Tuesday, 23 February 2016

Normal Facial at Sri Sari Spa

Ahad haritu ada orang belanja facial sebagai hadiah birthday kite. Kiranya hadiah belated birthday la ni. hihi. Ya ampunnnn setelah 2 tahun tak facial, akhirnya dapat jugak buat facial! Fuhhhh

Aku rasa muka aku ni dah macam apa dah. Blackheads and whiteheads everywhere! Kalau guna pore pack tu bukan berkesan pun. Gebang je lebih tapi yang keluar sikit je. huhu. Last aku facial sebelum kahwin haritu. Tu pun terlambat buat, 3 hari sebelum nikah baru buat. Nasib sempat hilang segala merah-merah lepas kena picit. haha

So, kawan aku pilih Sri Sari Spa sebab dekat. Kiteorang tak payah travel jauh-jauh semata-mata nak facial. kihkihkih. Dak Irfan aku sub ke member seorang lagi tolong jaga masa kiteorang facial tu.

Masa sampai tu kena pilih pakej mana yang nak. Yang normal facial ni RM50 je. Aku rasa murah la untuk harga Shah Alam. hehe. Lepastu kena isi form yang saaangat panjang (bertabahlah kalau korang nak pergi). haha

Then kiteorang dapat bilik double sebab datang berdua dengan kawan kan. Tapi nama je double, bukan kiteorang bersembang pun kat dalam tu. haha

Ni biliknya. Tapi ambik gambar katil aku je la :p

Suka bilik dia! Cozy je memang tertidur-tidur aku dalam tu. hehe. Then proceed to step-step facial macam biasa la. Cuci, scrub, steam, extraction, pakai mask, shoulder massage. Gitu seingat aku step dia. 

Setiap spa cara dia lain-lain kan. Macam kat sini masa extraction tu dia pakai besi. Aku tak berapa gemar la kalau pakai besi tu. Aku prefer picit and sedut tapi normal facial memang takde sedut. Tak tahu la kat sini ada buat ke tak sedut tu. huhu

Kiteorang lepas facial. Jelita tak? Kahkahkah

Ok sebenarnya perempuan ni yang belanja.

Jelita tak perempuan ni lepas facial? (Aku rasa lepasni dia maki aku. bahahaha)

Therapist yang buat muka aku. Tak ingat nama. LOL

Therapist yang buat muka kawan aku. Tak ingat nama jugak.LOL

Dah siap facail tu kena isi form lagi sekali untuk evaluate therapist korang. Overall aku suka. Therapist dia semua friendly-friendly. Decoration menarik! Penuh dengan barang-barang lama. Korang tengok sendiri background gambar tu.

Produk yang diorang guna pun natural product. Aku curi-curi tengok diorang guna product aloe vera yang Forever Living tu tak silap aku. Ke yang Amway punya. Tak pasti la. Tapi base aloe vera la.

Lepas dah siap facial muka jadi lembut sangat! Aku suka la product tu. Tak berminyak, tak melekit. Yes, aku ada experience yang pergi facial tapi bila dah siap, aku keluar je minyak penuh bertong-tong kat muka ni. Dan tak bersih langsung. huhu

Oh lagi satu, kat sini dia takde adegan pujuk memujuk suruh korang sign up pakej ke apa. Tak sure dia provide jenis-jenis pakej yang sign up tu ke tak, tapi memang diorag takde paksa suruh ambik pakej la. Most of the tempat yang aku pergi memang jenuh nak menolak bila diorang duk promota pakej tu. huhu

Kalau tanya aku akan datang lagi ke tak ke sini? Of course I will! Aku suka servis dia. Harga pun berpatutan. Boleh la kalau korang nak cuba. hihi

    Address: No. 40, Jalan Rugby 13/30, Tradisma Business Park, Selangor, 40100 Shah Alam, Malaysia

Aku ambik kat google je tu alamat dengan nombor fon. Tapi rasanya betul dah. haha. Landmark lain, sebelah Toran Coffee dengan Pak Anjang Beriani, Seksyen 13, Shah alam.

Kbai guys!

No comments:

Post a Comment