Rumah Kena Pecah Masuk Perompak (PART 1)

Tuesday, November 03, 2015

Aku balik kampung Jumaat malam. Gerak dari rumah dalam pukul 8 lebih macam tu. Masa tu hujan lebat. Lepas dah pasang lampu car porch dengan lampu kecik ruang tamu dalam rumah, aku kunci grill depan, bukak pagar, reverse kereta dan tutup balik pagar. Disebabkan hujan lebat, maka aku skip bab kunci pagar. Leceh kan nak bukak mangga kat pagar pastu nak kunci balik masa tengah hujan lebat.

Maka aku ke TBS, beli tiket bas, balik Johor. 

Sepanjang weekend kat kampung so tak fikir sangat pasal rumah. 

Dipendekkan cerita, aku balik semula dari Johor Ahad malam jam 11.30 malam tiket bas aku. Sampai TBS jam 4.00 pagi. Sepatutnya sampai pukul 3 lebih tapi bas tu berhenti rehat kt Yong Peng, so lambat la sampai.

Dari TBS ke rumah patutnya tak lama sangat tapi disebabkan anak aku menangis dalam kereta terpaksa la aku berhenti kat stesen minyak dulu uruskan apa yang patut.

Aku sampai betul-betul depan rumah jam 4.40 pagi. Mula-mula sampai tengok pagar bertutup elok, tapi nampak lampu bilik depan menyala. Seingat aku memang aku tutup, just tinggalkan lampu car porch dengan lampu kecik ruang tamu je. Tapi saje sedapkan hati maybe aku terlupa kot.

So aku bukak pagar, masuk parking macam biasa. Dah tutup pagar, aku ambik kunci rumah dan menuju ke grill depan nak bukak pintu. Enjin kereta aku tak matikan sebab anak aku still kat dalam. 

Sampai je depan grill hati tersentak, mana pergi mangga rumah aku? Kenapa sliding door terbukak. Ya Allah, berdebar giler time ni. Terus aku berlari ke kereta balik, masuk dalam, lock cepat. Capai handphone, call husband aku. Berkali-kali call tak berangkat. Call telefon rumah pulak. Pun tak berangkat. 

Hati dah cuak. Takut giler. Dengan telefon tak berangkat, dengan anak dalam kereta. Tersepit antara nak keluar balik dari kereta dan bukak pagar ataupun langgar je pagar tu keluar cari pertolongan. Aku takut mana tahu kalau aku keluar nanti perompak tu tangkap aku ke cemana. Lepastu kalau aku stay dalam kereta tunggu bantuan dari mana-mana aku takut dia keluar pecahkan cermin kereta ke apa. Sebab aku tak tahu kan dia still ada kat dalam ke tak. 

Last-last lepas berapa minit aku tawakal keluar laju-laju pegi bukak pagar, reverse kereta dan pecut ke balai polis. Nasib baik rumah dekat dengan balai polis. huhu

Sampai bali polis, terus ceritakan apa yang berlaku. Aku baru sampai dari kampung, aku syak rumah aku kena pecah masuk, lepastu aku takut nak masuk dalam. Mintak tolong diorang pastikan rumah aku selamat before aku masuk.

Then dua orang polis ikut aku balik rumah. Sorang tolong drive kereta aku, sorang lagi drive kereta polis. 

Sampai rumah, sorang masuk dalam cek keadaan rumah selamat ke tak. Sorang lagi teman aku kat luar rumah.

Lepas dah pastikan yang semua selamat barulah yang sorang tu panggil aku masuk tengok keadaan rumah. Masuk-masuk je tengok rak tv aku clear. Ambik kau, belum lagi tengok barang lain.

Dah confirm semua ok dan aku pun berjaya contact husband aku, dua orang polis pun balik. Diorang suruh aku buat report pagi nanti lepas anak dah bangun ke ataupun dah setel semua benda. Seram weh bila kunci rumah lepas polis balik tu memikirkan yang senang-senang je orang dapat masuk. huhu

Maka selamat la aku melelapkan mata sekejap sementara menunggu pagi. Aku whatsapp bos aku siap-siap cakap aku tak dapat datang kerja sebab rumah aku kena pecah masuk perompak.

Nasib baik sepanjang tempoh tu anak aku sikit pun tak meragam. Memang dia tidur je. huhu

Oklah, nanti aku sambung tulis PART 2.

6 comments

  1. berani la fida ni travel sorang2..bleh plop brenti kt stsn myk tu urus ank pg2 buta cmtu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak takut sangat epa sebab bila travel kan kita pegi tempat yg ramai orang.. jangan pegi tempat tak ramai orang la. Nak berhenti stesen minyak pon tengok dulu stesen minyak tu ada lampu ke tak, bukak ke tak, ada orang ke tak, etc. huhu

      Delete
  2. sbb pg2 gtu, pk mcm2..huhu..btw respect la fida, still jga irfan sore..lg2 tgh nk lasak loni..

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Fieda kalau nak balik kg bisik dan beritahu jiran tolong jengukkan rumah. Juga masa nak masukkan barang reverse boot ke dalam. Masuk barang jgn namoak sangat ..
    Kalau ada dua keta .. letak keta didalam. Buat macam biasa.

    Pasang timer kat bilik atas dan bawah.. maghrib sampai isyak seperti biasa lampu terang.kat bilik bawah landing.. dsbnya.
    Beli la beberapa lampu bedside lamp.
    Langsir tarik sikit. Bagus kalau ada laçe dan dan langsir blackout.
    Kalau ada transistor buruk.. pasang siaran yang ada program borak.. pasang biar on siang dan malam.. of for 15 mins dan on balik. Esp di siang hari dan mlm hari..

    Lampu porch kalau boleh pasang dgn timer. Jgn on sentiasa... nanti dia tahu tak de orang dirumah.. gate konci.. kalau boleh pasang transistor kat dapur satu kat depan satu. Dgn timer. Sorokkan transistor dan timer dari pandangan orang dan luar.. cuma awak je tahu.

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Fieda kalau nak balik kg bisik dan beritahu jiran tolong jengukkan rumah. Juga masa nak masukkan barang reverse boot ke dalam. Masuk barang jgn namoak sangat ..
    Kalau ada dua keta .. letak keta didalam. Buat macam biasa.

    Pasang timer kat bilik atas dan bawah.. maghrib sampai isyak seperti biasa lampu terang.kat bilik bawah landing.. dsbnya.
    Beli la beberapa lampu bedside lamp.
    Langsir tarik sikit. Bagus kalau ada laçe dan dan langsir blackout.
    Kalau ada transistor buruk.. pasang siaran yang ada program borak.. pasang biar on siang dan malam.. of for 15 mins dan on balik. Esp di siang hari dan mlm hari..

    Lampu porch kalau boleh pasang dgn timer. Jgn on sentiasa... nanti dia tahu tak de orang dirumah.. gate konci.. kalau boleh pasang transistor kat dapur satu kat depan satu. Dgn timer. Sorokkan transistor dan timer dari pandangan orang dan luar.. cuma awak je tahu.

    ReplyDelete
  5. Kalau boleh also pasang lampu led spotlight atas dinding pintu depan dan belakang. Pasang tinggi sikit. So tak boleh kena pecah. Wayar pasang casing.

    Ada rezeki pasang cctv ..

    ReplyDelete