Monday, 15 May 2017

Hanya random update - tak baca pun tak apa

Wow tengok last update bulan Januari haritu cerita pasal contact lens. Btw, susah la nak dapat contact lens brand tu dekat area rumah aku ni. Sebab tu sekarang pakai spek je senang.

Sebenarnya lepas daripada cerita contact lens tu, ada 2 draft yang aku tak siapkan. Bila tengok dah rasa malas dah nak post so biarkan je la jadi pekasam dalam draft tu. haha

Apa khabar korang?
Aku tengok blog ni ada je visitor walaupun aku tak update dan walaupun blog sendu. Haha. Ada la beberapa entry yang orang selalu klik.

Aku sekarang okay je cuma lately rasa macam emosi kurang stabil. Tak tahu la kenapa tapi mudah sangat nak tacing dengan orang keliling, mudah nak marah orang, benda benda negatif macam tu la.

Aku cuba sedaya upaya untuk jadi positif dan lawan benda negatif ni tapi kadang tewas jugak. Dan aku rasa thats explain why facebook aku pun agak sendu sekarang dan aku asyik update benda merepek je. Haha

Ala kalau korang friend dengan aku kat facebook mesti tahu aku dah aktif balik dengan Shaklee kan. Tapi lately post Shaklee aku kurang lah sebab benda benda yang aku cakap kat atas tadi. Bagi orang yang berniaga di facebook peribadi, memang betul betul kena jaga content setiap post tapi tulah memang content aku kelaut sekarang. Aku harap aku kembali normal tak lama lagi. Gittew

Blog pun dah lama aku tinggalkan. Dah lama tak blogwalking. Rindu jugak sebenarnya walaupun aku jarang tinggal jejak kat blog orang tapi rindu la nak baca kisah orang lain. Terasa macam kenal ramai orang pulak masa zaman selalu blogwalking dulu. hehe

Ha, ada yang rindu Irfan Hamad?
Dia dah besar sekarang dan umur 2 tahun, dah pandai bercakap dan macam dah pandai segala galanya.

Husband aku pulak?
Dia busy sekarang dengan kerja dia yang super banyak tu. Lepastu balik rumah kalau tak dengan handphone dia sibuk baca komik. Jadi tinggal la aku dengan Irfan bergaduh berdua. Haha

Lagi apa lagi nak update?
Rasanya lepas ni blog ni boleh jadi tempat untuk luahkan perasaan balik dah. Nak share benda ilmiah sangat tu tidak la kot sebab tujuan asal create blog ni pun sebab nak record moment dalam hidup. Kononnya macam tu la tapi banyak je benda simpan dalam kepala je lepastu last last lupa.

Please doakan emosi aku kembali stabil ya. Aku pun tak tahu apa benda entah yang buat aku rasa macam susah hati, sedih, dan lain lain tu. Haishh bosan betul la kena pura pura senyum depan orang ni.


No comments:

Post a Comment