Stroller Pilihan - Easywalker Mini Buggy Union Jack

Thursday, April 14, 2016

Haiiiii :D

Masih ingat cerita aku pasal ciri-ciri stroller idaman? Entry gedik tak tahu nak buat pilihan yang mana. haha

So, aku dah beli dah stroller berdasarkan ciri-ciri yang aku listkan kat entry tu. Takdelah 100% dapat macam yang aku nak tapi macam orang kata, mana ada benda perfect kat dunia ni. lol

Stroller ni takde dalam list. Tapi terbeli sebab ternampak Che Ta pakai. Boleh camtu? Kahkahkah

Jadi sekarang meh sini aku review sikit pasal Easywalker Mini Buggy ni.

Stroller ni femes lepas Che Ta pakai, jadi memang merata dah orang jual. Tak payah risau la boleh dapat kat mana-mana je sekarang. Sebenarnya IG shop tak murah sangat pun. Kalau ada masa boleh survey offline.

Lepas dah pakai hampir setahun, jadi aku rasa meh aku review berdasarkan ciri-ciri yang aku dah listkan sebelum ni.

  1. Ringan. Yup stroller ni antara stroller yang ringan yang ada kat pasaran. Berat 5kg++ tak sampai 6kg. Jadi don't worry, confirm boleh angkat dengan mudah untuk mak-mak berbadan comel. hehe
  2. Easy to fold and unfold. Boleh dikatakan easy to fold dan unfold. Smooth je proses tu. Cuma tak se-easy yang aku bayangkan macam yoyo yang guna sebelah tangan je sebab yang ni dia pakai dua belah tangan untuk bukak dan tutup. Jadi baby kau kena letak tepi dulu sebelum kau bukak tutup stroller. Tapi dia guna 2 step je untuk bukak tutup. Still acceptable.
  3. Compact. Stroller ni lipat payung. Still kecik la sebenarnya tapi kalau masuk bonet myvi tu macam penuh je. haha. Cuma kau boleh letak kat kaki seat penumpang belakang kalau nak jimat space kat bonet. Tu pun kalau kau takde penumpang belakang la.
  4. Senang nak handle. Senang! Even tolak sebelah tangan pun kau masih boleh control nak ke kiri atau kanan. Smooth je tayar dia. Tolak pun tak lenguh sebab tak berat walaupun ada baby and sangkut banyak barang kat stroller.
  5. Boleh attach dengan car seat. Boleh, tapi kena beli benda yang untuk attach tu asing. Tak tahu apa nama tapi aku dah tanya harga dia RM100+ untuk attach dengan maxi cosi sebab aku pakai car seat maxi cosi. Tapi aku tak beli sebab rasa tak perlu, dan memang tak perlu pun bagi aku. Nasib baik tak beli. hehe
  6. Harga. Aku beli kat Fabulous Mom. Boleh tolak berapa percent tah sebab ada membership. Total harga dalam RM900+ masa aku beli tu. Sekarang dah tak dapat harga tu kat Fabulous Mom.
Lepas dah guna so aku list down pro & con stroller ni ikut dari pemerhatian aku.

Bucket untuk isi barang
Pro: Agak besar. Boleh isi banyak barang.
Con: Susah nak access masa kau fully recline masa baby baring sebab dia kat bawah seat kan. Dan bila baring memang tak boleh isi banyak barang la.

Viewing window (whatever tak tahu nama. haha)
Pro: Takde.
Con: Kena tunduk sebab viewing dia kecik dan kat belakang. Kalau nak tengok baby tengah buat apa baik aku jengah je dari atas sebab malas nak tunduk. Bare in mind seat dia memang mengadap depan je tak boleh tukar mengadap parents macam quinny or bugaboo boleh buat.

Seat
Pro: Senang adjust nak recline tahap cemana. Sangat-sangat senang! Dan dia boleh fully recline means baby boleh baring flat 180degree. Memang sesuai guna dari newborn unlike yoyo boleh recline sampai certain degree je. Material jenis senang cuci & kalau tertumpah apa-apa memang senang nak lap. Dan dia ada padded so memang sangat selesa untuk budak duduk & baring.
Con: Sebenarnya bukan con sangat tapi maybe akan jadi con untuk baby size besar sebab seat dia tak besar mana. Tapi cukup selesa.

Tayar
Pro: Tayar kecik, senang tolak, senang mencelah mana-mana. Dan pergerakan tayar memang smooth buatkan kau tak rasa penat nak tolak ke hulu ke hilir.
Con: Tayar dia kecik, so dia memang indoor stroller. Tak berapa sesuai untuk rough terrain. Aku pernah try kat rough surface memang susah tolak. Kalau kat jalan tak rata pun tayar dia lari-lari. tapi still boleh tolak cuma tak berapa puas hati dengan performance.

Push Handle
Pro: Sebab dia macam padded so sedap jugak la pegang.
Con: Dia punya handle macam quinny tu, tak bersambung. Tapi quinny ada satu rod kecik kan yang sambungkan dia. Ni totally takde, so kalau nak pakai extra bakul untuk aksesori yg gantung kat tengah-tengah handle tu memang tak boleh. Tapi ok je.

Sun canopy
Pro: Sun canopy dia memang super besar! Tak payah risau kalau bawak anak tempat panas sebab confirm boleh tutup.
Con: Takde.

Overall pendapat aku, stroller ni memang boleh dibeli kalau korang teringin nak beli. Ringan, easy to handle, size agak kecik, senang bawak travel and all. Tapi satu je aku rasa macam kurang best, bila tolak aku rasa ada part yang loose ke apa tah macam tak cukup sturdy gitu. Tak tahu la sebab aku dah pakai lama ke apa. Ataupun sebab rangka dia kecik ke, baby dah besar ke apa ke. Whatever. Tapi ok je takde menunjukkan tanda-tanda nak patah ke apa. haha

Korang tengok video ni untuk lebih faham apa aku huraikan kat atas tu. Aku punya sebijik macam ni design dia. hehe


Nah belanja gambar owner stroller ni masa dia umur 4 bulan. hehe


Ok bye.

P/s: Aku akan update review dari semasa ke semasa kalau aku rajin. hehe



1 comment