Tuesday, 2 February 2016

Hadiah Birthday Yang ke-28 Tahun

Semalam (lampat habiskan draft :p) birthday aku yang ke-28 tahun. Lagi dua tahun nak ke 3 series. haha

Apa yang berlaku sepanjang hari pada 27 Januari 2016?


  • Husband call pukul 12 malam wish birthday, sembang-sembang sekejap. Lepastu aku masuk tidur.



  • Esok pagi pergi kerja macam biasa. Kat tempat kerja kawan-kawan wish happy birthday. Takde kek tahun ni. Mungkin semua orang dah malas nak celebrate. haha



  • Petang habis kerja pukul 6, pergi ambik Irfan kat nursery. On the way ke nursery jalan jem, lepas ambik Irfan nak balik rumah pun jalan jem. Pukul 6.45pm lebih kurang aku sampai rumah.


Surprisingly, hadiah birthday dah menunggu depan mata. Teka aku dapat apa?

RUMAH AKU KENA PECAH MASUK LAGI!!!!!!

Giler tak?Fuhh menyirap darah makcik ni ha. Giler ke apa baru berapa bulan lepas kena, ni kena lagi. Yang haritu punya cerita Part 1Part 2Part 3. Kau tengok date dia bila. November kan? Baru 2 bulan lepas je. Aku mintak-mintak la orang yang pecah masuk rumah aku tu badan berkecai kena langgar lori. Baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah. huhu

-----------------------------------------------------
Cerita dari jiran sebelah rumah.

Pukul 5 petang dia dengar bunyi bising orang tengah hentam pintu rumah aku. Dia keluar sebab pelik dan dia tahu masa tu bukan masa aku ada kat rumah. Then dia nampak ada lelaki tengah hentam mangga rumah aku. Lelaki tu nampak jiran aku, lepatu dia cabut. So jiran aku masuk rumah balik. Dia tahu yang tadi tu mesti orang nak pecah rumah.

Tak lama lepas tu dia dengar bunyi hentam lagi sekali. Fuh rupanya lelaki tu datang balik. Giler tak? Sanggup dia dtang balik sedangkan orang dah tahu dia nak masuk rumah aku. Jiran aku terus masuk dalam rumah dia, call polis. Dia kata lama jugak nak tunggu polis sampai. Dah tunggu 10 minit macam tu pun polis tak sampai lagi. Dia pulak memang tak berani la kan nak pergi berdepan dengan lelaki tu. Kau faham-faham la undang-undang kat Malaysia ni macam mana kan. huhu

So cerita dia sampai situ. Dia tolong call polis je.

Cerita dari jiran depan rumah.

Jiran aku yang depan rumah memang balik kerja awal. Dia sampai depan rumah dia masa nak bukak pagar tu dia nampak ada kereta tak dikenali depan rumah aku. Kereta jenis peugeot kaler gelap. Dia nampak pintu pagar terbukak dan pintu grill rumah terbukak.

Dia masuk dalam rumah dia, tutup pagar semua. Then sebab dia syak something wrong, dia buat-buat la sidai kain dalam rumah dia sambil mata dok perhati rumah aku.

Dia nampak yang dalam kereta tu lelaki cina. Yang dalam rumah lelaki badal gempal. Tak berapa sure cina ke melayu tapi mungkin jugak cina dia kata. Tiba-tiba dia nampak lelaki yang dalam rumah tu meluru keluar, masuk dalam kereta. Kereta pulak memang dah bergerak dulu sebelum lelaki tu masuk betul-betul.

Then dia nampak kereta polis. So kereta polis tu selisih dengan kereta orang yang pecah rumah tu tadi. Sempat polis kejar, tapi tak lama lepas tu polis datang balik ke rumah aku. Jiran aku marah la apesal tak dapat tangkap. Polis kata sebab ada kereta block kat depan.

See? Rasanya memang ada tukang jaga line kat depan. Sebab polis pun tak pasang siren masa datang tu. Macam mana lelaki tu boleh tiba-tiba meluru keluar kan. huhu

Cerita dari pegawai polis.

Lepas dah setel prosedur kat rumah, aku ke balai polis untuk buat report. Gedik-gedik tanya takkan tak dapat tangkap kot sedangkan ni dah kali kedua rumah aku kena.

Polis cakap, dia syak lelaki tu orang kawasan tu jugak. Sebab masa selisih dengan anggota diorang tadi tu diorang perasan muka lelaki tu. Polis dah ke rumah lelaki tu tapi lelaki tu tak balik.

Dia cakap, sebenarnya yang tukang pecah rumah tu adik beradik. Diorang berdua memang datang dari keluarga bermasalah. Dah banyak kali keluar masuk lokap sebab kes pecah rumah. Tak abang yang masuk, adik yang masuk. Diorang gilir-gilir. Mak ayah diorang pun tak boleh nak buat apa dah memang tunggu diorang mati je.

Hah, gitu.
-----------------------------------------------------
Giler la camni kalau diorang tu dah conquer kawasan tu memang betol la tunggu diorang mati je baru semua setel. Kalau tak memang keep on kena pecah je la rumah aku. huhu

By the way, polis dapat banyak cap jari kali ni. Compare to last time memang tak dapat pape bukti. Tapi kali ni takde benda hilang. Dia sempat ambik kotak iphone dengan kotak ipad je. Kotak tu pun kosong je. Tapi tetap sakit hati la kan apesal nak pecahkan rumah aku. Bongok betul. Kena beli mangga baru, welding sliding gate, betulkan sliding door. Haishh

Benda nak jadi kan. Terima je la. huhu




Tengok la hasil 'seni' diorang. Menyakitkan hati kan. huhu

Kbai tu je nak cerita.


No comments:

Post a Comment