Thursday, 7 September 2017

Terpengaruh buat eyelash perming!

Lately selalu nampak kat timeline facebook, instagram orang duk buat bulu mata. Ada yang buat perming ada yang buat extension. Macam-macam la aku nampak tapi hasilnya lawa gilaaaaa. Terus ting ting ting mata aku berbunga nak buat jugak. Haha

Sebab aku rasa eyelash extension tu extreme sangat (no offence untuk orang yang buat, ni cuma prinsip peribadi aku je. gitteww), so aku go for eyelash perming. Nak jugak merasa bulu mata lentik acah-acah semulajadi kan. Kihkihkih

Eyelash perming ni takde sambung sambung bulu mata tau. Dia sapu ubat je bagi lentik. Konsep dia macam korang pergi buat perming rambut tu je.

Before: Kiri ; After: Kanan
Hahaha sejenis bulu mata halus macam bulu kucing tu so nak expect apa kan? Takde la dramatik gila macam orang yang bulu mata lebat, panjang tu. Tapi aku suka dengan hasil dia! Nampak la macam aku ada bulu mata sikit kan. Kalau tak macam togel je mata ni haaa. Ok la boleh la fefeeling Nora Danish lepasni. Kikiki

Yang ni aku buat kat Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang. Aku search kat FB je mana yang paling dekat dengan aku. Murah je dia buat, RM35 tapi tak tahu la kalau lepas-lepas ni naik harga kan. Buatnya pun sekejap je tak sampai sejam. Sempat la aku terlelap sekejap sebab memang kena pejam mata pun sepanjang treatment tu.

So korang kalau nak cuba buat pergi la. Best tau tetiba tengok bulu mata lentik tak payah pakai mascara. Ha ni katanya tahan 2 ke 3 bulan. Kita tengok la nanti lepas beberapa bulan apa jadi ye?

Ok, bye.



No comments:

Post a Comment