Thursday, 5 February 2015

Pregnancy Tips #1

Hello,

So, in my third trimester, selain dari melayan soalan-soalan "baby boy ke baby girl?", banyak yang baik hati bagi tips-tips memudahkan bersalin kat aku.

To be honest, aku belum google cemana cara-cara nak bersalin. Maksud aku cara meneran yang betul haha! Cara nak reduce sakit masa contraction and so on. Sabar, banyak masa lagi kot :p

Ok sharing is caring kan? Tips ni datang dari salah sorang ofismate aku, chinese lady, anak dah 2 orang. hehe

She said :

TALK to your baby!

Bagitahu baby bila dia patut keluar. Maksudnya kau cakap la kat dia kau nak dia keluar, nak bagitahu tarikh sekali pun sukahati la. Your choice. haha

Bagitahu baby masa nak keluar nanti jangan buat mummy sakit sangat. Kesian mummy. Keluar baik-baik cepat-cepat jangan susah sangat.

Bagitahu baby nanti suruh pusing keluar kepala dulu. Kesian mummy kalau kena operation sebab songsang ke apa ke.

Bagitahu je lah baby apa-ape je yang korang nak. baby kan boleh dengar. Hihi

Walaupun tips ni datang dari kawan chinese aku (bukan islam) tapi boleh je la nak cuba kan bukan bercanggah apa-apa pun. 

Bila aku cerita kat husband aku pasal ni dia cakap dia pernah terbaca somewhere ada pendapat yang mengatakan cara ni berkesan. Well, bukan benda susah. tak rugi pun nak cuba. Hihi. 

Walaupun pendapat je without kajian untuk menyokong teori ni, kiranya kawan chinese aku tu salah sorang yang berjaya la kan. Haha! Sebab dia kata it really works for her. Dua-dua anak dia bersalin normal and dia sakit tak lama pun, dalam sejam je. And dia rasa dia boleh bear the pain. Semua pun smooth.

Apa-apa pun kita hanya berikhtiar, balik kepada kuasa Allah la kan nak bagi kat kita macam mana. 

Ok tu je nak share, bye :-)

1 comment:

  1. Yup. Ckp yg baik2 ngn bby kan. Kite pon ade mak pesan . akk2 opis pesan. Tu yg kite sllu sembang ngn bby. Bby kick. Mcm fhm je. Touching hukhuk

    ReplyDelete