Saturday, 7 November 2015

Surprise Baby Shower!!

Cerita ni aku dah draft lama. So version throwback je lah ye. haha

*********************

Hurmmm.. by the way cerita ni cerita basi. It was 2 weeks ago kot masa ada baby fair kat IDCC Shah Alam. Just for me to record this beautiful moment :-)

Haritu, ajak kawan aku temankan pergi beli barang baby kat baby expo. Tak tahu pun diorang plan baby shower untuk aku. Kemain la masing-masing kata kawan aku yang lagi sorang tu buat kenduri kesyukuran pindah rumah. Aku pun saje-saje je la rilek-rilek shopping sampai lebam. haha

***********************

Malas la cerita in details sebab tetiba aku jumpa ni harini dalam draft. So baik aku publish je. Tu je rupanya yang aku tulis dulu. Haha.


Surprise giler. Memang unexpected. Korang memang berjaya la buat aku tertipu dengan cerita kenduri kesyukuran pindah rumah. Haha. Btw, I've gained 17kg masa pregnant haritu. Huhu


Best friends! Aku tak ramai kawan. Sikit-sikit je yang aku keep close sebab tak suka terjebak dengan macam-macam drama. haha. Kenal diorang dari study kat Arau lagi. Si Ima tu je yang kenal masa kay Shah Alam. Ima yang pakai baju biru btw.


Diorang tahu aku expecting baby boy. Sebab tu semua kaler biru. haha

Diorang set up sendiri candy booth. Simple tapi  nice. Tak tahu la barang-barang diorang beli kat mana. Menu haritu nasi ayam sebab aku dok berzikir kat telinga Zura nak nasi ayam dari awal pregnant sampai aku nak terberanak dah pun. Nasib baik sempat. haha

Ok tak guna cerita panjang-panjang kalau entri pun just siapkan draft yang terbengkalai je. Mwahaha. Gambar pun ihsan dari facebook diorang. Aku download je sebab aku takde snap photo pun.

Cuma satu je nak cakap, thanks a lot korang! Love you all so much! Walaupun aku memang jarang sangat nak join korang pape tapi tak sangka korang masih sayangkan aku. Kahkahkah.

P/s: Kalau nak baca pengalaman aku bersalin kat sini.

Ok, bai. 

No comments:

Post a Comment