Thursday, 29 December 2016

Irfan tinggalkan mama

Irfan dah besar dah. Umur dia dah 1 tahun 8 bulan.

Semenjak aku pindah Johor, aku hantar dia ke pengasuh. Kalau dulu dia biasa duduk nursery/taska tapi sekarang memang duduk dengan pengasuh je la sebab kat area Pengerang ni mana la nak cari nursery. Ada la aku dengar cerita kat Bandar Penawar tu ada satu tapi sebab ada satu je so macam tak berminat nak pergi tengok.

Oh ya, untuk yang belum tahu, aku memang duduk Pengerang sekarang. Tempat yang famous dengan project Rapid tu. Kalau projek Rapid pun tak tahu sila google. Penat la bang Najib duk hebah pasal dana projek Rapid. huhu

Okay berbalik kepada cerita Irfan, luckily aku jumpa pengasuh yang ada anak ramai. So takde la Irfan terkontang-kanting sorang-sorang. Reason aku lagi prefer Irfan duduk nursery adalah sebab aku nak dia berkawan, bersosial dengan rakan sebaya. Tapi sebab tak ada, pengasuh anak ramai pun jadi la. haha

Pengasuh Irfan tu pulak memang tak ada anak lelaki. Jadi dia memang menjadi kesayangan ummi dengan papa dia la kat sana (diorang bahasakan ummi dengan papa). Kakak-kakak pun sayang kat dia sebab maybe diaorang pun tak pernah ada adik lelaki. haha

Sebab aku banyak bekerja dari rumah so aku just hantar Irfan ke pengasuh cuma 3 kali seminggu je. Dah dekat seminggu sebenarnya aku tak hantar Irfan ke pengasuh so ummi dia memang dah cari dia la hari ni. Dari malam tadi lagi sebenarnya duk kecoh tanya pasal Irfan.

Office aku cuti Krismas dan new year start 21/12 haritu sampai 9/1 tahun depan. Panjang kan?

Sebab tu aku tak hantar Irfan sebab aku tak ada nak ke office.

So hari ni pengasuh dia datang rumah, ambik Irfan bawak ke kenduri. Sanggup kau datang ambik kat rumah sebab nak bawak Irfan berjalan, nak bawak pergi KFC, beli hadiah, beli mainan. OMG sabar je lah. haha

Tapi sebab diorang berlegar-legar kat kawasan Pengerang je aku bagi je la. Lagipun anak-anak diorang dah tanya kenapa Irfan dah lama sangat tak datang. Ummi dia pun rindu kat dia.

So Irfan balik dah petang, husband aku ambik kat rumah pengasuh.

Balik-balik dah tidur sebab kepenatan agaknya berjalan, main dengan kakak-kakak.

Dan tak lupa jugak balik bawak balik mainan baru, ada dalam beg dia tu. Mesti papa dia belikan la tu.

Biasa la kesayangan, orang belum ada anak lelaki. haha

Tu je la nak cerita. Hari ni Irfan tinggalkan mama keluar berjalan dengan orang lain. huhu




1 comment:

  1. salam singgah.... harusla tau project RAPID..selain MRT, mana lg project yang tgh rancak sekarang..haha.. (hampir2 join team rapid jgk..)

    ReplyDelete