Tuesday, 26 April 2016

My upcoming plan

So banyak yang dirancangkan kalau aku berjaya resign dari kerja sekarang. Doakan bos aku accept ok. Semalam baru hantar resign letter kat dia. huhu

First of all, bila dah kerja dari rumah aku nak make sure aku ada masa lebih sikit dengan anak aku. Tak sure lagi nak hantar dia ke pengasuh atau nak ambik pembantu. Tak terfikir nak jaga sendiri sebab aku still kena bekerja, cuma dari rumah. Irfan tu dia punya manja melekat lain macam, kalau takde orang tolong jagakan dia mesti aku takkan berjaya buat kerja. huhu

Second, nak continue dengan bisnes. Tak kisah la nak expand yang sedia ada atau nak start bisnes baru. Mesti buat ni sebab ada target besar. Nak kaya, nak berjaya! Haha. Sampai bila nak kerja makan gaji kan? Kena bina something untuk diri sendiri dan anak-anak. Aku pernah baca satu quote lebih kurang macam ni "kalau kamu dilahirkan miskin, itu bukan salah kamu, tapi kalau mati miskin, itu salah kamu". Tak ingat siapa cakap, whatever. haha

Third, insyaAllah nak further study. Aku nak ambik master. Nak sangat belajar balik semula sebab degree dulu bongok sangat kan main-main lepastu sekarang macam banyaknya ilmu yang kurang. huhu. Ni maybe sambung kat u yang dekat-dekat je la macam UTM ke. Tengok dulu macam mana.

On the other note, aku tak tahu lagi kerja baru aku ni macam mana. Entah best ke tak. Tapi so far macam best. Harini dapat email dari general manager kat sana suruh aku datang ke Perth middle of next month. Oh sebab company ni based kat Australia entah-entah lepasni Perth tu jadi kampung aku je. bahaha kemain berangan.

Oklah tu je nak cerita. bye.



2 comments:

  1. Wow perth peginyer. Moga dipermudahkan ye Fieda. Kita pon kadang rasa nak berenti je hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau komitmen tak banyak boleh je berhenti dulu sementara cari kerja lain. tapi biasa kalau dah berhenti mesti malas nak kerja balik. bahaha. tq eka..

      Delete