Friday, 8 April 2016

Betul ke ayam yang kita makan tu kena inject? Betul ke tak boleh makan kepak ayam?

Boleh tahan mendapat sambuatan jugak entri aku pasal ayam dan babi tu. haha. Tak sangka aku boleh cerita benda berunsur ilmiah dalam ni. lol

Ok semenj dulu lagi ramai yang tanya aku betul ke ayam yang kita makan tu kena inject nak bagi cepat besar? Betul ke kepak ayam tu tak boleh makan sebab diorang inject kat situ?

Sebenarnya benda-benda inject ni aku dengar dari kecik lagi. Zaman kanak-kanak hingusan masa tu tahun 90-an. Tak tahu la benda ni wujud dari bila.

Menjawab persoalan korang pasal inject ke tak inject ni, sepanjang aku berkecimpung dalam bidang pembinaan rumah ayam (cewah! haha), semua tu MEREPEK!

Gittew ha. Merepek! Entah mana diorang dapat cerita macam tu. Diorang pernah tengok ke? Ke cerita dari mulut ke mulut je?

Ok macam ni, since aku dah bekerja dengan farmers-farmers besar dari dalam dan luar negara, memang aku dengan yakinnya cakap ayam tu semua diorang tak inject!

Mari kita bayangkan size rumah ayam biasa, 15m lebar kali 120m panjang yang boleh memuatkan lebih kurang 20k ke 25k ekor ayam dalam satu-satu masa. Dah dapat bayang? 20k ke 25k dalam satu rumah? Dalam satu farm pulak kebiasannya big farmers diorang akan buat paling kurang 10 bijik rumah. Jadi roughly total satu farm ada 200k ke 250k ekor ayam.

Kau rasa larat tak doktor veterinar ataupon let say orang biasa nak inject 20k ayam tu? Mati la patah la tangan diorang. Lepastu dah inject nak kena tanda pulak mana yang dah inject mana yang belum inject. Kau rasa cemana kau nak asingkan ayam dalam reban tu? haha. Lepastu kau rasa berapa lama nak habis inject semua ayam dalam satu rumah tu? Berapa lama nak habis inject untuk satu farm?

Jadi kalau nak create cerita pun biar logik. Aku nak marah betol bila dengar orang kata tak boleh makan ayam sebab ayam inject. huhu

Jadi kesimpulannya, ayam TAKDE yang kena inject. Ni apply untuk ayam ternakan la ye. Ayam untuk research aku tak tahu.

TAPIIIII,,,

Kau kena tahu, makanan ayam tu diorang boleh customize ikut jenis-jenis ayam. Kan ada banyak jenis ayam yang aku cerita sebelum ni kan? Ada broiler, breeder, layer.

Kita ambik contoh broiler (ayam daging), diorang memang ada tambah vitamin-vitamin bagai untuk buatkan ayam tu cepat membesar, cepat gemuk. Macam manusia makan macam-macam makanan untuk kesihatan bagai tu, ayam pun ada. Dan dalam air dia pun tak silap aku memang ada letak macam vaksin ke apa tah untuk elakkan ayam tu mudah kena penyakit.

Gitteww. Jadi tak inject. In terms of makanan, yes diorang ada bagi makanan yang diorang dah tambah macam-macam.

Jadi takut ke nak makan ayam tu semua? Entah la, bagi aku everything is safe. Aku tak risau sangat pun sebab diorang bukan modified genetik ke apa bagi cepat besar. Bagi aku, macam korang nak gemuk, makan vitamin apa bagai, jadi la gemuk. Same goes to ayam-ayam tu.

Dah la diorang punya rutin dalam tu makan tidur makan tidur je. Ada timer yang akan control masa bila bukak lampu masa bila tutup lampu. Dalam rumah ayam memang takde cahaya dari luar langsung ok. Cahaya dari lampu dalam rumah je so ayam tu tak tahu bila malam bila siang.

So kepak ayam boleh makan ke tak? Kalau kau rasa kau taknak makan kepak ayam, jangan merepek sangat boleh? Kalau taknak makan tu tak payah makan semua. Sebab semua benda yang ayam makan tu bukan pergi ke kepak je, ke semua bahagian. Jadi jangan makan semua la. haha

Dah terjawab persoalan korang?

Tu belum lagi aku cerita pasal makanan ayam jantan dengan makanan ayam betina lain-lain sebab ayam jantan makan untuk hasilkan sperm yang berkualiti, ayam betina makan untuk hasilkan ovum (whatever aku tak tahu betul ke ovum kalau untuk ayam? haha) yang berkualiti. Tapi bila duduk serumah macam mana ayam jantan tahu tu makanan dia, dan tak termakan makanan ayam betina?

Itu tunggu next cerita kalau aku rajin. hehe

Kbai.



1 comment:

  1. Hahaha kita pon tefikir gitu. Takkan la nak inject sesekor. Paham dah. Dlm mknn diorang. Pak mertua bela ayam. Sllu tgok dia bg mkn ayam dgn dedak ayam n jagung. Ade yg liat gak muahaha

    ReplyDelete