Wednesday, 27 April 2016

Cerita Pasal My Breastfeeding Journey

Since Irfan dah genap setahun, aku rasa nak cerita sikit pasal breastfeeding journey aku.

Irfan lahir kat private hospital jadi lahir-lahir je dia terus dibawa keluar, takde letak atas badan aku ke apa untuk skin to skin bagi merangsang susu. Dan aku pulak memang tak pesan kat doktor yang aku nak breasfeed baby sebab aku tak tahu. Kawan aku kata kalau beranak kat private hospital kena bagitahu yang kita nak breastfeed baru dia bagi baby ke kita.

Then the next day baru nurse bagi Irfan ke aku untuk aku try susukan baby. Sepanjang malam tu Irfan minum susu formula sebab nurse yang jaga. Aku tidur dengan aman malam tu. haha

Heartbroken? Sikit la sebab dah niat nak bagi susu badan kan tapi being realistic, susu aku pun belum ada lagi masa tu.

Susu keluar lepas seminggu aku bersalin. Ye, memang lambat. Masa tu rasa macam dah risau dah kenapa still takde susu lagi ni. Takde susu yang aku cakap ni memang setitik pun takde tau memang tak keluar langsung even lepas urut ke apa.Dah picit dah memang takde. Jadi sepanjang seminggu  tu memang Irfan minum formula. Hospital bagi sample Friso Gold satu tin masa mula-mula keluar tu jadi aku memang bagi tu je. Aku pun tak pernah survey susu formula sebab konon-konon nak breastfeed kan, jadi aku terima je la apa hospital bagi.

Then lepas seminggu susu dah keluar, makin lama makin banyak. Jadi sepanjang pantang tu memang breastfeed. Ada jugak aku gedik-gedik pam masa dalam pantang dan sekali pam boleh dapat 8oz ke 12oz.

Tapi masatu aku memang tak study langsung pasal breastfeed. Aku tak tahu kena kerap susukan baby untuk increase demand. Totally zero ilmu breastfeeding sebab ingat dia datang naturally. Noob betul. haha

Then habis pantang, balik semula ke rumah. Aku balik awal sikit sebab konon-konon nak pam susu buat stok. Padahal susu yang dipam boleh je bawak travel. Ada cara-cara dia. Nampak sangat kan aku langsung tak ambik tahu?

Aku beli deep freezer sebijik sebab fridge yang ada kat rumah masa tu satu pintu je. Fridge satu pintu tahan berapa lama sangat la susu dalam tu kan. Beli deep freezer sebab nak simpan susu lama.

Tapi beberapa hari lepas aku balik, susu aku drop teruk. Irfan hisap pun sambil marah-marah sebab tak keluar langsung. Aku picit pon kering je. Aku syak masa ni sebab aku berdua je dengan Irfan, aku letih, aku stress buat semua benda sorang.

Then aku decided untuk beli milk booster. So milk booster pertama aku Inayah Milk Bosster. Makan sampai berapa hari, susu aku datang balik, cepat refill tapi tak sebanyak dulu. Tapi dengan gigihnya aku tetap jugak breastfeed Irfan. Guys, bare in mind masa ni pun aku belum study lagi pasal demand and supply, pasal kena ada jadual pam yang konsisten, etc.

Dah start kerja, pumping macam biasa. Gap 3 jam sekali tapi tak berapa nak ikut pun sebab kerja aku memang berlambak-lambak, urgent meeting boleh datang anytime, and so on. Masa ni sekali pam paling sikit dapat 6oz. Tapi mostly 8oz ke atas.

Lepastu aku gedik pulak try Umma Lacto. Ni best! Memang nampak beza susu increase. Tapi lepas beberap kotak, sama jugak susu makin kurang dari biasa. Sebab apa? Sebab masa ni pun belum strudy pasal demand and supply. Bergantung kat milk booster semata-mata. Dan juga tak jaga jadual pam. Masa ni memang hectic kat office kerja menderu-deru masuk. Dengan stress lagi nak kena handle kerja dan anak seorang diri. huhu

Start bulan puasa (aku start kerja 2 minggu sebelum puasa tak silap), dah tak dapat nak kejar demand. Masa ni still consume Umma Lacto. Demand sehari Irfan 15oz. Jarang la aku dapat 15oz tu, biasanya 8oz, 10oz, 13oz untuk 3 kali pam kat ofis. So topup dengan susu dalam freezer. Genap sebulan, freezer pun licin. haha

Then lepas puasa, husband aku ada kat Malaysia sebab dah balik sini. Jadi dia yang jaga Irfan sepanjang lebih kurang 3 bulan. Jadi dia yang control susu Irfan bagi cukup sementara aku struggle mengepam nak cukupkan demand. Masa ni dah ada ilmu sikit pasal breastfeeding sebab dah terdesak kan. Irfan masa ni minum lebih kurang 9oz ke 10oz je sehari sebab husband aku pandai pujuk. Takdelah dia nangis terus sumbat susu. Come to think about it aku rasa macam selfish giler aku time ni kengkonon taknak anak minum susu formula sampai catu susu anak camtu sekali. Dah la dia bergantung hidup kat susu je sebab tu je makanan dia. huhu. Biasa la, pengalaman mematangkan kita.

Irfan umur 8 bulan macam tu kalau tak silap, husband aku dah start kerja kat Johor, jadi Irfan aku hantar ke nursery macam biasa. Masa ni pam boleh dapat 15oz tapi Irfan punya demand increase ke 18oz sehari. Kadang-kadang kalau time tak cukup, akak pengasuh tu suruh aku datang ambik Irfan bawak balik. huhu

So sebab aku rasa hidup aku terbeban sangat masa ni, nak susukan Irfan tapi susu tak cukup, kat rumah memang takkan sempat nak pam sebab Irfan melekat sepanjang masa, and so on. Aku rasa orang yang jaga anak sorang, anak super clingy, kerja hectic nak mati je kot baru tahu apa perasaan aku masa ni.

Aku decided untuk campur dengan formula. Masa ni aku fikir lantakkan apa orang kata, orang tak duduk tempat aku, tak tahu aku punya struggle macam mana. Jadi aku beli Frisolac, bagi kat pengasuh. Masa ni aku boleh bekalkan Irfan dalam 10oz sehari paling kurang. Balance topup dengan formula.

Alhamdulillah, hidup aku kembali tenang dan terurus sikit lepas aku belajar untuk let go sikit beban tu. Dan aku kembali happy, susu pun tak payah struggle senang-senang boleh dapat 9oz ke 10oz at least. Kadang Irfan topup susu formula satu kali feeding je. Kadang tak langsung.

See? Bila aku belajar let go susu tu datang sendiri sebab aku dah tak stress kejar demand. haha. Mati aku kena kecam dengan mak-mak yang anti formula kalau diaorang baca statement aku ni. Bukan apa, sebelum ni aku terlalu terpengaruh, no formula untuk anak sampaikan diri sendiri stress macam nak mati. I've been there dan aku nampak kesan dia macam mana kat mental aku. huhu

Sambung, bila aku dan start topup formula, aku sign up coaching dengan Asiah Maharam untuk naikkan balik supply aku. Niat aku masa tu aku topup formula untuk sementara je. Bila dan personal coaching, dia ajar macam mana nak increase demand, tapi kena buat rutin yang sama dalam masa seminggu.

Guys, aku memang tak pernah dapat stick to jadual tu sampai seminggu. Sebab kerja aku ni memang unpredictable. Jangan ingat aku kerja office duduk goyang kaki depan PC dari 9-5 senang-senang camtu je. Paling berjaya aku ikut pun sampai hari ke-4 lepastu jadual ke laut balik. So kena start balik dari hari first. Sampai ke sudah berbulan-bulan aku tak pernah complete 7 hari straight. Seriously. huhu

Tapi sepanjang aku buat tu, memang supply bertambah. Berkesan cara yang dia ajar tu. Cuma sebab aku tak pernah complete 7 hari sampai sekarang, jadi aku takde dah contact dia balik untuk step seterusnya.

Jadi sebab dah panjang sangat cerita ni aku make it short. Irfan still campur dengan formula. Tapi demand dia pun dah berkurang, kuantiti yang aku dapat masa pam pun makin berkurang. Dia kan dah banyak makan dan minum air masak je sekarang.

Kalau dia dengan aku, memang dia taknak botol la, nak direct je. Jadi on weekend dia memang fully breastfeed la takde campur formula langsung. Apa pun yang berlaku, aku bersyukur aku dapat susukan dia sampai umur setahun dah even topup dengan formula. Tak kisah la apa orang nak kata, bukan diorang yang duduk tempat aku. Bukan diorang yang struggle untuk aku. huhu

Aku punya target nak susukan dia selama yang boleh. Jadi even supply aku tak berapa banyak, still aku akan make sure cukup untuk susukan dia sampai dia dah rasa taknak. Aku still pam ikut jadual macam biasa regardless berapa banyak yang aku dapat. I have to, sebab aku nak maintain supply untuk Irfan bila dia dengan aku.

Breastfeed kena ada ilmu. Cari la ilmu, sebab dulu aku tak cari langsung.
Breastfeed ikut kemampuan diri. Jangan terpengaruh dengan pemikiran orang keliling, sebab yang tanggung bukan diorang, diri kita yang tanggung semua tu.

Lesson learnt.

So, how's your breastfeeding journey?

4 comments:

  1. Hia Fieda. Kita pon nak ceirta. Kita start ada suus masa hari ke 4 bersalin selepas urut dgn mak bidan. Mula2 tu nurse kat hosp ada round ward masa slpas bersalin n ajar cara2 lekapan n posisi yg betul.Masa tu rasa mcm oooooooo camni.. Niat nak breastfeed tu.

    Bagi Adra nen sampai luka2 nipple sebab masih hard lagi. Memang sakit sngat2. Stiap kali menyusukan je pegang tangan husband. Kuat2. Tapi tak lama. Dalam 3 weeks baru baik.

    Masa tu. kebetulan kita up entry kat blog. Then kawan add dalam group bfmembers. Dari situ la belajar n baca. Barula tahu demand and supply.
    Cara urus susu bla bla bla.

    Dalam pantang direct feed. Buat stock masa lagi smggu nak masuk keja. Hahaha sebab banyak main. Lagipun pam pinjam adik. Brand snowbear.

    Kelam kabut pam. ALhamdulillah semua berjalan lancar. Satu mnggu tu kita bole kumpul dalam 130 oz. Pergh peti ais umah mak penuh. Skali pam 8 oz. Tak pernah belas2 oz. Demand dia kecik.

    Sampailah masa Adra umur 7 bulan. SUsu perlahan2 drop. dari 8 jadi 6. dari 6 jadi 4. Kita rasa nak tukar pam baru. Beli s9+. Lama gak nak serasi. Sebulan kot baru dapat hasil 6-7 oz kembali. Bila Adra dah 11 bulan. Drop balikkk. Aaaaa. Sampailah skang. Sekali pam 3 oz. Sekali pam 2 oz. Campur gak la skang. Mak n adik yg urus susu. Tambah fm dalam satu dua sesi utk pastikan susu cukup sampai jumaat. Skang ni semnggu boleh dapat dalam 40-50 oz je fieda. besar beza dia. Harapla sampai 2 tahun.

    AMboi panjang macam dia punya entry hahahaha

    ReplyDelete
  2. tetibe neves la pulak. hahaha. ala share la jadual pam ittew. aku baru nak msg2 ko nnt tanya jadual pam. kikiki. haritu ada gak try2 picit breast. dah keluar kaler kuning cair. sikit je la tapi. harap2 ada la susu sebab aku pon tak ushar susu langsung.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Wah mcm mcm cerita sy baca pasal menyusu ni. Hmm mcm manalah agaknya waktu sy nak bf nanti. Tak sabar + nervoous pon ada. tpi kita untung lah sekarang kan, ada internet nak belajar, pam n milkbooster pon dah byk dekat pasaran. Sy pon nak try milkbooster. hmm ada jugak search kat FB pasal milkbooster, jumpa Pump It. Rare betul sbb just sapu jer dekat boobs kita nak naikkan amount susu.hahaha tapi mcm best pon ada. ada sesiapa penah cuba ke?

    ReplyDelete