Lung Infection

Friday, April 15, 2016

Anak aku baru je discharged Selasa lepas 12/4/16. Warded sebab lung infection. Jangan tanya aku macam mana boleh kena lung infection sebab aku pun tak tahu dan aku pun tak tanya kat doktor kenapa.

Tapi yang pasti, dia mula dengan demam.

First day balik dari nursery Selasa petang tu dia batuk. Aku anggap normal sebab biasa la musim kan sekarang.

Second day, Rabu tu aku hantar dia pagi tu badan macam dah dedar sikit tapi aku tak cek suhu sebab anggap macam takde pape. Tengah hari lepas lunch, akak nursery call aku cakap Irfan demam. Dia takut suhu makin naik so aku pun pergi ambik Irfan terus bawak ke hospital.

Tunggu turn jumpa doktor.
Kat hospital cek suhu 39+ so terus masuk ubat bontot. Bila sampai turn jumpa doktor suhu dia dah turun ke 37+. Doktor cek semua dan bagi ubat batuk, demam dan sakit tekak. Doktor bagi masa 3 hari if tak ok kena datang balik hospital cek darah.

Malam tidur dengan tuala basah. Dia tak suka cool fever atau apa-apa pun. Ni dia bagi letak tuala sebab dah tak selesa sangat kot.
Third day, Khamis aku ambik EL sepanjang hari jaga dia sebab dia demam. Masa ni suhu dia turun kalau makan ubat. Habis je kesan ubat lepas 6 jam suhu dia naik 37+ balik. Irfan pun dah taknak makan taknak minum. Minum kalau haus sangat je tu pun macam seteguk camtu je minum air masak. Tidur malam suhu jejak 38+ so ubat tu aku bagi every 4 hours sebab suhu tinggi sangat. Alhamdulillah dapat survived malam tu sebab aku pun tidurkan dia tak pakai baju. Badan dia berbalut dengan tuala basah je. Malam tu husband aku sampai so lega sikit sebab dah ada backup.

Pagi-pagi lepas mandi dah start mengaruk.

Tengah hari pun sama. Nak melekat je.

Petang dia macam ok sikit. Nak minum susu.
Malam tidur tak pakai baju. Balut dengan kain basah.
Fourth day, Jumaat aku pergi kerja macam biasa. Irfan duduk rumah dengan daddy dia. Masa ni demam macam dah tak kuat sangat. Tapi still ada demam. Kitaorang pun ragu-ragu nak bawak dia ke hospital ke tak sebab sepatutnya dah kena bawak bila masuk hari ke-empat tapi dia macam ok. Bila daddy dia kata nak bawak ke hospital, dia terus bangun mintak makan minum. Haha kemain propa budak tu. So tak jadi bawak. Kami bagi masa sehari lagi untuk tengok demam dia baik ke tak. Tapi malam tu suhu dia jejak 38+ lagi. Ubat pun makan setiap 4 jam sekali.
Daddy jaga. Puas pujuk baru nak minum susu.
Fifth day, Sabtu so dah kasi chance sebab malam tu suhu dia naik tinggi, bawak jugak dia ke hospital. Aku kerja half day Sabtu jadi daddy dia yang bawak. Cek doktor semua, terus doktor cakap dah ada infection. Lepas discuss dengan doktor, kami agree untuk admit je sebab doktor nak pantau and buat further checkup.

Tunggu turn nak jumpa doktor. Lama giler pergi pagi-pagi lagi tapi tengah hari baru dapat jumpa doktor.
Irfan kena x-ray, ambik darah bagai semua. Result x-ray memang nampak paru-paru dia dah kena infection. Keluar result darah pun sama, confirm infection tapi tak teruk sangat doktor cakap.

So bermula la percutian kami kat hospital. haha

First day, Sabtu admit dalam pukul 2 lebih. Masuk wad, doktor cucuk untuk masukkan drip. Irfan kena drip sebab dia tak makan tak minum. Lagipun dia kena ambik antibiotik untuk dia punya infection tu. Ubat banyak jenis ubat doktor bagi aku pun malas nak ambik tahu sangat sebab semua nurse yang suapkan. haha. Dia kena neb jugak sebab dia berkahak. Malam tu aku yang tidur kat hospital sebab dia hanya benarkan ibu yang jaga malam.

Kepenatan lepas bertarung dengan nurse dengan doktor nak pasang line drip. haha

Bangun tidur makan roti. Memang dia tak makan pun sebenarnya sepanjang hari. Ni sebab lapar sangat kot.
Second day, Ahad kami berdua jaga dia. Rutin macam biasa, still makan ubat, drip, ambik neb. Tapi si Irfan tu kan lasak. Puas la dalam sehari tu entah berpuluh kali nurse kena betulkan line drip dia tu sebab asyik bengkok je tangan dia. Petang tu doktor dah stop drip sebab dia dah boleh makan minum macam biasa dan start ada selera. Dia pakai masa nak masukkan antibiotik je. Masih takde tanda-tanda nak discharge.

Bangun pagi aku mandikan, makan roti. Drip bukak sekejap sebab nak mandi.

Tengok tv.
Petang dia rasa dia dah sihat dia start melasak memanjat merata. haha.
Malam birthday. Sayu hati mama. huhu
Third day, Isnin aku kerja macam biasa. Harini birthday Irfan yang ke-setahun 11/4. Daddy dia yang jaga dia sebab aku jaga malam kan. Pengasuh dia datang melawat jugak haritu. Nenek pon datang dengan pakcik makcik dia sekali. Dah petang tu sebab dia dah start rasa sihat dah melasak bagai, gedebuk jatuh katil! haha. Kau bayangkan la katil hospital tu kan tinggi. Nasib la dia jatuh. Nurse datang cek, doktor datang cek nasib baik semua ok. Irfan still tak boleh discharge sebab paru-paru dia ada bunyi lagi.

Family aku datang melawat.

Malam bawak dia jalan playroom.

Dia rasa dah sihat sangat dah time ni.

Cubaan nak memanjat gelongsor.
Fourth day, Selasa pun aku kerja macam biasa. Daddy dia yang jaga. Alhamdullillah doktor round pagi tu kata paru-paru dia dah tinggal sikit sangat dah bunyi. Dia dah boleh discharge and continue ubat kat rumah je. So doktor uruskan urasan discharge semua, dalam 12 lebih dah settle. Pukul 1 aku datang jemput dia.

Kemain sebab dah dapat discarge. Mandi pun tak sebab seronok sangat. haha
Irfan admit kat Columbia Asia, Cheras under Doktor Hew. Pergi hospital ni je sebab paling dekat dengan rumah dan tempat kerja dalam 5 minit je. Aku bukan banyak duit sangat sesuka hati nak admit kat hospital swasta tapi Irfan ada cover insurance. So urusan bayaran dan bil hospital semua under insurance. Aku sign up dia untuk insurance since umur dia 3 bulan lagi tak silap aku under Great Eastern Takaful.

Total bil haritu untuk 3.5 days (hospital kira 3.5 days) Rm3,600. Time ni rasa bersyukur giler sebab ambik takaful. huhu

Kat Columbia Asia Cheras dia dapat bilik dua orang sebab insurance dia cover sampai bilik harga Rm150 je. So bilik tu harga RM120 jadi ambik bilik tu je la. Boleh upgrade ke single room tapi que ramai giler dan aku pun rasa macam tak kuasa nak tambah duit sendiri untuk upgrade bilik. haha

Sepanjang kat hospital layanan memang tip top. Nurse-nurse semua baik, makan pun sedap! 6 kali sehari ok makan. Nasib baik tak lama sangat kalau tak memang gemuk la. Haha. Oh dia sediakan makanan baby dengan penjaga sekali sebab aku request makanan baby. Kalau tak request dia bagi makanan dewasa je.

Apa lagi nak cerita? Sebenarnya sebab aku rasa nak cakap korang pergi la sign up apa-apa takaful plan kalau belum ada lagi. Bila dah kena macam ni baru rasa nasib baik ada takaful. huhu.

Lepastu kalau tanya aku kenapa Great Eastern? Kenapa bukan Prudential? Sebab Great Eastern boleh bagi aku lagi banyak benefit compare to Prudential dengan nilai yang sama. Aku pernah ambik Prudential, jadi dah nampak beza kat mana. Dan sekarang bila experience dengan Irfan, memang aku rasa keputusan aku tukar ke Great Eastern memang tepat (based on to date ok. haha) sebab semua urusan pantas dan smooth. Kalau nak nombor agen aku boleh email aku ok. hehe

Tu je nak cerita. Tapi nak bagitahu jugak harini Irfan demam balik. Nanti aku update lagi perkembangan dia macam mana.

Doakan Irfan cepat sembuh ok. Bye.




Post a Comment