Wednesday, 14 August 2013

Bridal Menarik Area Johor Bahru

Photo credit to JW Jarashied
Pening tau tak memikirkan pasal bridal ni. Pelamin, hiasan keseluruhan, dulang hantaran semua aku nak pass kat diorang je. Sebab aku takde masa nak fikir tu semua. Jadi benda tu buat aku pening nak cari. Belom lagi bab cari photographer. Lagipon semua survey online je. Aku kan jarang balik Johor. Kenapa nak beriya? Yela kawin sekali seumur hidup, jadi aku nak la jadi majlis terindah dalam hidup aku kan. Ala semua orang pon akan cakap benda yang sama kot. hehe

Jadi berbalik kepada bridal area Johor ni sebenarnya banyak je. Bersepah-sepah. Tapi aku tak tau nak guna keyword apa kalau search kat google mesti tak banyak. Yang banyak keluar area KL je. Yela maybe ramai yang buat review area KL je kot dan bridal yang aktif kat media sosial pon yang tinggal area KL je kot. Tu andaian aku laa..

Lepas dah study sikit-sikit yang dapat aku shortlisted kan buat masa sekarang ni sikit je. Ala aku banyak je like page bridal-bridal ni kat facebook tuh tapi bila belek-belek album diorang ada yang tak berkenan la apa la. Lepas tu kalau yang berkenan pulak over budget. Tapi so far aku dah boleh berkira-kira la berapa average cost untuk bridal area Johor. Kopak jugak la den raso..haha

Firstly, Elfieda Bridal. Ceh, nama dah dekat dengan nama aku kan. Sebab tu aku suka. wakaka.. Takdelah, sebenarnya sebab pelamin dia tak over. Hiasan dan idea dia fresh. Takdelah guna kaler-kaler yang menyakitkan mata. By the way aku tak kisah kaler menyakitkan mata tapi jangan la combine dengan kaler terang jugak. Sakit mata woi! Lagi satu bagi aku hiasan guna kain satin kilat tu dah out dated la.. Dan sebab tu jugak aku rasa bridal ni ok sebab walaupon aku nampak dia guna jugak kain satin tu tapi combination warna dia tak menyakitkan mata. So lulus bagi aku. Oh, bridal ni bridal rumah je ye dia takde butik. Tapi agak femes jugak la kat Johor.

Secondly, Sireh Junjung JB. Pon aku rasa ok. Aku dapat tau pasal bridal ni dari ex-officemate tempat aku praktikal dulu. Tengok pelamin dia cantik meletup sebab tu aku tanya. hehe.. By the way dia ni masa aku google-google memang aku tak jumpa la kan. Kan dah cakap tak banyak keluar bridal Johor kat google tu. Emm..bagi aku pelamin dia pon cantik. Fresh! Ala sebenarnya kalau compare dengan yang nombor satu tadi konsep diorang ni sama. Sebab tu aku minat kot. haha.. Lagi satu penggunaan panel dia minimum. Takdelah over kerawang bagai. Haisshhh aku tak suka betol hias guna panel tu. Sebab bagi aku bridal yang guna panel adalah bridal yang takde idea nak hias. Bergantung kat panel tu je semata-mata.

Thirdly, Dedaun Bridal. Ini kalau tengok pelamin dia memang bukan taste mak-mak la. Haha.. aku lupa lah apa nama konsep dia. Tapi unik la.. taste orang zaman sekarang la katakan..hehe.. Tapi ni aku belom dapat quotation sebab aku baru je tanya. wakakaka.. Area Batu Pahat, jauh dari rumah aku. So ni aku rasa memang agak ter kebelakang sikit la kalau aku pilih pon. Tapi dia ni featured dalam magazine jugak la.

Jadi, 3 tu je dulu yang aku short listed kan. Bukan takde yang lain, tapi yang lain tu macam so so je kat mata aku. Harga? Pelamin rumah bawah 5k la but not less than 3k. Itu untuk 2 kat atas tu je ye. Yang nombor 3 belom dapat.

Till then, untuk area KL boleh try usya pakej kat sini. Malatopss uollss!! Tapi over budget la tapi standard price untuk area KL. By the way dia kazen mak aku. hehe..

Ok, harap aku boleh cari lagi yang berkenan dia hati. bye xoxo :-) 

1 comment:

  1. yg dedaun tu comel la. pelamin dia moden. cun cun.

    ReplyDelete