Sunday, 17 July 2016

Rindunya kat blog!!

Rasa macam lama giler tak menulis. Bukan setakat kekangan masa, tapi takde laptop! haha
Dulu selalu tulis masa at ofis time free. Bila dah resign dari sana, aku pun lupa kat mana aku letak laptop lama aku. huhu. Malas pulak nak menaip kat handphone sebab skrin kecik.

So hows life?

Aku, banyak benda berubah lately. Betul-betul 360 degree punya pusing. haha

Macam yang aku cakap sebelum ni aku resign dari company lama. Dah berjaya dah pun setelah bermaca-macam pancoroba kena tempuh semata-mata nak resign. huhu

Aku dah pindah rumah. Dah balik Johor. Best! Sebab lepas dua tahun lebih kahwin baru berjaya hidup bersama dengan suami. kakakaka

Aku dah start kerja baru. Btw, dah start dari bulan lepas tapi bulan ni baru betul-betul full time kerja baru. Sebab aku home based je, jadi boleh dikatakan sepanjang masa aku kat rumah sekarang.

First time dapat berpuasa sama-sama dengan suami. Sebelum ni sempat beberapa hari je sebab masing-masing jauh kan.

Oh sekarang hari-hari aku masak sebab aku duduk rumah. haha. Actually dah macam full time housewife cuma kadang-kadang kena ambik time off buat kerja lain. haha

Dah mula fokus dengan bisnes balik! Oh ye kalau nak beli perfume DeXandra jangan lupa roger aku okay. Sekarang tengah ada promo. Sempat tu aku promote kat sini. bahaha

Apa lagi?

Ha, aku dah beli laptop baru which aku sangat-sangat suka dengan rupa paras dan performance dia!

--------------------------------------------------------------

Okay fine yang kat atas tu yang aku tulis bukan lepas dan tak sempat nak habiskan. Simoan dalam draft je. Nampak tak memang takde masa sungguh. Huhu

Back to today, sebab malas dah nak sambung cerita kat atas, aku nak cakap SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN! Makan ketupat rendang tu jangan banyak sangat nanti gemokkkk. Haha

Kalau ada yang tinggal berdekatan dengan rumah aku, jemput la datang beraya ke rumah. Banyak lagi kuih raya ni. Hihi

Bye gais. Kalau nak beli perfume DeXandra jangan lupa contact aku kay.

Facebook: Datin Fieda
Instagram: @kedai_perfume_dexandra

Have a nice day!

1 comment:

  1. nnti iols dah okey cium babu perpium. iols contact u okay darl

    ReplyDelete