Tuesday, 3 November 2015

Rumah Kena Pecah Masuk Perompak (PART 2)


PART 1 kat sini.

Pagi-pagi tu aku keluar rumah dengan harapan terserempak dengan jiran sebab nak tanya kot-kot diorang tahu apa yang berlaku.

Sempat la terjumpa jiran sebelah. Tanya la dia ada nampak apa-apa tak sebab rumah aku baru lepas kena pecah masuk. Dia cakap takde nampak apa-apa.

Tapi lepas tu dia masuk rumah panggil bini dia keluar. Then dia cakap baru dia teringat yang dia ternampak sorang cina duduk depan rumah aku petang Sabtu. Dia ingatkan orang tu nak curi motor depan rumah dia sebab nampak mencurigakan. Dia pun keluar dari rumah nak tengok. Bila dia keluar, cina tu buat-buat cakap telefon and jalan ke depan. Lepastu dia cakap lori dia pun kena pecah cermin jugak malam Sabtu tu. So tak tahu orang yang sama ke tak la. Tu je la maklulamt yang aku dapat.

Aku masuk rumah tunggu husband aku sampai sebab malas nak keluar buat report sorang-sorang. Husband aku sampai dalam pukul 3 petang. Lepas makan, kami keluar pergi buat report pasal kejadian tu.

Lepas dah siap semua report polis tu kata nanti akan ada anggota lain yang akan datang ambik gambar dan kesan cap jari. Oklah, memang terus balik rumah la. Tapi sebelum balik tu singgah Jusco kejap pergi cari mangga baru. Kali ni yang betul-betul strong punya sebab aku macam dah trauma :-(.

Balik dari Jusco, sampai rumah terserempak dengan jiran yang sebelah lagi. Dia terus panggil masuk rumah dia sebab dia nak tunjuk CCTV dan ceritakan apa yang berlaku. Rupanya dia tahu rumah aku kena pecah. huhu

Dalam CCTV nampak la pukul berapa perompak tu masuk. Dalam pukul 8 lebih malam hari Sabtu. Giler berani. Huhu. Tapi memang tak nampak muka orang ke apa la sebab CCTV tu just menghala ke gate rumah dia. Nampak pagar rumah aku sipi-sipi je. Nampak ada satu kereta putih lalu, lepastu pintu pagar aku terbukak. Then sampai situ je la.

Jiran aku tu dia keluar dalam pukul 8 lebih tu sebab nak pergi sembahyang kat tokong mana tah. So lepas dia keluar la orang masuk rumah aku tu. Then masa dia balik pukul 9 lebih macam tu dia nampak pintu rumah aku dengan pagar aku terbukak luas. Masa ni dia dah syak something wrong la. Nampak la dalam CCTV tu dia menjengah ke rumah aku and keluar pergi ke rumah aku.

Dia cakap dia tak berani nak masuk sebab dia memang tengok lain macam. Kebetulan jiran yang sebelah lagi tu ada kat depan rumah so dia ajak tolong dia sebab dia nak tengok apa yang berlaku. Tapi jiran aku tu refused untuk ikut. dia terus masuk rumah. Sebab dia tak berani, maka dia just tutup pagar je la. Tapi dia cakap ada panggil-panggil jugak cuma takde orang menyahut. Then dia balik semula ke rumah dia. Lagipun hujan lebat time tu.

Pagi esok dia dengan bini dia datang balik ke rumah aku. Kali ni pun dia panggil-panggil jugak tapi takde menyahut. So dia decided untuk masuk tengok apa yang berlaku. Pintu memang terbuka luas la kan.

Masuk dalam tengok barang terabur, rak TV tinggal cable je. Then dia cek bilik semua kosong takde orang. Yang penting dia nak tengok ada orang ke tak je dia kata. Dia takut aku ada kat dalam.

Lepas dah confirm semua takde, dia rapatkan grill and tutup pagar lepas tu balik rumah. Dia ingat nak buat report polis tapi bini dia kata tak payah, tunggu owner rumah balik.

So macam tu la cerita jiran aku pasal kejadia tu. Huhu.

Nanti aku karang PART 3 pulak ek. Panjang pulak rasa cerita ni. haha



No comments:

Post a Comment