Monday, 2 December 2013

Mana Nak Cari Bridal Murah Dan Cantik Area Johor? Jeng Jeng Jeng :p

Mak aku harini call aku semata nak cerita pasal pelamin cousin aku. Tak puas hati dia cakap. Bukan nak mengutuk, tapi dengar cara mak aku cakap tu macam teruk bebenor. Ish2.. Tapi memang agak tak cantik la lepas aku dah tengok pon sebab pelamin buat sendiri kau nak expect apa? Dari situ aku mula macam, " wah orang tua ni boleh tahan demand ". Sebelum ni aku tunjuk pape pasal barang kahwin dia tak pernah nak komen kata tak cantik ke apa. Agaknya menepati citarasa dia kot yang aku tunjuk tu. *bahahahaha perasan :p *

Oh dulu aku pernah share kat entri ni pasal bridal yang aku dah usya kan. Dah siap kengkonon nak book dah salah satu dari bridal tu. Tapi entah kenapa aku rasa macam kurang puas hati sikit sebab ramai yang bagi tentangan hebat pasal harga, ye pasal harga ye bukan pasal hasil kerja. hahahaha.. Aku rasa tu harga standard tapi diorang cakap mahal. Disebabkan tulah aku tergedik-gedik pegi tanya si Wana ni pasal bridal. Malas la cerita macam mana kenal Wana. :D :D

Minah tu jugak lah salah sorang yang kata bridal yang aku nak booking tu mahal! Lepas tu dia share satu bridal ni. Area Sedili. Ok la tak jauh jugak dari rumah aku sebab ada highway baru Pasir Gudang - Kota Tinggi tu kan.


Aku copy satu je malas nak bazir quota internet aku. bahahahaha *dasar kedekut*. Nak tengok pelamin-pelamin dengan baju-baju dia boleh tengok kat sini

ANDAMAN IKHLAS BRIDAL. Siryes, harga sangat ikhlas! Sesuai dengan nama. haha! Dah la murah boleh berlebih kurang pulak tu. Contoh macam aku kan taknak baju sebab baju aku semua sponser *bajet retis* jadi aku suruh dia keluarkan harga baju dari pakej pon dia ok je. Aku dah book dah pon so sesiapa yang nak cari tu dan rasa berkenan better book cepat sebab benda murah macam ni biasa cepat habis. hahahaha.. 

Tapiiiii aku tak pernah jumpa diorang depan-depan lagi. Maybe this few weeks aku akan balik dan set appointment dengan diorang nak discuss pasal design pelamin kaler bagai. Hopefully diorang ni tahan la melayan kerenah aku ye. Hikss! 

Ohh lupa kat FB dia semua gambar lama ok. Design baru dia lagi tiptop. Aku dah tengok a few masa deal dengan dia privately kat inbox. Jadi, korang kena request kalau rasa nak tau. Tapi pakej semua masih guna pakej lama yang dia dah upload kat album tu. Tapi untuk tahun 2014 iolls tak tau la kalau dia tukar harga. Better tanya cepat!

Untuk Wana jika kau baca blog aku *bahahahaha* aku dah kengkonon review dah ni ok. At least senang kau nak cari nanti. Rasa macam nak update tempat kursus kahwin yang super best yang aku dah pergi tu je. Nanti la next entry ye.

Bubbyeeee :-)

9 comments:

  1. Salam dear..wah wah nak tawen rupanya..memang pening dan busy bila kita nak kawen..sama la cam sis dulu..poning pk mcm mcm hal

    ReplyDelete
  2. ahhh cantik itu pelamin!!
    nak kawen yer.. sibuk la ni buat persiapan kan..hehe

    ReplyDelete
  3. @intanfirdaus247 aah betol pening @__@ last sekali apa ada depan mata je ambik. huhu

    @azizah nak kawin la ni :p

    ReplyDelete
  4. salam.. :) sy ada tengok jugak kat Andaman Ikhlas Bridal kat fb.. cmne nak tgk yg latest design drpd die? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. boleh pergi ke butik dia terus. dia memang jarang update fb. tp design dia memang meletops!! :)

      Delete
    2. oo.. segan sebenarnye nk direct gi..? :) sbb mjlis pn inshaAllah thun depan.. mcm awl plk.. hihi

      Delete
    3. takde masalah la.. book la awal kot tahun depan naik harga. hihi

      Delete
  5. Salam.. boleh bg no tel & alamat Ikhlas Bridal.. Kat fb x de respon & tiada no tel..

    ReplyDelete
  6. weh aku rasa aku follow blog ko ni. kenapa macam termiss entry special untuk aku ni. wakakakaka. ok bai. alah tanak cerita ke camne kenal. ekekeke

    ReplyDelete