Birthday Irfan Hamad yang ke se-tahun

Friday, April 29, 2016

Birthday Irfan 11.4.16 haritu jadi ni cerita versi throwback. hehe

Sebab Irfan admitted due to lung infection, jadi kami celebrate birthday dia lambat sehari (lepas discharged) dari tarikh asal.

Kek dia memang dah tempah awal dah sebab plannya nak hantar ke nursery biar dia celebrate dengan kawan-kawan dia. Aku order cupcake, cream puff dengan brownies untuk birthday dia.

Jadi lepas dia discharged tu kitaorang bawak dia ke nursery untuk celebrate sebab takut nak simpan lama kek dia. Hari Ahad lagi kawan aku dah hantar kek tu. Patutnya celebrate Isnin tapi tuan empunya badan dapat keluar hari Selasa, jadi berhari-hari jugak la simpan kek tu. haha


So ni rupa his first birthday cake. Aku mintak tema safari sebab Irfan suka sangat binatang! hehe.


Ni pulak pengasuh-pengasuh dia dengan kawan-kawan dia kat sana. Tak ramai yang ada hari tu sebab ramai yang tak sihat, jadi diorang tak datang. huhu. Tengok la muka Irfan kemain excited nampak kek. haha


Baru boleh dapat proper photo sikit. kiki


Lepas dah nyanyi-nyanyi tiup lilin semua pakat ambik sorang sebijik cupcake. Memang sengaja beli cupcake senang budak-budak nak makan. Bagi jugak Irfan rasa kek birthday dia yang pertama. hihi


Kemain suka dapat makan kek! Selama ni memang mama tak bagi kan makan benda-benda merepek. Prinsip mama no salt no sugar sampai umur 2 tahun katanya. Tapi sempena birthday mama bagi la rasa sikit :p .


The three of us. Hari tu daddy jadi photgrapher. Siap orang kena nyanyi birthday song dua kali sebab daddy lupa nak record masa nyanyi kali pertama tu. Ala video malas nak share :D .


Ha, lepas celebrate birthday, kami ke jusco. Paw daddy hadiah birthday! bahaha.


So hadiah birthday adalah sweater yang Irfan pakai tu! haha. Sebab dah aim nak beli sweater since kami selalu travel naik public transport takut Irfan sejuk. Tapi tetiba sweater jadi hadiah birthday. Ok jugak la Irfan dari takde kan.

Mama je tak belikan Irfan apa-apa sempena birthday. Dah jalan-jalan nampak kasut superman cantik tapi takde size pulak, so melepas la. Jimat duit mama. Kahkahkah

Ok, jumpa lagi di next birthday!
Kalau nak baca pengalaman aku lahirkan Irfan kat sini.

1 comment

  1. Happy bday Irfan hensem boyyy. Nak jadi nantu acik tak? hahaha. Cheat day la mama, makan kek. hehe

    Smoga Irfan mmbesar jadi anak yg soleh, yg bijak, yg baik. Muahh

    ReplyDelete