Tuesday, 27 December 2016

Misi Mencari Rumah Baru

Jadi semalam kami jalan-jalan sekitar Pasir Gudang cari rumah untuk dibeli. Target kami adalah untuk beli sebuah rumah yang selesa untuk keluarga kecik kami ni pada tahun 2017.

Sebenarnya area Pasir Gudang, harga rumah masih agak affordable.

Tadi sempat melawat 3 tempat.


  • Meridin East
  • Bandar Seri Alam - a few development dekat kawasan ni
  • Eco Tropics
Dalam banyak-banyak tu hati memang terpaut dengan Eco Tropics la. Design cantik, harga berpatutan dengan apa yang ditawarkan. Paling penting, masih lagi dalam budget kami.

Tapi sebenarnya ketiga-tiga tempat tu memang within budget cuma Bandar Seri Alam, kena bayar muka besar. Nearly 80k advance payment baru boleh dapat sebijik rumah. Mana nak cari duit sebanyak tu. huhu

Aku nak start dengan Meridin East. Korang boleh google location dia kalau nak tahu.

Meridin East punya starting price ialah lebih kurang 350k which is very cheap untuk rumah baru dan consider developer dia adalah Mah Sing, memang aku boleh cakap harga dia murah. Downpayment pun sikit, dalam belas-belas ribu je. Tapi the downside is, size dia kebanyakannya 18'. Panjang tak ingat la berapa. Tapi aku macam rasa tak boleh bernafas dengan rumah bukaan 18' je ni. Dah la rumah tengah je yang tinggal, so memang lemas aku rasa kalau beli rumah ni. Actually dia pun ada jugak yang 20' punya bukaan tapi harga beza banyak sangat which aku rasa macam tak berbaloi untuk go for 20' dengan harga macam tu.

Aku hold tak booking dulu sebab rasa macam kurang menepati citarasa.

Then kita move to Bandar Seri Alam. Currently diorang offer 3 tempat yang diorang dah launch. 

Bandar Seri Alam ni under Umland. Rumah kat sini memang size besar-besar. Paling kecik bukaan 20' tapi panjang dia memang agak entah pape aku rasa. Boleh dia buat rumah panjang 60' je? So ada option nak go for 20' x 65' atau tapi yang beza 5' tu hanyalah tanah je. Bukan size rumah. Haha. Ini memang kelakar. Tapi harga dia memang murah kalau consider dengan location dan facilities yang dah ada kat Seri Alam dan juga size rumah la. Starting price dari 480k if i'm not mistaken.

Ni pun of course tak booking sebab mana la kami nak cari 80k untuk semua advance payment tu.

Last sekali pergi Eco Tropics. Eco Tropics ni memang tengah hot sekarang semenjak dia launch public garden yang super nice tu. Kat Pasir Gudang mana ada public garden yang cantik macam tu. haha

Kat sini banyak option. Kalau nak go for cluster house, starting price 500k lebih. Design cantik dan of course rumah memang besar siap ada tanah lagi. Kalau nak go for terrace house biasa, starting price 400k lebih. Dua-dua jenis pun bukaan minimum 20'. Downpayment pun boleh tahan ok la. Cuma susah nak buat pilihan nak go for cluster ataupun terrace biasa.

Kau tahu kenapa? Sebab dia ada pro & con dia. Cluster house memang rumah besar laman besar tapi tu je lah yang kau dapat, semua besar. Terrace house pulak rumah lebih kurang size cluster tapi tak dapat tanah sisi. Tapi terrace house ada garden, dan susunan dia cantik. Actually aku macam suka environment terrace house dia tapi cluster house pun best jugak. Ok cluster house win sebab besar, terrace house win sebab environment. Cluster house bulan 9 tahun depan dah boleh duduk, terrace house 2018 baru siap.

So susah nak buat pilihan! 

Maka kami balik dengan tangan kosong tak booking mana-mana. haha. Tapi buat masa sekarang hati berat mengatakan yang kami bakal beli Eco Tropics cuma tak tahu jenis yang mana. 

Aku cakap kat laki aku, ni kita kena istikharah dulu ni. haha

Tapi betul harga Eco Tropics tu memang sangat-sangat berpatutan. Consider jugak dia adalah under Eco World yang mementingkan kualiti dan rupa, aku boleh cakap sesiapa yang cari rumah area Pasir Gudang, pergi la tengok kat sini. 

Tengok la nanti. 

Doakan kami murah rezeki. Kami nak sangat beli rumah sendiri sekarang ni. huhu

Ok, bye.
  

No comments:

Post a Comment