Tanjung Balau, Irfan & swimming suit baru - Everything is TRUE! Everything is TRUE!: Tanjung Balau, Irfan & swimming suit baru

Pages

6 September 2017

Tanjung Balau, Irfan & swimming suit baru

Semenjak pindah balik ke Johor dan stay area Pengerang ni agak kerap jugak la kami ke pantai. Paling suka ke Tanjung Balau sebab pantai dia senang nak masuk compare to pantai Desaru. Aku rasa aku ke pantai Desaru berapa kali je lah seumur hidup ni. Haha

Sekarang kan Irfan dah takut air jadi seronok la bawak dia ke pantai. Tak seronok bila time nak balik dia taknak balik pulak.

By the way, ini gambar-gambar lama Irfan kat pantai. Kebetulan tengah belek album dan terjumpa. Blog pun dah lama tak update jadi kite buh la gambar Irfan bagi kurang sikit berhabuk. Hehe

Baru sampai, dengan mama.

Bila mama dah malas, daddy pulak take turn. Mama taknak basah. Haha

Naik atas balik.

Main pasir baru syok kan?

Haha habis la basah seluar daddy :p

Mama tak tahu la ni gambar zaman bila Irfan, jambu sangat lagi awak masa ni.

Ok dah cek, gambar ni bulan 1 tahun 2017. Nampak sangat mama main throwback je cerita.

Baik sangat nampak padahal mama je tahu perangai awak. Haha

Ok dia dah mula dah taknak balik.
Ada banyak lagi gambar kat pantai tapi hari lain-lain lah. Nanti aku share lagi kalau rajin. Tapi the main subject memang Irfan je lah. Haha

Kalau korang ke Desaru, boleh singgah Tanjung Balau ni. Kalau kami locals ni memang ke Tanjung Balau je sebab takde entrance fee, boleh barbecue suka hati, boleh camping suka hati. Aku rasa kalau pantai Desaru diorang macam ada rules sikit kot? Entah la sebab berapa kali je pergi. Korang cek la sendiri kalau nak pergi nanti. Hehe

Yang swimming suit Irfan tu pulak beli kat kedai Mr Diy je Rm20+. Murah kan? Alah nak buat mandi pantai je pun ok la tu. Sorry Irfan mama daddy awak kedekut sikit :p

Jangan tak tahu Bandar Penawar (korang pergi Desaru memang akan lalu Bandar Penawar) dah ada shopping mall tau. Mr DIY pun ada dalam tu. Tapi janganlah kau membayangkan mall besar-besar. Ni mall taraf-taraf aeon big je la kot ke tak capai pun tahap tu? Datang lah sendiri tengok cemana. Kikikiki 

Okay, jumpa lagi :-)

No comments:

Post a Comment

Everything is TRUE! © . Designed by MaisarahSidi.com