Pengalaman dengan Lampin Pakai Buang

Tuesday, April 19, 2016

Lepas dah ada anak, so modal bercerita kat sini pasal anak je la. haha

Jadi straight to the point, ada a few brand yang aku dah try selama Irfan umur setahun ni.

1. Huggies Dry

Gambar dari google.
Yang ni first pampers (aku panggil pampers je semua) yang Irfan pakai. Memang beli ni untuk size newborn. Takde sebab pun beli ni, main beli je. haha. Untuk size newborn aku beli harga dalam Rm27+ tak silap masa tu. Beli kat kedai baby kat Johor.

Then sekarang kalau beli untuk size M, harga dalam Rm31+ untuk 60pcs beli kat Speedmart.

Satu benda yang kurang best ialah dia nipis je. Dan compare to Huggies Ultra, dia memang kurang lembut tapi acceptable. Cutting dia sesuai untuk budak peha besar sebab dia tak mencengkam. Boleh tahan kering jugak tapi kalau kencing dalam kuantiti banyak memang basah la.

2. Pet Pet
Gambar dari google.
Ni aku pernah try jugak. Sempat habis satu plastik masa Irfan kecik lagi. Tapi tak repeat beli sebab getah dia mencengkam. Berbekas kat peha Irfan.

Harga lebih kurang sama dengan Huggies dry tapi pcs dia lebih banyak, jadi lebih murah dan jimat. Seingat aku lembut jugak pampers ni. Ramai kawan aku guna Pet Pet ni sebab tu aku terbeli sebab tengok diorang guna. hehe

Dari segi kekeringan dah lupa. Tapi aku rasa macam ok jugak kualiti dia.

3. Diapex

Gamabr dari google.

Pernah beli jugak sebab saje nak try. Dan dia murah! haha. Untung mana tahu kan dapat jimat sikit.

Tapi kecewa sebab tiap kali kencing berak confirm bocor! Sebab dia nipis giler kot? Dan memang tak repeat lagi dah. Habiskan satu paket je.

Boleh tahan aku membebel kat laki aku sepanjang pakai ni sebab asyik kena bersihkan cadar je. haha

4. Mamy Poko

Gambar dari google.

Mamy poko extra dry ni biasa aku pakai masa nak travel atau malam. Sebab harga dia memang paling mahal antara yang aku pernah try, jadi akan beli time promo je. Biasa beli kat Speedmart sebab dapat harga murah.

Tapi kalau korang ada extra bajet, guna la mamy poko. Sebab sangat kering! Dan cutting dia besar. Budak size M untuk pampers biasa pun boleh muat size S mamy poko.

Tak sure la mamy poko ni ada yang tak ori ke macam mana sebab ada certain mamy poko yang aku beli, kualiti macam tak sama dengan mamy poko yang aku dah habiskan. Gittew. Aku malas nak mengkaji sebab aku beli ni pun masa promo je.

5. Mamy Poko Pants

Gambar dari google.
Yang aku pernah try dalam plastik kuning macam ni. Bukan beli, agent yang uruskan rumah bagi hadiah kat Irfan satu paket.

Tak berapa gemar sebab susah nak cabut masa nak tukar. Then dia tak sekering mamy poko plastik biru. Takde repeat beli pun lepas tu. huhu

6. Huggies Total Protection

Gambar dari google.
Better dari huggies biru (huggies dry). Cutting sama sebab dia dari pengeluar yang sama kan.

Dia tak tebal sangat, dan kelembutan pun lebih kurang huggies biru. Tapi dia lagi kering dari huggies biru. Tapi bila anak dah kencing, gel dia akan mengeras. haha. Boleh rasa keras pampers dia kalau kau pegang.

Tapi aku guna je untuk pakai malam sebab dia kering kan. Dengar cerita huggies merah ni dah discontinue.

7. Huggies Ultra
Gambar dari google.
Yang ni kualiti better dari huggies mearah serta lebih lembut dan tebal. Ada macam indicator kau boleh tengok kat pampers anak kau dia dah kencing sebanyak mana. Kalau lampin dah basah dia akan bertukar kaler jadi kaler biru. Oh lupa, mamy poko pun ada jugak indicator ni tapi kenapa lately aku tak jumpa mamy poko yang ada indicator. Tu aku tak berapa sure.

Dan dia memang kering! Ni aku pakaikan malam. Tapi since Irfan dah besar ni, aku pakaikan ni jugak untuk siang sebab dia dah banyak kencing.

8. Drypers
Gamabr dari google.
Last but not least, pernah jugak pakai drypers. Ni aku beli masa pergi baby expo masa Irfan belum lahir. Drypers ni boleh tahan tebal dan kering jugak kalau guna. Tapi cutting dia tak macam huggies jadi anak-anak yang peha bam-bam mungkin akan ketat sikit kat peha kot.

Tapi lepas dah besar ni bila try beli balik untuk Irfan pakai, mengecewakan. Sebab berbau! Bayangkan la bila Irfan kencing bau macam dia berak dan memang bau tu agak ketara sebab duduk jauh pun boleh bau. Pernah jugak kakak ipar aku tegur Irfan berak ke sebab bau macam berak je. Sekali cek memang tak berak pun tapi sebab drypers ni bertindakbalas dengan kencing dia memang berbau sangat. Aku pun tak tahu kenapa. huhu. Jadi memang tak beli dah.

So kesimpulannya, apa yang aku guna sekarang?

Aku stick to Huggies Dry, Huggies Ultra dan kadang-kadang Mamy poko. Tapi mostly sekarang dengan Huggies Ultra. Harga huggies ultra kalau tak promo Rm50+ tapi sila la cari harga promo sebab kat mana-mana pun boleh dapat kalau rajin cari. So kalau korang jumpa Rm36 dan ke bawah dalam satu paket tu kira promo la tu. Kalau promo RM40+ jangan beli sebab mahal, boleh dapat RM36 ke bawah kat kedai lain. haha

Untuk yang tak pernah survey harga pampers lagi, harga lebih kurang sama je semua brand. Dalam Rm30+ sepaket tapi yang membezakan mahal ke murah adalah berapa keping yang kau dapat dalam sepaket tu. So pandai-pandai la kira. hehe

Luckily untuk semua brand yang aku pernah try ni, Irfan tak pernah kena ruam ke apa. Dia ok je apa-apa brand pun sebab tu mak rasa nak cari yang murahhhh. kahkahkah

Jadi hopefully membantu la sikit sebanyak korang nak buat pilihan.

Bye.


2 comments

  1. ADra plak dari kecik sampai ke la ni guna huggies dry. Tapis ai zL dia cutting adoyai panjang labuh. Tengah berkira2 nk cr brand lain je ni sbb adra peha panjang. Macam lanjut disitu wakakakakakkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kesian adra. dah pakai size L ke dia? Irfan still M lagi. kikiki

      Delete