Thursday, 26 May 2016

Before you start to judge me, step into my shoes!

Kadang-kadang rasa nak gelak bila orang yang tak duduk tempat kita boleh cakap;

"kalau saya sambil jaga anak pun boleh buat bla bla bla takkan awak tak boleh?"

Rupanya tetiba tengok, eh dia ada pembantu, eh dia ada mak dia duduk dengan dia, eh dia ada suami sekali boleh tolong tengokkan anak dia masa dia buat kerja, etc.

Tapi kemain kata buat semuaaa sendiri.

Agaknya kalau betul-betul duduk sorang, sorang maksudnya BERDUA je dengan anak, suami pun balik sebulan sekali or sebulan dua kali, boleh tak dia keluarkan statement dia boleh buat SEMUA benda?

- kerja hakiki
- kerja part time
- kemas rumah
- basuh baju
- masak
- jaga anak
- etc

Agaknya boleh ke? Kalau boleh memang aku respect la! Ini belum apa-apa lagi dah claim dia buat sendiri semua. Kalau anak pun pass kat orang lain time kau masak ke time kau buat kerja rumah, itu bukan buat sendiri semua ok. Itu dah kira dibantu. Jangan nak mendabik sangat. Lawak betul. huhu

1 comment:

  1. Orang tak ada dalam kasut kita. Depa tak paham bagaimana kita hadapinya kan

    ReplyDelete