Thursday, 31 March 2016

Mak Passed Away

16.03.16

Tarikh yang akan ada dalam ingatan seluruh ahli keluarga.
Mak, Zahrah Abdullah pergi meninggalkan kami, kembali kepada Maha Pencipta.

Sebenarnya mak dah lama sakit. Kanser usus stage 4.
Mak discover dia ada kanser pun masa dah stage 4. Dia dah menjalani pembedahan dan kemoterapi untuk membantu mengekalkan kesihatan dia.

Tapi bila dah stage 4, maksudnya kanser tu dah merebak ke bahagian lain dalam badan dia. Last affected area sebelum dia menghembuskan nafas terakhir adalah pada bahagian paru-paru dia.
Dia batuk, sesak nafas sebab sel kanser dah hampir penuh dalam paru-paru.

Beberapa bulan sebelum mak pergi, dia bergantung hidup dengan mesin oksigen. Tapi mak tinggal kat rumah sebab kitaorang memang sewakan satu mesin untuk dia. Cuma dah hujung-hujung usia dia banyak ulang alik ke hospital sebab sesak nafas dia makin teruk.

Yang kagumnya mak tetap kuat melawan sakit dia. Aku rasa sebab tu jugak dia sempat tengok cucu bongsu dia (anak aku), sempat tengok cucu sulung dia kahwin walaupun tak dapat hadirkan diri. Sempat bertahan hampir 2 tahun lepas pembedahan. She's a very strong woman!

Dan mak jugak la yang jaga aku masa aku pantang.

Ya Allah, walaupun sempat jadi menantu mak dua tahun je, tapi banyak jugak kenangan dengan dia. Banyak jugak dengar cerita dan gosip dia. Itu yang confirm aku akan rindu sampai bila-bila.

Harap mak tenang lah kat sana. Kami semua sayang dan ingat mak sampai bila-bila.

Al-Fatihah untuk arwah mak.






1 comment: