Resepi : Rendang Ayam Sedap dan Mudah!

Tuesday, August 20, 2013

Ok sempena musim raya ni marilah kita masak dan makan rendang secara berjemaah ye. mihmihmih
Kalau ada yang tak pernah masak rendang tu, marilah cuba resepi mudah ni. Konfem sedap dan meletops uollss depan mak mertua nanti. haha!

Kita mulakan dengan bahan-bahan dia ye :

Untuk di-blend halus korang kena ada;
* bawang merah
* bawang putih
* halia
* serai
* lengkuas
* kunyit
 
Kuantiti agak-agak la ye. Ni aku masak untuk 2 ekor ayam.



Santan;

Suka hati lah nak guna santan segar ke santan kotak. Untuk kali ni aku guna santan segar. Bagi aku santan kotak lagi terasa lemaknya sebab sebelum ni aku masak guna santan kotak. hehe


Ayam;
Potong kecik-kecik dan tos kan air dia. Kalau tak tos nanti makan rendang berkuah la korang ye. haha
Dan yang paaaaaaalinggggg penting kena ada ni
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Gambar rotate sendiri lah aku malas. wakakaka.. Siryes kata nak mudah kan? Mesti kena ada pes rendang ni! Kalau tak, memang tak jadi rendangnya. lol


Itu je bahan-bahannya. Jadi marilah kita semua mula memasak!



Mula-mula tumis bahan kisar tadi sampai garing. Sampai garing tau bukan sampai hangit! hehe.. Nak tumis tu korang taruk la minyak sikit. Sikit je jangan banyak sebab kalau tak nanti rendang korang berminyak. Yelah jap lagi korang nak taruk santan kot.

Lepas dah garing, masukkan pes rendang adabi tadi tu. Gaul sebati dan tumis kejap je.



Kemudian masukkan ayam. Gaul rata bagi semua rempah tu melekat kat ayam.



Masukkan santan, gaul sikit. Kecikkan api dan balikkan ayam tu sekali sekala. Time nak balikkan tu biar lemah lembut sikit kalau korang taknak makan rendang ayam hancur. haha.. Perasakan dengan garam, gula, ajinomoto (kalau makan). Agak-agak sikit ye time nak tambah semua tu sebab takot bila kering nanti terlebih rasa pulak. Lepas tu korang tunggu je la sampai santan tu kering. 

Time nak angkat tu korang gunting halus-halus daun kunyit dengan daun limau purut tabur kat atas tu. Tutup api dan sedia dihidang :-)


Tu je. Senang kan? Macam ni semua orang pon boleh masak rendang kan? haha

Hasilnya...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Menggoda tak uollss? Haha.. aku snap yang tengah sejuk dalam fridge sebab aku masak semalam sebenarnya. hikhikhik

Ok selamat mencuba la ye!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Ingat aku sesaje ke masak rendang tu? Aku ni pemalas kot. haha.. Terpaksa sebab ofismate aku semua dok pressure aku suruh bawak rendang. Yelah tahun lepas raya aku bawak, pon yang aku masak sendiri jugak Diorang cakap sedap *mata ke atas wakakaka* so tahun ni mintak lagi. Rendang tu makan dengan nasi impit. Pon segera jugak aku beli ketupat nona rebus malam sebelum tu. haha!

By the way resepi ni mak aku yang ajar. Takdelah aku cari kat google kan. Tapi tak tau la kalau mak aku yang cari kat google selama ni. mwahaha

Ok lah, byeeee :-)


4 comments

  1. hehehehe nampak sedap!

    kita, jarang masak rendang ni. Mak selalu masak.

    Tapi kita suka makan rendang ayam mak kita.

    Makan ngan kicap. Pergh. Pastu ulam ngan petai. nikmat. hahahaha

    ReplyDelete
  2. nti kita nak cuba tp sekarang ni dapur jarang berasappppp. Bujang kn hihi

    ReplyDelete
  3. delicious .... delicious..nak try gak lah utk pertama kali masak rendang...hehehe

    ReplyDelete
  4. Saya pn nk cuba la...Nmpk mudh.

    ReplyDelete