband. Bahahahaha (taktik nak mintak iPhone 6 pulak 😜).

Alright kalau nak beli siap engraving macam ni aku rasa korang boleh usya website Apple. Husband aku beli online je. So dia memang takde pegang or belek dulu iPad ni. All the notes dengan engraving tu Apple yang buat for sure upon request la kan. Aku tak tanya pulak total damage untuk benda ni. Tak syiok la kan tanya berapa harga hadiah yang orang bagi. Haha 😂😂

Husband, I LOVE YOU so much! Thanks bagi hadiah walaupun takde sempena apa-apa. Tapi kira sempena gaji pertama awak kat sana la kan? 😜 Tapi jangan tak ngelat eh takde hadiah birthday pulak nanti. Haha 

Bye. 

Read More

First Cashout dari Nuffnang

Monday, May 26, 2014

Salam & Hello :-)


Sebenarnya cek ni dah lama sampai kat aku tapi sekarang still belum pergi bank in lagi. Malas! Bahhaha.. Takpe, dia cakap valid for 12 months kan. Agak-agak dah takde duit nanti baru bank in la. :p

Amoun tak banyak mana pun. Kebetulan dapat sponsor post tu yang dapat cashout tu. lalalalala

Maklum lah blog aku mana ada visitors sangat pun. Masa belum tukar URL haritu banyak la jugak UV (padahal average 100UV je pun sehari :p), sekarang memang hampa la memang aku je yang duduk view blog sendiri. Sadis betol! haha

Takpelah, kita kumpul lagi earning untuk next cashout ye. :-)

Bye.

Read More