Tuesday, 3 November 2015

Rumah Kena Pecah Masuk Perompak (PART 3)

PART 1 kat sini.

PART 2 kat sini.

Lepas dah dengar semua cerita dia dan tengok CCTV, kami pun balik ke rumah. Tak lama lepas tu dua orang anggota polis (polis la kot?) datang. Sorang ambik keterangan dari aku, sebab report tu under nama aku. Lagi sorang cuba kesan cap jari dan ambik gambar.

Aku tak tahu pun yang akan ada orang datang ambik gambar nak kesan cap jari bagai. Polis yang teman aku balik rumah pagi tu takde pesan pape pun. Aku ingat pergi report polis just for procedure. So sebab aku report pun dah lambat, aku dah siap kemas dah barang yang dia teraburkan dalam bilik aku. Lepastu bilik depan punya barang yang perompak tu teraburkan pun aku dah sentuh. So uolls, if benda macam ni berlaku kat korang, sila jagna sentuh atau alih barang yang diorang teraburkan.

Ada la satu kotak iphone yang aku belum sentuh lagi time tu. So polis tu ambik kotak tu and apply chemical atas tu. Nampak la kesan cap jari yang perompak tu pegang kotak tu tapi takde jalur pun. Diorang cakap perompak tu pakai glove sebab tu tak nampak jalur. Tapi still diorang ambik gambar untuk hantar ke lab. Mana tahu ada rezeki berjaya kesan kan. Padan la muka kau perompak oi. Huhu

So lepas dah selesai semua, diorang pun balik. Maka settle la segala hal berkenaan report polis bagai.

Almari terbukak. Rak tu sepatutnya ada kotak jam kat situ. Dia memang rembat semua.

 Dia teraburkan kotak-kotak handphone. Sebenarnya ada beberapa lagi kat rak tu tapi maybe dia dah try dua kotak ni takde isi so dia tinggalkan je la.

 Dia bukak laci. Takde apa pun dalam ni. Aku simpan supplemet shaklee aku je. huhu Abaikan rambut yang bersepah tu :p .
Licin!! Habis TV aku. huhu

Yang kat bilik tengah aku tak sempat nak ambik gambar pun. Tu je la yang berjaya aku snap gambar. Malas sebenarnya. Takde mood, lepastu macam trauma, takut. huhu

Sebenarnya aku rasa diorang tak masuk lama pun rumah aku. Sebab banyak barang yang sepatutnya dia boleh ambik tapi dia tak ambik. Barang dapur semua dia tak sentuh. Boleh je kot kalau dia nak ambik barang-barang elektrik kat dapur tu. Lepas tu ipad aku kat atas rak TV tu pun dia tak ambik. Aku pun pelik kenapa dia tak ambik. huhu

So barang-barang yang berjaya dirembat oleh prompak jahanam tu;
- LED TV samsung 40"
- Jam tangan Fossil 3 pasang
- Jam tangan Tommy Hilfiger sepasang
- Camera DSLR Nikon D80
- Laptop Toshiba

Haha. Nampak sangat copy report siap dengan jenama bagai :p
Tapi penting ye korang bagitahu details macam ni sebab in case diorang berjaya tangkap dan dapat balik barang, ini dikira bukti untuk korang tuntut barang korang. Kalau ada resit or serial number or apa-apa bukti pasal barang tu lagi bagus. Senang nak buat tuntutan.

Kesimpulannya, aku masih trauma. Korang sila la berhati-hati sebab perompak ke pencuri ke penyamun ke, diorang ni memang tak kenal tempat. Memang takde rezeki aku la kan semua benda-benda tu. Tapi takpelah, diorang masuk time aku takde pun dah kira bersyukur dah. Aku tak tahu la aku punya trauma macam mana kalau diorang masuk masa aku ada dalam rumah. huhu

Ok lah kot sampai situ je la cerita aku rasanya. Takde dah la PART 4. Haha




2 comments:

  1. weh seramnyaaa. ko pakai mangga apa dulu? takde gambar ke? seram gak ni sbb rumah aku pon landed. dah la selalu je x kunci pagar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde gambar mangga. tapi meamng standard2 yg orang selalu pakai tu la. now dah beli yang lagi canggih. banyak pulak tu. haha. kunci la weh. perompak tak mengenal tempat.

      Delete