Tuesday, 6 December 2016

Love hate relationship

Semenjak pindah ke Johor, semenjak start kerja baru dah tak banyak masa nak mengadap blog. Kinda miss writing walaupun tulis entah apa-apa dan juga dalam bahasa dan susunan ayat yang entah apa-apa. Tapi who cares? Blog aku. kakaka

Okay sebenanrya nak cakap tak berapa gemar dengan situasi sekarang. Terutama bab masa. Rasa macam tak cukup je masa. Tak tahu la hilang ke mana tapi bencinyaaaaa kenapa cepat sangat masa berlalu.

Nak cerita pasal kerja sekarang. Kerja sekarang ni sebenarnya tak memerlukan critical thinking sangat bagi aku. Ni aku cerita bagi pendapat aku dan apa aku rasa la.

Compare to kerja dulu, aku macam rindu kerja dulu. Kerja dulu memang betul-betul busy, langsung takde masa nak fikir benda lain sangat tapi ada la masa nak baca dan tulis blog. haha. Okay sebenarnya rindu kerja lama. Bergelumang dengan nombor, kira-kira, drawing, site visit, buat presentation, marah orang, kena marah dengan bos, jumpa ayam. Ehh hahahaha.

Tak la, memang betul rindu dengan kerja lama. Mungkin sebab dah lama sangat kot dalam bidang tu. Kita memang dah di train untuk lebih banyak menggunakan critical thinking jadi bila dah pindah bidang ni rasa macam alahaiiiiiiiii apa la benda ni. huhu

Kerja sekarang lebih kepada buat coordination. Entah la rasa macam alahaiiii kenapa aku kena buat kerja ni. Dia macam kan aku rasa aku pejam mata je boleh buat. Haha eh ni bukan versi berlagak tapi versi yang biasanya orang-orang yang dah biasa buat kerja macam aku sebelum ni tiba-tiba dapat kerja macam sekarang ni mesti faham apa aku maksudkan.

Sekarang rasa macam tak ada kepuasan bila buat kerja. Bila siap satu-satu task tu kan rasa macam hmm ok dah siap. Macam tu je la. Sebab aku rasa aku tak guna kemampuan aku pada tahap maksimum pun. Less effort.

Dah pernah mengadu kat boss aku cakap aku tak puas apa aku buat sekarang. Dan aku pun tak tahu sebenarnya aku buat tu betul ke tak. Aku rasa macam aku zero, macam makan gaji buta pun ada jugak.

Tapi tahu apa boss aku cakap? You did an excellent job Fieda!

Boleh tak kau terima compliment macam tu tanpa kau sebenarnya tahu pun apa yang kau betul-betul dah buat. So, welcome to management team. Kita tak perlu tahu semua untuk laksanakan semua kerja. Kita tanya orang, kita arahkan orang, kita push orang. Gitu kata boss aku.

Jadi sekarang aku macam blur apa aku patut buat next.

Satu benda yang aku suka pasal kerja ni adalah masa aku flexible. Boss aku tak kisah aku nak kerja masa bila, macam mana, asalkan dia dapat apa yang dia nak. Tapi sebab aku deal dengan orang dan orang pulak bekerja ikut normal office hour, maka aku kena la ikut office hour pulak.

Aku tak payah apply annual leave sebab aku boleh bekerja dari mana-mana. Tapi since office baru dah setup, aku still kena ke office untuk cek apa yang patut atau terima surat atau apa-apa je la.

Yet aku rasa, aku tak tahu pun aku buat sebenarnya. Sampai office dah pukl 10, pukul 4 aku dah cabut sebab nak sampai rumah awal.

Benda yang aku tak suka bila office dah setup ni adalah aku kena travel jauh untuk datang ke office. Aku buang masa aku sekurang-kurangnya 40minit dengan kelajuan 140kmh dan tol RM7.20 sehala. Aku dah kira-kira kalau setiap hari aku kena ke office, aku kena spend RM1k untuk minyak dan tol sahaja. Belum masuk lagi bab maintenance kereta.

Itu bab duit. Aku jugak dah buang banyak tenaga dan masa aku kat situ. Penat tau drive laju-laju hari-hari. Sebenarnya tak perlu ke office pun sebab aku punya offer letter adalah home based tapi sebab tak ada orang yang akan bukak office ni, so terpaksa la aku kena datang.

Entah la. Kalau tiba-tiba aku cari kerja lain nanti jangan terkejut pulak. Bukan apa, rasa macam tak tahu sebenarnya apa yang aku buat sekarang.

Or maybe I should wait? Tengok next year macam mana? Ataupun sebenarnya aku stress sebab aku kesunyian takde officemate? kakakakaka

Sebenanrya aku rindu kerja macam dulu. Kbaii

#manusiataktahubersyukur

No comments:

Post a Comment