Contact lens yang lembut dan selesa untuk mata kite. hehe

Thursday, January 12, 2017

Finally!!!

Dah jumpa contact lens yang aku boleh pakai tanpa mata jadi merah macam pontianak. haha

Seriously sebelum-sebelum ni bukan taknak pakai tapi sebab selalu bila pakai contact lens je orang akan tanya, "Awak sakit mata ke?". Sebab mata aku akan jadi merah giler bila pakai lens.

Aku mula pakai contact lens start dari Diploma kat Arau. Masa tu rabun tak teruk. Saje-saje pakai sebab nak cuba. Masa tu start dengan clear lens la.

Then aku tukar ke colour lens. Macam-macam colour jugak aku pakai. Grey, green, pink, brown, light brown, purple. Blue je belum pernah cuba. haha

Tapi masa ni memang perasan kalau pakai je mata akan jadi merah. Tak sakit, tapi merah. So pakej la dapat mata merah sekali dengan kaler yang aku bubuh dalam mata tu. Menakutkan jugak la sebenarnya tapi sebab kengkonon nak mata kaler-kaler punya pasal kan sanggup je.

Memang tak boleh pakai lama sebab rasa tak selesa. Biasa setengah hari je la paling lama lepastu aku cabut sebab mata rasa kering sangat.

Dan aku pulak memang tak beli yang jenis orang jual online ke korea punya ke apa. Just pakai yang dari kedai cermin mata. Pakai brand yang reliable. Dah bertukar-tukar beberapa brand jugak in order untuk cari yang mana sesuai dengan mata tapi tetap tak jumpa.

Aku pernah ingatkan mata merah macam tu sebab solution. Dah tukar a few brand solution yang mild pun tak jadi jugak.

Pernah tukar balik ke clear contact lens jugak tapi pun sama je tetap rasa tak selesa.

Sampai la aku dapat terima kenyataan yang aku memang tak berapa sesuai pakai contact lens. So aku stop pakai lens.

Aku hidup dengan rabun sebab tak berapa gemar pakai spek. Ala lagipun rabun aku sikit je so still boleh nampak.

Lepas bersalin, kalau orang lain jadi pelupa, aku pulak jadi makin rabun! Aku takde masalah dengan ingatan ke apa tapi aku perasan aku makin tak nampak lepas bersalin tu.

So start daripada tu aku mula pakai spek balik. Nak pakai contact lens leceh satu hal, lepastu memang mata akan jadi merah.

Tapi haritu saje gatal mulut pergi tanya kat kedai cermin mata masa temankan husband aku beli lens dia.

Aku tanya contact lens yang paling nipis dan lembut.

So dia suggest brand ni.

Aku try pakai memang best giler! Rasa macam tak pakai apa-apa. Dan aku boleh pakai dari pagi sampai petang. Mata tak merah pun.

Ni dah masuk kotak kedua aku pakai. Memang puas hati setakat ni. Jadi aku rasa memang aku akan stick to this brand la buat masa sekarang.

Sebab tu jugak kalau uolls nampak iolls selfie dah tak pakai spek sekarang. Bahaha

Boleh beli kat mana-mana kedai cermin mata tapi aku rasa tak semua kedai ada kot. Ni aku beli kat Focus Point Tesco Tebrau. Satu kotak RM70. Mahal sikit dari yang brand selalu orang sebut-sebut.

So mana tahu kalau korang ada masalah dengan contact lens boleh la cuba brand ni. Kot la serasi kan?

Have a nice day korang!


1 comment