Tuesday, 24 May 2016

Baru Balik Dari Perth

Aku pergi Perth 16/5-20/5 haritu. Kiranya dari Isnin sampai Jumaat la aku kat sana. Pergi sana sebab pergi jumpa bos dan kawan-kawan kerja yang baru kat sana.

Aku tak boleh cerita pasal tempat-tempat yang aku visit sangat sebab masa aku kat sana sangat limited. Kan aku pergi kerja. huhu. Tapi husband and anak aku memang diorang sakan la berjalan kat sana. haha. Maybe aku akan summarize cerita diorang dalam satu entry nanti.

Cerita pasal company baru aku kat sana, aku sangat amazed dengan diorang punya work culture! Giler ah. Aku kan jenis yang terbiasa kerja banyak giler berlambak-lambak, kejar dateline, kejar bos punya request, kerja 9-6, lunch break sejam, punchcard bagai yang aku rasa hampir semua orang pun kerja macam aku kat Malaysia ni kan?

Tapi kat sana (company baru aku), aku macam takde kerja! haha. Aku free untuk arrange masa sendiri. Diorang tak kisah aku nak start kerja pukul berapa, balik pukul berapa, yang diorang tengok hanyalah outcome untuk setiap task yang diorang bagi. Dan work load memang kau boleh nego dengan bos, unlike here. haha. Dan benda macam ni memang dia dah stated siap-siap dalam offer letter masa aku sign haritu.

Kat sana, officemate aku termasuk bos tak sampai 10 orang pun. Tapi dia ada staff kat beberapa negara yang diorang dah assign task masing-masing. Kalau kat Malaysia memang aku sorang je lah employee dia buat masa sekarang. The first one to be exact. Berlagak sangat nih. kahkahkah

Officemate aku kat sana mostly kerja part time. Tak tahu la diorang bayar gaji macam mana tapi most of them kerja tak sampai 5 hari seminggu. Ada yang kerja 2 hari seminggu pun ada. Kan aku dah cakap tadi bos memang tak kisah asalkan mencapai outcome yang dia nak. Yang mana yang dah jadi mak orang tu memang bos bagi kelonggaran untuk datang kerja tak sampai 5 hari dan free untuk datang bila-bila masa lepas diorang dah settlekan anak diorang. Best kan?

Bila aku sembang-sembang dengan bos aku, dia cakap itu cara dia rule company dia. Bagi dia bila employee happy, kerja diorang makin berkualiti. Gitteww. haha

Rasanya dah banyak sangat puji company baru ni. Company lama ni pun tak dilupakan, memang best jugak. Banyak aku belajar kat sini. Paling penting kat sini benda terbesar yang aku belajar adalah belajar untuk buat semua benda perfectly sebab bos aku perfectionist. haha

So nanti-nanti la aku buat cerita pasal Perth ye. Yang penting aku suka sangat kat sana sebab sejuk! How I wish suhu kat Malaysia pun macam tu. huhu

Oklah dah kena sambung kerja. Bye.

2 comments:

  1. Pergh bangga iols dengan uols sbb u sorang je employee kat Malaysia. Perghh lagi sekali. Tak sabo dgr cite perth.

    ReplyDelete