Friday, 1 April 2016

Cerita pasal ayam dan babi

Terasa nak sembang kosong sebab bosan nak siapkan design ni. huhu

Cerita pasal kerja, haritu aku cuti 3 minggu, balik kampung buat apa yang patut sebab aku nak resign bos tak bagi. Tak faham la kenapa tak bagi. Cari je la orang lain replace. huhu

Then sepanjang cuti 3 minggu tu, banyak projek baru masuk. I mean a lot! Email aku berlambak-lambak lagi aku belom khatam baca. Then aku pun tengah digest lagi apa yang berlaku sepanjang aku cuti 3 minggu tu. Sebab takde masa nak go through email satu-satu, so aku agak lost bila client call cakap pasal projek diorang. Memang confirm kena khatam and study semua benda cepat-cepat ni.

Being in agriculture business, company aku memang tak pernah putus dengan projek. Sebab apa? Sebab pertanian merangkumi penternakan kan? Semuaaaa orang makan ayam, itik, kambing, lembu, even babi bagai tu. So sekarang kami specialist buat reban/kandang atau apa sahaja tempat orang bela binatang-binatang tu.

Trust me, kalau korang tak pernah involved dan tak pernah ambik tahu pasal bidang ni, korang mesti surprised tengok reban ayam bapak besar siap aicond bagai. haha. That is how farmers besar ternak binatang. Bukan macam pertanian kat kampung-kampung tu. Kita cakap pasal big market ok, malaysia, asia, etc. And Malaysia punya halal certificate memang well certified so thats why big farmers memang cari peluang untuk bina reban diorang kat Malaysia.

Apa kena mengena dengan aku? Company aku design and build structur bangunan tu. So stuck la aku kat sini forever main dengan ayam, lembu, kambing itik bagai. haha. Kalau cerita pasal ayam dan babi memang aku terer lah. Jangan tipu aku! haha

Bukan setakat tu, kami jugak bina factory-factory untuk agro product macam cold room (tempat proses daging jadi nugget etc), hatchery (tempat tetaskan telur ayam) dan sebagainya. Apa-apa yang berkaitan la. Memang semua buat.

Cakap pasal ayam telur, korang tahu tak ayam tak perlu 'bersama' jantan dan betina untuk betina tu hasilkan telur. Macam manusia kan kena 'bersama' baru dapat anak kan? Ayam tak! Ayam boleh bertelur tanpa 'bersama'.

Ayam telur ni kita panggil layer. Jadi apa yang kita buat untuk jadikan ayam ni bertelur? Dalam reban ayam tu diorang pasang speaker dan dengarkan recorded ayam jantan punya kokokan. Then lepas dengar, ayam betina tu akan bertelur. Amazing kan? Dengar je boleh bertelur. haha. Tapi takdelah setiap jam dia pasang. Ada mati ayam betina tu kang nak bertelur. haha. Sekali sehari je tak silap aku. Then what happen lepas ayam telur ni dah tak dapat hasilkan telur? Tu yang korang duk beli ayam pencen kat pasar tu ayam telur la asalnya. Dia dah pencen dari bertelur. haha

Tapi sebab ayam ni tak pernah 'bersama' jadi telur dia tak boleh menetas sebab takde embrio kat dalam. Kau jangan la pulak pergi masukkan telur ayam telur dalam hatchery, confirm tak menetas la. Telur yang menetas tu kena ada embrio which means ayam jantan dan betina kena 'bersama', hasilkan telur baru boleh dapat anak ayam. Tu kita panggil ayam dalam kategori breeder.

Yang ayam daging korang duk makan tu namanya broiler. Malas cerita pasal broiler. Nothing special. Cuma nak cakap kalau broiler, ayam yang korang makan tu umur average 30hari depends on berapa berat ayam yang korang nak. Maksudnya 30hari lepas diorag menetas, diorang dah ready untuk dimakan.

Babi yang diternak pulak pun takde 'bersama' secara semulajadi. Konsepnya sama jugak, cuma bezanya kat sini babi jantan dan babi betina akan diletak dalam satu kandang, tapi with their own cage. Maknaanye seperate. Diorang cuma boleh pandang each other dari jauh.

Macam mana diorang hasilkan anak babi? Bila babi jantan dan betina duduk dalam satu kandang, diorang tertarik dengan bau masing-masing. Lepastu diorang buat bunyi. Lepastu terangsang. Lepastu petugas akan ambik semen dari babi jantan, inject ke babi betina. Then babi betina bunting. Pindah ke kandang lain. Ringkasnya macam tu sebab aku dah malas nak taip.

So best tak cerita ayam dan babi aku? Seronok jugak merepek. haha

Bye.




1 comment:

  1. hahahahah weiii lawak gila ahh fida. Seronok pulak dgr pengalaman keje awak. Paling syiok part ayam dgr bunyi kokokan tu. Hahaha. trus bunting.

    Fida betul ke ayam kene inject? Mohon pencerahan

    ReplyDelete