Monday, 18 January 2016

Cara Cuci Botol Susu Bayi & Tips Jimat

Banyak benda nak share berkenaan barang-barang yang ok dan tak ok based on aku punya experience. Maybe boleh bantu orang-orang yang memerlukan. Hehe

Kita mulakan dengan cara cuci botol susu. Haritu, aku ternampak orang share artikel dari majalah mengenai cara yang betul untuk cuci botol susu baby. Bila baca, hurmm sebenarnya memang aku cuci cara macam tu. Selama ni memang ikut common sense je la, tapi agak-agak betul la tu kalau ikut artikel tu. Tetiba rasa macam bijak pulak bila cara aku tu betul. Kahkahkah. Ok, meh nak cerita.

Cara cuci botol susu baby, ikut aku punya common sense. kihkihkih 

1) Guna sabun khas untuk cuci botol susu. 
Sabun ni kau boleh beli kat mana-mana kedai memang kebiasaannya senang nak dapat. The reason why kau kena pakai sabun khas untuk cuci botol susu is sabun biasa yang kita guna untuk cuci pinggan mangkuk tu banyak chemical. Compare to sabun khas cuci botol susu baby, sabun ni mild, natural, gitu la lebih kurang apa dia tulis kat botol. Baca la sendiri masa nak beli tu. Haha. Then, aku pernah try cuci botol susu pakai sabun cuci pinggan biasa yang glo pekat tu, and aku rasa tak best. Sebab dia tak dapat tanggalkan minyak pada botol susu sepenuhnya. Bila kau bilas botol tu kan, kau akan still rasa dalam botol susu tu berminyak. Kalau pakai sabun cuci botol, minyak tu senang je hilang. 

Tips jimat.
Aku guna brand baby kiko. Yang ni aku beli kat jusco je. Lepas aku compare-compare dengan brand lain macam pureen, pigeon, etc, ni yang paling murah. Dua botol 750ml boleh dapat harga RM30. Kalau bernasib baik time jusco ada buat sale lagi la dapat murah. Dan hasil cucian dia memang sangat puas hati. Ni based on pengalaman aku, tapi korang try-try la jugak survey kot korang jumpa lagi murah. Huhu


 

2) Cuci botol susu dengan air suam. 
Reason ikot aku punya common sense, air suam boleh kill the germs, dilute sabun dengan baik, kotoran senang hilang. All this while memang aku cuci dengan air suam. Dan kalau ikut artikel tu pun dia suruh cuci dengan air suam. Reason dia aku tak ingat. Haha. Cara aku, aku ambik besen kecik, picit seberapa banyak sabun ikot suka hati aku, lepastu dilute sabun dengan air suam. Then masukkan botol dalam besen yang berisi air suam tu. Lepastu berus la sesuka hati. Cara macam ni menjimatkan kuantiti sabun yang kau guna dan kau akan rasa botol susu tu lagi bersih compare to kalau kau cuci dengan air paip biasa.

Takde gambar. Tengok kalau aku rajin aku snap photo aku update.lol

3) Guna berus botol susu yang bersesuaian.
Kalau korang guna berus yang jenis bulu-bulu ada span kat hujung tu tapi selalu kena ganti berus and botol calar balar, maybe korang boleh consider guna berus jenis yang macam aku guna ni.

 

Jenis yang fully sponge. Aku beli brand Anakku. Yang ni dia memang ada jual replacement kalau span tu dah rosak. Aku memang puas hati dengan berus ni compare to berus bulu-bulu biasa tu. Dulu masa pakai berus bulu-bulu biasa tu kerja aku memang beli berus je la. Selalu la rosaknya. Kadang span tercabut, kadang bulu dia dah tak kembang. Macam-macam la. Sebulan tu boleh kata banyak kali jugak aku beli berus. Then bila aku try jenis ni, memang puas hati! Senang guna sebab dia boleh rotate 360 degree. Lepastu sebab dia fully sponge, dia punya hasil cucian lagi bersih compare to bulu-bulu biasa. Try la, tak pandai nak explain tapi hasil cucian memang berbeza. Dan sangat senang guna!   Then aku beli jugak yang jenis macam kaler pink tu untuk berus mana-mana part yang perlu. Combination dua jenis berus ni memang bertepatan dengan citarasa aku. Hehe. Yang paling kiri tu berus untuk puting. Mahal nak mati harganya. 2pcs tu RM30. huhu. Tapi aku beli je sebab rasa macam best. Unfortunately aku rasa biasa-biasa je. So nanti misi mencari berus puting yang best diteruskan lagi. hehe

4) Sterlize botol dan keringkan botol.
Aku guna strilizer untuk sterilize botol susu. Pakai brand autumz je. Aku suka sebab capacity besar, boleh muat banyak botol. Yang ni tak boleh nak cakap the best ke tak sebab tak pernah pakai brand lain. Tapi so far, it serve the purpose and very convenient. 

Tips jimat masa untuk keringkan botol.
Lepas sterilize, aku akan make sure aku keluarkan semua botol masa dia panas-panas tu. Aku akan susun kat satu tempat lapang, contohnya meja makan, dan talakan kipas ke botol-botol tu. Jangan terlangkupkan botol tu, nanti lambat kering. Botol tu kalau time panas kau talakn kipas memang sekejap je kering dia. Air tersejat cepat kan. Lepastu boleh terus simpan botol tu. Tapi kalau botol tu dah sejuk baru kau buat camtu memang ambik masa la nak kering. Dan aku tak beli drying rack bagai. Sebabnya bukan boleh muat banyak pun, dan mahal! Haha.

Macam ni aku buat.
 

Fuh, itu je la kot tips dan tricknya. Saje je share, mana tahu berguna untuk korang. Ni cara aku la, tak semestinya sama dengan orang lain kan. Hehe. So, selamat mencuba kepada sesiapa yang berminat. Lol

So, first entry tahun 2016 aku pasal botol susu? Mak-mak sangat ni. Pffftt.

1 comment:

  1. Terbaekk entry. Kita pon dulu pnah guna sunlight hahaha pastu rasa tak best la pulak. Skang guna pencuci botol brand pureen. Bau oren. Terbaekk minyak bole ilang. Btw susu kite mmg beminyal lemak nyum2 kan.

    ReplyDelete